Hehe.. ni menu yang best sket.. Pada aku ler.. sbb aku suka dgn ayamnyer itew.. Wat nasi lemak pandan lak.. org dah lama buat.. aku baru nak cuba.. hehe.. ketinggalan sungguh ek.. Nasi lemak ni.. match dgn sambal telur, ayam goreng berempah, papedom n telur goreng.. Stok ikan bilis dah abish.. sbb dok pulun masa pantang.. so boleh la sambal telur pun.. janji sambal ek..Wednesday, August 26, 2009
Nasi Lemak - Puasa ke 6
Hehe.. ni menu yang best sket.. Pada aku ler.. sbb aku suka dgn ayamnyer itew.. Wat nasi lemak pandan lak.. org dah lama buat.. aku baru nak cuba.. hehe.. ketinggalan sungguh ek.. Nasi lemak ni.. match dgn sambal telur, ayam goreng berempah, papedom n telur goreng.. Stok ikan bilis dah abish.. sbb dok pulun masa pantang.. so boleh la sambal telur pun.. janji sambal ek..Tuesday, August 25, 2009
Puasa Keempat
Ni.. menu aku untuk puasa ke-empat.. Koteow Tomyam & cucuq keria.. Koteow ni dari M'sia.. Mr. Zaki yang tolong bawakan dari M'sia.. Actually ... koteow ni hubby pesan dgn Mr. Zaki sblm aku bersalin pun.. tapi memandangkan Mr. Zaki bercuti lama.. (agak lama la jugak.. dari aku tak bersalin sampai la aku abih pantang.. ) baru la dapat makan koteow ni.. 10q to Mr. Zaki yang susah payah tolong bawa koteow ni dari M'sia.. Kat sini bukannya ada .. yang jenis kering ada la.. tapi cam tak kena jer dengan tekak aku.. so layan menu hari ke-empat ni..
Monday, August 24, 2009
Sunday, August 23, 2009
Puasa Kedua
Saja nak N3 menu2 untuk berbuka hari kedua..
Gambaq yang kat bawah ni Laksa Mee.. paberet Mr. Hubby.. dok snap gambar dah terlupa nak snap kuah.. Laksa mee ni makanan dari Pangkor.. dimakan dengan kuah ikan.. Ada jugak laksa mee dari Pantai Remis.. bezanya laksa mee pantai remis kuah dari sup udang..
Friday, August 21, 2009
E-kad Teman-teman Blogger
Salam Ramadan untuk Teman-teman
Untuk semua teman-teman blog.. Sempena Kedatangan Ramadan yang Mulia.. Aku mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf.. andai ada terlanjur kata, tersilap bicara yang tersinggung di hati....
Selamat Berpuasa.. Semoga Ramadan pada kali ini membawa keberkatan kepada kita semua.. Insyaallah..
Dan untuk yang sudi mengunjungi blog ni.. (ade ke) silalah angkut kad yg tak seberapa ni ek...

Saturday, August 1, 2009
Dah Habis Idea
Salam..
Lama betul aku rehat ek.. ni mmg betul2 rehat... sampai x der n3 .. Ni kira nak sapu sawang ler ni.. Nak citer masak2.. mmg dah tak masak.. makan org pantang.. ape la sangat.. Tambah pantang kat negara orang.. huhu.. tak byk choice nak makan.. yg ada pun, ikan bilis, ikan merah.. hati ayam.. hah.. ni jer la menu aku.. Aku pulak time pantang.. mmg tak lalu nak makan.. kekadang tu terpaksa makan sebab tangan dan kaki macam dah menggeletar jer.. jadi cepat2 p makan.. Risau plak x der zat.. huhu.. aku ambik la complete supplement.. Usana.. dari vitamin C, calcium, dan semua jenis vitamin yang disyorkan.. nak senarai pun tak ingat..
