Dalam Pewot Mummy

pregnancy

Tuesday, February 22, 2011

Takbur, Dengki dan Riak


Kebetulan aku ada terbaca penulisan kat bawah ni.. dan rasanya menarik untuk dijadikan renungan bagi memperbaiki diri. 3 sifat yang kadang2 terlupa ianya wujud di dalam hati kita. Mudah-mudahan dapat memelihara setiap tingkah laku, pertuturan dan niat kita dalam melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab sehari-harian.

Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan amalan seseorang iaitu yang pertama ialah takbur atau sombong.
Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya. Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, amalan tidak mempunyai erti. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)

Kedua, hasad atau iri hati (dengki). Ciri khas seorang pendengki adalah adanya rasa tidak rela melihat orang lain mendapat nikmat dan sangat berharap nikmat itu segera lenyap daripadanya. Ia susah melihat orang lain senang dan senang melihat orang lain susah. Dengki sangat berkesan menghancurkan kebaikan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dengki itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Ketiga, riak atau beramal kerana mengharap pujian orang lain. Riak adalah tingkatan terendah daripada amalan. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan. Allah tidak akan menerima suatu amalan yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak. Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya. Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, “Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi) Firman Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak. (Surah al-Maa'um, ayat 4 - 6)

Sumber: http://ainul-basyirah.blogspot.com

Tuesday, February 15, 2011

Dah start men'diet" diri...

Salam..


Hari ni dah terlebih rajin.. Ada entry lagi..


Pagi2 tadi ada berchating dengan husna.. dia boleh turunkan berat badan hampir 7kg dalam masa 2 minggu.. Dahsyat tu. Aku pulak dah merasakan kurang selesa jerr badan ni, sebab asyik makan tak berhenti. Terfikir jugak nak men'diet'kan diri, tapi mood belum ada.. muahahaha... Ni dah naik balik ni dalam 3kg. Seluar semua pun dah sendat sket laa.. Tak boleh jadi ni.. tak boleh tangguh2 lagi dah.. Kena juga diet.. Maksud diet aku nih.. jangan makan makanan yang tidak sepatutnya aku makan. Makan ikut keperluan sahaja. Pagi 100 kal gitu, tengahari 400 kal, petang 150 kal. Total dalam 650 kalori.. Target jerr... jangan sampai tersasar jauh sangat dah laa.. Daripada sebelum ni.. dok buat2 lupa berapa calories sehari yang dah aku ambil.. hikhik..



Hari pertama nih.. semangat masih panas.. jgn tunggu suam2 kuku baru nak mula.. berat makin bertambah.. makan pun makin bertambah.. Untuk anak2 kena masak menu lain.. Hari ni buat gulai pisang tumis darat dan daging goreng kunyit.



Untuk minum petang.. Buah melaka ubi keledek.. Kuih ni Irfan yang minta soh buatkan. Agaknya teringat masa bulan puasa dulu.. penah la buat 2 kali kot. Tapi kali ni buat buah melaka + ubi keledek.. Sedap jugak rasanya.. Lebih sedap dari resepi tradisi. Buah melaka ni kurang liat sket... Cara pun tak susah mana. Rebus ubi keledek, hancurkan atau blender jerr klu nak senang. Lepas tu letak garam sedikit dan masukan tepung pulut sedikit demi sedikit. Lepas tu buat la macam biasa..




Menu aku.. ikan kembung bakar 1/2 ekor lebih kurang 108 kal. Nasi putih 1/2 cawan 260 kal, (yer ke aku makan 1/2 cawan), terung bakar 25 kal, air asam agak2 dalam 80 kal ok tak.. heheh.. Jadi total = 473 kal.. ishhh biar betul.. sikit la pulak ekkk.. nanti petang leh makan epal hijau pulak sebijik..
Harap2 semangat terus berkobar-kobar mengekalkan diet ku.. hehehe...
ok.. papai...

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul..

