Dalam Pewot Mummy

pregnancy

Monday, June 6, 2011

Scan & Medical Report

Alhamdulillah.. syukur sgt.. hari ni dah pergi scan.. Ikut mesin scan tu baby baru 15 minggu.. Memang plan nak pergi minggu ni, sebab ada lagi kurang lebih 2 minggu untuk kami berangkat ke Malaysia.  Jadinya tak nak lah kelam kabut bila dah nak dekat balik Malaysia nanti..  Dah bagi tau kat Dr. Soviet.. plan nak bersalin kat Malaysia jadinya minta la semua medical report supaya senang jumpa Dr. kat Malaysia nanti.  Medical report akan siap dalam masa 3 hari lagi.  Kena bayar tu.. tapi ok la tak mahal sgt.  Since ni last appointment aku dgn Dr. jadi buat la scan siap2.  Ni kiranya kali ke 2 la aku scan.

Ehee... mmg teruja sebenarnya nak tahu baby apa.. tapi tak berani la nak cakap lagi.. sebab kandungan pun baru 15weeks ++ jer.. Kalau ikutkan info yang aku baca.. Mmg dah boleh tahu boy or girl.. itu pun klu doktor tu cekap  lah kan.. Seingat aku masa mengandungkan irsyad.. aku scan kali ke 2 jerr doktor Soviet dah bagi tahu baby aku boy.  Jadi kali ni pun dia dah bg tahu la jugakan cuma nak secret dulu ekkk..


Hari ni sempat la soping sket kat centrepoint.. kebetulan ada Sale.. Pergi pun dah malam.. Banyak betul umat manusia.. Naik pening + mual pulak nak dok lama2 pilih baju baby.. Sempat la beli sehelai dua baju, botol susu yang aku rasa agak murah, blanket baby. Itu jer la pun.. nanti klu ada sale kat mana2 boleh la jenguk lagi sebelum berangkat ke Malaysia.  Baju pun tak boleh beli banyak2.. sebab kat Malaysia nak duduk pun dalam 30 hari gitu jerr.. pas tu dah nak balik ke Kuwait.  Kebetulan pulak kat sini winter season.. Sure la nak kena beli baju lain jugak.. Jd mmg tak nak membazir laa.. Beli mmg ikut keperluan sahaja.