Dan paling senang.. order jer.. meat grill or chiken grill dari Al Bustan Al Turki.. hehe itu yang paling senang.. Tapi anak2 cam dah jemu jer makan order.. klu sebut chicken briayani.. mmg depa cakap tak mau.. Tengahari semalam makan nasi daging.. Cik Abg kita yang masak.. tapi kena bagi direction satu persatu... mcm ajar masak2. Dah letih agaknya masak siang nyer..jadi malam tukar sket selera depa.. Ayah dia dah tak larat nak pikir nak masak ape.. ni la menu makan malam depa..
Ni.. menu tengahari.. nasi saja.. lauk x masak.. hehe..

Mr. Hubby cakap.. ni yang paling senang.. Sekali sekala ok la... dinner ngan pizza.. klu tiap2 malam.. tak lalu jugak ..Sekian..
Doa Menghadapi H1N1
Doa ni aku dapat dari Yahoo Group.. Meh la sama-sama kongsi.. Mudah-mudahan Allah melindungi kita dari segala musibah.. Amin..
Bacalah doa ini
Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim
[Dengan nama Allah yang dengan namanya, tidaklah memudharatkan segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.( 3 kali)]
Kata Rasulullah saw: Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya."
HR. Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332,- rujuk Hisnul Muslim, boleh download di http://intisonline. com
p/s: Tadi di dalam khutbah Shaikh AbdurRazak as-Sa'di menyeru agar jemaah membaca doa ini bagi menghadapi musibah H1N1 yang semakin ganas.
Monday, July 20, 2009
Gambar Baby
Sunday, July 19, 2009
Geram Sangat
Thursday, July 16, 2009
Dah Tambah Orang Baru
Aku selamat melahirkan baby boy dengan berat 2.55 kg pada hari Jumaat 10/07/2009 pada jam 2.52 petang waktu Kuwait.. di Hospital London Kuwait.. dengan kaedah ceasarian.. Doktor bagi tarikh untuk induce 9/08/2009 (awal 2 minggu dari due date) tapi baby perlu diselamatkan lebih awal sebab aku bleeding..
Mula pagi tu bleeding sket.. tapi ingatkan x de apa2.. tapi disebabkan Mr. Hubby cam risau jer.. kami terus jer ke hospital.. bahagian emergency.. Jumpa la Doktor kat situ.. scan dan check smua x de apa2 tapi kena gak admited sbb doktor nak monitor pergerakan baby.. nak tak nak aku pun dok la kat wad.. Doktor pun pasang CTG.. tengok ada contraction..padahal aku mmg sket pun x rasa sakit.. Hah mula la depa investigate ni la.. tu la .. hantar lab.. so dari result.. bleeding tu bukan dari placenta.. tapi dari rahim aku.. Doktor smua wat meeting dan decision depa .. aku kena ceasarian dalam masa 1/2 jam.. eh.. cepatnya.. Masa tu Allah jer yang tahu betapa takutnya aku.... mmg x ready langsung..
Masa tu mmg kelam kabut sangat.. call mak n MIL kat Malaysia.. minta maaf smua.. kat Laling aku mohon maaf masa kat pintu OT.. then terus masuk OT.. aku terus jer mengucap tak henti2.. tengok jam 2.30 ptg terus di bius penuh.. dan aku sedar balik jam 3.30 ptg.. dan berada di bilik recover dengan dua belah tangan ada tube.. satu tube darah.. satu lagi air..perkara pertama yang terlintas difikiran ku.. "Ya Allah.. aku bersyukur ke hadratmu kerana memanjangkan usiaku.. Amin.." syukur sesgt..
bersambung nanti ek..
Friday, June 26, 2009
Daging Masak Merah
Diam tak diam dah 32 minggu aku pregnant.. ni bersamaan dengan 8 bulan ler.. tinggal lagi 8 minggu nak due.. Mmg letih la time ni.. Nak masak beriya-iya pun tak boleh.. berdiri lama pinggang dah sakit.. p rehat jap.. then sambung balik.. Masa ni teringat, beruntungnya dok kat M'sia.. time tak larat cam ni.. p kedai pakai tunjuk-tunjuk jer.. pilih yang mana berkenan dihati.. Tak pe la.. ni la pengalaman susah senang dok negara org ye tak..