Hari ini umat Islam di seluruh dunia sama-sama mengingati tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran dan kebangkitan junjungan besar nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul akhir zaman telah membawa sinar bahagia kepada manusia dan rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan dan hidup bermusuhan antara satu sama lain.
Maulidur Rasul

Yang kuat memerintah yang tidak berdaya, yang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah, undang-undang terletak pada pandangan nafsu dan bukannya berdasarkan wahyu sehingga hidup manusia bercelaru hilang pedoman dan tempat rujukan untuk berlindung.

Sejarah telah mencatatkan kisah perjalanan pahit maung kehidupan Rasulullah S.A.W. di dalam tugasnya menyebarkan dakwah Islam yang mulia ini, baginda pernah dikeji, dihina, diugut, dibaling dengan batu sehingga berdarah, dipulau kaum keluarganya namun untuk meninggalkan amanah Allah ini tidak sekali-kali terlintas di dalam jiwanya.

Justeru, Rasulullah S.A.W. yang diutuskan kepada umat manusia sebagai penghulu segala rasul, wajib kita sama-sama mentaatinya, dengan erti kata melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala tegahannya. Mudah-mudahan kita beroleh kecemerlangan dan kegemilangan hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7:

Maksudnya : “Dan apa jua suruhan yang di bawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan ia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)”.

Melalui cacatan sejarah juga kita dapati bagaimana kehidupan Rasulullulah S.A.W. yang sentiasa dijaga dan dipelihara oleh Allah S.W.T. bagi menjamin dakwahnya diterima oleh masyarakat. Walaupun baginda hidup dalam suasana masyarakat jahiliah yang sesat bertuhankan nafsu, namun baginda tidak terlibat dengan penyembahan berhala, minum arak, berjudi, malah tidak pernah berhibur dengan hiburan yang melalaikan. Begitu juga, baginda bersifat amanah sehingga digelar "al-Amin" serta sentiasa menjaga pergaulan dan percakapannya.

Baginda Raslulllah S.A.W. turut dididik dengan ujian bagi mematangkan fikiran dan tindakannya, di mana sejak kecil lagi baginda menjadi yatim piatu dengan kewafatan ayahanda dan bonda yang tercinta. Penjagaan baginda yang yatim piatu diambil alih oleh datuk kesayangannya Abdul Mutalib, tetapi Allah S.W.T. sekali lagi menguji baginda dengan kematian datuknya ketika baginda berusia lapan tahun dan penjagaan baginda berpindah kepada bapa saudaranya Abu Talib. Cuba kita bayangkan?. Bagaimana nabi yang bakal melaksanakan tugas dakwah Islam yang begitu besar dan berat telah diuji dengan kehilangan ahli keluarga ketika usianya yang masih kecil. Tetapi Allah maha penentu segala-galanya, di mana setiap sesuatu yang berlaku mempunyai hikmatnya yang tersendiri. Ujian kewafatan ahli keluarga tercinta telah mendidik baginda sebagai seorang yang cepat matang dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun, marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.

Sebagai seorang pemimpin agong baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan jauh dan akal fikiran yang tajam serta semangat juang yang tinggi, kekuatan rohani yang mendalam, tabah dan keberanian menempuh berbagai cabaran dan dugaan yang perlu kita contohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Makkah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam pada hari ini hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan akal dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Ini kerana setiap umat Islam pada hari ini adalah bertanggungjawab meninggikan dan mempertahankan agama Allah.

Di antara ciri-ciri dan sikap terpuji baginda Rasulullah S.A.W. yang perlu dicontohi :

1.Sebagai Ketua Keluarga Yang Mulia Dan Bertanggungjawab

Dalam kesibukan baginda sebagai pemimpin negara, sebagai pendakwah, ketua tentera dan pelbagai urusan lainya tetapi baginda tidak pernah melupakan soal membina keluarga yang harmoni. Bagaimana baginda menunjukkan kaedah yang berkesan untuk melahirkan sebuah rumahtangga Islam sejati yang berjaya melahirkan generasi Islam yang bertakwa. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Tahrim ayat 6 :

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

2.Sebagai Pemimpin Yang Bijaksana

Rasulullah S.A.W. merupakan seorang pemimpin yang ikhlas dalam memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam. Peribadi baginda yang luhur, tidak ingin dipuji, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan kebendaan serta mengejar pangkat dalam perjuangannya. Akhirnya baginda telah berjaya membentuk peribadi, masyarakat dan negara Islam yang unggul dan terbilang.