Ni menu semalam.. Daging masak merah.. Tengok resepi guna cili sos.. tapi aku x guna cili sos sbb kat sini kureng jual cili sos.. Sos tomato belambak. Orang Kuwait tak makan pedas kot hehe..
Award dari K. Mimi


1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.
Award ni dapat dari kak mimi.. tenkiu..
2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.
Ada ke sampai 15 blogs yg dok mai kat blog aku ni.. hehe.. rasa cam tak cukup jer.. ape pun sapa yang singgah silakan..
Thursday, June 25, 2009
Mexican Bun
Ni projek time sihat ni.. Mexican Bun.. Entah nape teringin nak makan pun aku tak tau.. may be sebab teringatkan bau kopi bun ni.. Time ni dok ketagih kopi.. Laling kata "tukar la minum susu" nanti anak pun kulit mcm kopi.. Boleh ka macam tu.. hehe.. tak kot.. klu dah ibu ayah pun kulit kopi.. mcm mana anak nak mai kulit susu.. Apa pun.. anak keluar sihat walafiat.. cukup sifat.. sempurna segala.. dah bersyukur amat..
Sebab ni projek lama.. resepi dah lupa ambik mana.. jadi tak tempek la.. ek.. Nak buat ni.. kira mencabar jugak ler.. Sebabnya org-org yang rajin jer boleh buat.. Jadi klu nak buat kena pilih masa mood tengah rajin.. Cam aku yang dah memboyot ni.. hehe.. letih nak layan.. tapi siap jugak.. hehe..

Tuesday, June 23, 2009
Gulai Tempoyak
Dah berapa ari dok makan beli jer.. nak tak nak masak jugak ler.. Gulai tempoyak ni entah bila aku masak.. rasanya sebab kes dah x der idea dah.. tak tau nak masak apa untuk anak teruna aku yang cerewet sgt tu.. Cuba lak masak tempoyak ni.. Alhamdulillah dia makan.. erm.. lega rasanya..

Menu simple.. pakai campak2 jer.. Dah tu stok tempoyak aku pun dah selesai.. Bulan puasa ni dah kira x dak la stok tempoyak.. huhu..
Friday, June 19, 2009
Menu Hari Minggu
Dah hampir 2 minggu aku terkurung kat dalam rumah.. Hari ni hari cuti laling.. Jadi ada la masak2 tapi simple jer la.. Untuk sekali makan jer.. Malam nanti kira lain plak.. Pagi-pagi hari ni p cari ikan kat Wet Market Fahaheel.. tapi laling sorang jer la yang pergi.. soh dia tengok ikan lelong.. Kat sini ada ikan lelong.. Jadi dapat la ikan tenggiri 2 ekor besar.. kira murah sket la dan yang penting masih fresh..
Tapi ari ni x masak ikan tenggiri.. hari ni masak ikan bawal.. Bawal stim asam, gulai tempoyak lagi.. Telur goreng dan ulamnya.. timun and terung bakar..
Laling ku x pernah makan terung bakar.. tapi dia kata sedap la plak.. hehe.. Aku pun mmg jarang makan terung bakar.. tapi penah la makan mak buat.. Alang-alang dah ada terung tu.. buat la ulam.. Sedap... Pada sesiapa yang nak tukar selera tu boleh la cuba terung bakar..
Nak letak ke resepi.. eh .. tak yah la.. Stakat bawal stim tu.. dah cukup popular dah.. Lengkuas, serai, salted plum, bawang merah, bawang putih, cili padi, halia, sos tiram.. n sayur2 ikut kegemaran mcm carrot, daun sup, daun bawang,... dah siap.. utk stim..
Terung bakar tu.. letak jer kat api.. biar nampak cam lembik sket.. pas tu kupas kulit yang rentung tu.. Kat sini kulit terung depa jenis yang keras sket.. jadi bila bakar tu terus terasing dgn isi terung.. masa kupas tu senang jer..

Wednesday, June 17, 2009
Kering Idea
Dah kekeringan idea nak masak.. ikut tekak semua nak makan.. tapi keinginan nak masak tu tak de.. hehe.. Ari ni wat daging hitam.. tu pun x beriya sangat pakai campak-campak jer.. janji rasa seimbang..yer udah..
Apa bezanya ek.. Ok.. klu guna tepung jagung tu.. rasa cincau sebiji mcm yang kita beli kat pasar tu.. tapi kalau guna agar2 ... rasa gak cincaunyer tu.. sebab bau dia still mcm cincau kan.. cuma bentuknya x kenyal.. mcm agar-agar la..


Tuesday, June 16, 2009
Pagi Yang Kelam Kabut
Jadi ni la menu aku untuk ari ni.. Lontong n Air Cincau.. Cincau ni buat sendiri.. Rasa sebijik macam cincau beli.. hehe.. Resepi lontong mmg dah letak kat sini.. Biasa la.. lontong aku sentiasa tak cukup bahan.. So this time letak resepi Homemade cincau plak ok.. Ada 2 resepi.. Aku guna resepi yang pertama tu... resepi yang kedua belum cuba lagi.. tapi sesiapa yang nak cuba boleh la ambik resepi.. Resepi ni pun dapat dari forum kat internet.. Boleh la cuba sbb mmg x mengecewakan..


Bahan untuk ekstrak cincau
25 gm daun dan batang pokok cincau
5 ml air abu ** tak letak
1.2 liter air untuk merendam/ merebus cincau
Cara :
1. Cuci batang dan daun cincau beberapa. Buang bendasing dan rendam batang dan daun cincau
selama 15 minit.
2. Dengan menggunakan air rendaman, rebus daun dan batang cincau sehingga mendidih selama
1 - 1/2 jam. Air rebusan hendaklah dikacau selalu untuk menggelakan ia meruap.
3. Sejukkan rebusan sebentar , tapiskan rebusan ini dengan menggunakan kain maslin
(lembabkan terlebih dahulu) . Baki tapisan siran dengan sedikit air panas dan kacau rata2 dan
tapis sekali lagi sehingga mendapat 500 ml ekstrak cincau.
Bahan untuk memekatkan cincau
500 ml ekstrak cincau
25 gm tepung keledek / tepung jagung
50 ml air biasa
1. Masukan ekstrak ke dalam periuk dan jerang dengan api yang sederhana.
2. Bancuh tepung keledek/tepung jagung dengan air dan kacau rata.
3. Tuang bancuhan tepung ke dalam ekstrak dan kacau rata. Pada ketika ini biar bancuhan mendidih,
memekat dan menjadi kilat. Kacau rata.
4. Bancuhan akan kelihatan mencair semula. Matikan api dan tuangkan adunan dalam bekas yang disukai sejukkan. bila telah benar2 sejuk, bolehkan digunakan untuk membuat minuman atau campuran ABC.
Homemade Cincau
~~~~~~~~~~~~~
Cincau
1 packet agar2 serbuk
500g gula
3.75 liter air
Segenggam daun cincau (beli dari kedai sinseh)
2 atau 3 helai daun pandan
Cara:
1. Masukkan air dalam periuk besar, tambahkan serbuk agar2 dan kacau rata.
2. Jerangkan atas api yg sederhana dan masukkan gula, daun cincau dan daun pandan.
3. Masak hingga mendidih. Kecilkan api
4. biarkan merenih selama 10-15 minit
5. Matikan api dan tapis.
6. Masukkan dalam bekas, biarkan sejuk baru simpan dlaam peti sejuk utk 3-4 jam. Overnite lagi better
Monday, June 15, 2009
Makan Malam

Wednesday, June 3, 2009
N3 Seminggu
Lamb Chop ni.. Irfan yang request.. tapi beli daging kambing biasa jer.. sbb jenuh nak cari lamb shoulder.. x jumpa.. Aku marinade guna rempah yang Ema bagi.. pas tu add 3 sudu sos wosterchere (enth betul ejaannya).. lemon sket.. dah..