Amat sesuai baginda menjadi contoh teladan yang paling baik. Sabda baginda :

" اِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ "

Maksudnya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ".

3.Memiliki Akhlak Yang Sempurna

Baginda diutuskan bersama akhlak yang sempurna sebagai asas panduan kepada setiap lapisan masyarakat. Hal ini dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Ahzab ayat 21 :

Maksudnya : “Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

Seterusnya baginda terkenal dengan ketegasan dalam perjuangan mempertahan agama Allah tanpa rasa takut dan menolak sebarang bentuk tawaran keduniaan. Seandainya sifat seumpama ini dapat kita laksanakan pastinya Islam bertambah maju dan setiasa disegani kawan mahupun lawan.

Dalam membina masyarakat yang harmoni pula baginda menggariskan beberapa panduan antaranya menanamkan sifat berkasih sayang, tolong menolong, menjaga hak kejiranan dan sebagainya demi menjaga dan membentuk masyarakat sejahtera.

Inilah antara sifat-sifat dan ketabahan baginda Rasulullah S.A.W. di dalam menegakkan agama yang benar dan diredhai Allah S.W.T. Maka bersempena sambutan Maulidur Rasul yang kita sambut pada tahun ini hendaklah dilakukan dengan hati yang benar-benar insaf dan ikhlas serta berbeza dengan cara sambutan Maulidur Rasul yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab yang terlalu gembira menyambut kelahiran baginda dengan sanggup memerdekakan hamba kesayangannya serta menyembelih 100 ekor unta tetapi akhirnya apabila baginda menyatakan tentang kenabiannya serta dakwah Islam yang dibawa oleh baginda maka dialah orang paling keras menentang baginda sehingga kisahnya dirakamkan dalam surah al-Masad.

Oleh itu, kita perlu sedar dan insaf sambutan yang kita raikan mestilah selari dengan apa yang diucapkan, jangan kita bersungguh-sungguh memuji akhlak Rasulullah S.A.W. Tetapi akhlak remaja kita terbiar semakin hari semakin liar, tidak terkawal dan terlalu mementingkan hiburan sehingga mengabaikan tuntutan agama. Begitu juga, jangan kita hanya memuji baginda yang mengharamkan arak, judi dan riba sedangkan di sekeliling kita arak, penagihan dadah, pil khayal, ubat batuk dan segala macam yang memabukkan semakin manjadi-jadi seakan-akan tidak ada penghujungnya.
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Maksudnya : “Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (arab) yang ummyyin, seorang rasul (nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaannya), dan membersihkan mereka (daripada iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hokum-hukum syari’at). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”
( Surah al-Jumuah ayat : 2 )

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Monday, February 14, 2011

Kek Coklat lagi...





Salam...


Kek ni dah buat lama dulu dah.. tapi hari ni baru ada lebihan masa nak wat entry.. Suker sangat kek kali ni.. Sebenarnya dah lama tak buat kek nih.. ehhh ye ke.. Rasa-rasanya tidak la sekerap dulu.. hahahaha.. dulu kerap betul wat kek coklat.. Kali ni cuba resepi kek coklat yang lain pulakk... kek ni kiranya sederhana moist.. Resepi sangat2 la terlupa ambik mana...

kek coklat moist..

ni kek besday yang lepas.. thanks to my hubby.. susah payah p beli kek.. pas tu terlupa nak tulis kat atas.. hehe.. ape2 jer laa...



Apam Balik..