Yang bestnyer gravy tu .. aku ambik resepi kat MyR.. kat sini aku CnP jer la.. Aku ikut sebiji2 tapi tambah sket sos tomato hehe.. Dan hasilnyer mmg kena la dengan citarasa aku.. hehe.. maka resepi ni kena letak kat sini sebagai rujukan nanti..
Alamak x leh masuk pulak.. nanti bila-bila boleh masuk aku update skali lagi.. wokey..
Bahan-bahan ( 2 org makan )
- 500gm daging slice/2 keping daging
- 2 sudu marjerin/butter
- skit garam
- BHN SOS BLACK PEPPER
- 1/2 sudu black pepper
- 1 sudu mentega
- 1 kuib ayam
- sebatang saderi-dicincang
- sebiji bawang besar- dicincang
- 2 cwn air (hana tmbh susu segar skit.. x nk pon tkpe)
- 2 sudu tepung gandum
- 2 sudu kicap 2 sudu sos tiram
- garam skit
- BHN MACARONI / COLESLAW
- segengam macaroni - direbus dan ditos
- segenggam mix vagetable - direbus dan ditos
- 2 sudu mayonis 2 sudu yogurt plain
- sesudu air lemon
- BHN MASHED POTATO
- 5 biji kentang - direbus dahulu dan lenyekkan
- 1/2 cwn susu segar - kurangkan klu tk nak lembik sgt
- sos black pepper/gravy
- BHN SAMPINGAN
- kentang goreng
- 2 batang asparagus/brokoli - direbus dgn sedikit garam dan toskan
- sebiji tomato- dihiris
Cara-cara
- Gaulkan daging ngan skit garam then goreng/grill la ngan marjerin/butter smpai masak. kalau ade sos steak leh la di sapukan atas daging tuh.. n balik2kan.
- Utk buat sos black pepper/gravy - masukkan air, bwg,btg saderi,..rebus hingga didih dan toskan.Campurkan air rebusan td dgn mentega,kiub ayam,kicap,sos tiram,black pepper,garam dan tepung yg dicampur dgn sedikit air utk memekatkan sos.masak hingga didih dan pekat.
- Utk buat macaroni - campurkan bhn rebusan ( macaroni,mix vagetable) mayonis,yogurt dan air lemon. Gaul hingga sebati.perasakan ngan garam.
- Utk mashed potato plak - lenyekkan kentang dan blend dengan susu segar n tmbhkan lada itam skit. curahkan sos black pepper/gravy td.
- Hidangkan dengan kentang goreng,brokoli dan asparagus. hana wat gak chicken chop coz my kids tk mkn daging.Taraa...dah siap bleh makan. nmpk cam susah tp sebenarnya senang je..

Ni plak pan cakes.. hehe.. seumur hidup x penah buat.. makan penah.. macam x pecaya aku boleh buat.. tapi aku buat idak ler cantik.. Janji buleh makan udah..Ni pun resepi MyR..dah web tu x leh nak masuk.. next timer jer la.. aku update..wokey..
Resepi
- 1 biji telur
- 2 sudu besar butter - dicairkan tunggu sejuk
- 1 cawan 225ml tepung gandum
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 cawan butter milk @ susu segar + krim of tartar
- 1 sudu teh baking soda
Method
- pukul telur .. kemudian masukan butter yang telah sejuk
- Masukkan tepung, baking soda, gula dan garam
- masukkan susu segar
- Panaskan kuali leper dan tuangkan sesenduk bater. Jgn diratakan
- Biarkan buih2 ditepi baru diterbalikan.
Sekian...