Hari ni anak2 dah start sekolah, Irfan ada swimming club, arisya pulak Arabic club dah tentunya sampai rumah 3.30 ptg. Terus lunch dan siapkan kerja sekolah. Agak2 diorang mesti masih kenyang kalau nak dinner lagi. Jadi aku buat jer apam balik.. Masa kat m';sia hari tu pernah jugak cuba buat sekali, tapi x menjadi la pulak.. Agaknya sebab senang nak dapat kot.. muhahaha.. tu yang buat tak menjadi.. nak suruh p beli laa tu...
Masa kat Pantai Remis selalu kami makan apam balik jenis crispy tu, kalau keluar pekan mesti beli. Masa kat SP pulak selalu makan jenis yang tebal tu.. Boleh la mana2 pun.. tapi kalau yang tebal tu.. aku tak suka jugak kalau tebal melampau.. heheh.. agak2 sedang jer tebalnya.. sebab rasa muak.. Jadi kalau buat sendiri ni ikut selera la kan..
Resepi google kat internet dan ada la jugak yang diubah2.. yang pastinya gula aku kurangkan, sebab tak mau manis sangat.. nanti nak tabur gula lagi..
Ada 2 jenis ... yang tebal ni last week kot buat.. yang jenis crispy tu.. baru buat..

Jenis yang tebal.. makan sebijik jerr dah kenyang.. kerja pun senang.. tak payah buat banyak2 kali.. hikhik...




Crispy version.. anak2 lebih suka yang ni.. tapi bila makan.. berterabur merata.. kena bagi pinggan sorang satu.. Resepinya :

Ingredients:

170 gm all purpose flour
100 gm rice flour
30 gm cornstarch
1 tsp double action baking powder
1 tsp baking soda
1/2 tsp salt
2 large eggs
1 tsp vanilla essence
6 - 7 ozs water
100 gm fine granulated sugar

Filling:

120 g melted butter
150 gm fine granulated sugar
1 cup chopped roasted peanuts

Method:

Mix all the ingredients together, strain and leave in the fridge for at least 3 hours. (i left it overnight)

Heat a crepe pan or a small nonstick pan slightly. (just hot enough for batter to stick to pan)

Pour in a 4 oz laddle of batter and swirl pan so that batter is coating the edge. Remove the excess batter and sprinkle in some sugar on the pancake.

Cook till the bottom of pancake is golden brown.

Sprinkle with melted butter and then chopped roasted peanuts.

Fold the pancake into a half and leave to cool.(it will be crispy as soon as it gets cold)


Ok laa.. nanti update lagi.. tata...



Thursday, February 10, 2011

Projek Laksa Beras



Entry khas untuk laksa beras...

Ni projek mencipta resepi.. konon macam bagusss jer. Sebenarnya aku nampak ingredient kat plastik laksa kering tu tapi dah lama la jugak. Laksa ni rasanya boleh la sket kan dari laksa beras yang lain. Dah lama jugak tak buat laksa sebab stok laksa kering tu dah abis. Jadi disebabkan ari ni nak menghabiskan ikan2 hasil pancingan, teringat la nak buat laksa. Ikan dok banyak lagi dalam peti ais. Hari tu dah buat laksam, laksa mee, kali ni nak buat pulak laksa. Dah la semlm nanpak kat blog Zura dah ngigau pulak nak makan laksa.. Kalau boleh nak laksa yang jenis liat2 gitu.. tak nak yang jenis patah2. Agaknya yang patah2 tu menggunakan tepung beras yang banyak kot ekkk.. sbb tu laksa tu tak kenyal gitu.. Agak jerr... Ada gak aku try google.. tapi semua resepi menggunakan tepung beras yang banyak.. jadinya cuba la wat sendiri..Percubaan kali ni tak mengecewakan, kiranya menepati sedikit ke arah laksa yang macam aku nak tu.. w/pun tak seratus peratus macam yg biasa makan .. Nama pun buat sendiri kan.. Jom tengok hasil nya..

Aku guna...

100g tepung beras
100g tepung jagung
50g tepung ubi (kalau x de pun ok jer kot..)
50g tepung sagu
20g tepung pulut (sebab nak kenyal) hahhaa..
1 cup air panas
1 sudu teh garam

kaedah..

masukkan air panas gaul, kemudian gaul dengan senduk kayu. tunggu suam sket boleh uli dengan tangan. Kalau keras sangat, tambah lagi air. Masukkan dalam acuan, dan tekan dalam air yang mendidih.

biar terapung lama sket, kemudian boleh la angkat.


Hasilnya...


Bila2 nanti.. post entry laksa, and laksam plak..

Wednesday, February 9, 2011

Roti, Roti, Roti..

Ni projek beberapa minggu lepas jugak.. masa ni tengah dok excited buat roti.. Resepi dari K.Lynn .. Tenkiu k.lyn kerana sudi berkongsi resepi..Memang best resepi ni. Guna resepi doh asas, lepas tu buat la macam mana kita rasa nak makan. Ni beberapa jenis roti yang telah di cuba. Tak rugi cuba resepi nih.. memang best. Kita tengok resepinya ekk... K.lynn minta izin tempek resepi yerr....

Z'lyna Lynn 10 January at 12:26 Report
500gm tepung roti atau gandingan 400gm tepung roti 100gm tepung gandum
100gm gula castor
20gm susu tepung
1st bread improver(optional)
4st yis
1st garam
1biji telur
220gm air suam
butter 80gm atau gandingan 40gm butter dan 40gm shortening
1st bread softner (optional)

Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:
Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
Biarkan proses menguli hingga selesai.
Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
Rehatkan lebih kurang 15 minit.
Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.

water roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. ) 50gm tepung gandum 250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.


Roti ni uli tangan jerr.. sbb tak susah sangat menguli.. lagipun biasanya buat 300g tepung ataupun 250g. Cukup2 jer untuk minum petang. Roti ni bila dah masak, letak dalam bekas bertutup. Macam tuppaware ka... supaya kekal lembut. Kalau ada lebih sampai esok pagi.. just masukkan dalam microwave dlm 20 saat gitu.. dengan kepanasan medium, dah cukup untuk lembutkan semula.

cinnamon rolls with raisins..


roti pandan.. cuma tukar kepada air pandan dan tambah sedikit warna hijau. Atas tu letak jer kaya..

close-up sket..

memang gebus..

Cinnamon rolls with almond pulakk...

Cheese bun.. favourite bun kat rumah ni..

Banyak dah roti yang di cuba.. nanti la bila free upload gambar2 lagi..

Tuesday, February 8, 2011

Homemade Mee Kuning




Ni bukanlah projek baru... tapi dah beberapa kali buat, guna mesin mee aku tu yang sekarang dok bertapa sbbnya suiz on off dia dah ngok ngek sket. Kali ni guna pasta mesin manual. Agaknya dah jemu sungguh dengan makanan kat sini, rasa nak tukar menu, itu yang semangat membeli mesin pasta tu..

Dah banyak kali buat nih.. gambornyer ambik tak dak mood nak update blog. Hehehe.. teringat makan mee goreng zura buat.. masa p rumah Ayu ari tu, sedap bangat, dah ngigau pulak mee goreng zura... Minggu ni buat pulak mee sebabnya nak goreng macam zura.. hehehe.... Jap ek kita tengok gambor..


ni mee yang dah siap celur..


ni plak mee yang telah di goreng..

Resepi mee kuning..

500g tepung gandum
1g water roux (kalau tak suka mee menjadi lembut skip jer water roux) gantikan dgn 30g air
190g (air + pewarna kuning + garam + air abu 1/4 sudu teh)

method

1. campur kan semua bahan.. gaul rata.. tak perlu uli sehingga sebati.. cukup sekiranya boleh kepal2.
2. leperkan sedikit dengan tangan kemudian masuk ke mesin pasta no 1. gelek sehingga rata. ulang sehingga doh menjadi licin dan sekata.
3. Ulang proses yang sama untuk gelek bagi nipis no 2. sehingga nipis yang ke- 4 supaya menjadi kepingan yang nipis.
4. Masuk ke mesin bahagian pemotong mee.
5. Celur ke dalam air mendidih, apabila mee terapung boleh la di angkat.
6. Masuk kan ke dalam air sejuk dan tos. Tuang minyak supaya mee tidak melekat.
7. Mee boleh di simpan di dalam peti ais sehingga seminggu.