Dalam Pewot Mummy

pregnancy
Showing posts with label mee pasta macaroni. Show all posts
Showing posts with label mee pasta macaroni. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Homemade Mee Kuning




Ni bukanlah projek baru... tapi dah beberapa kali buat, guna mesin mee aku tu yang sekarang dok bertapa sbbnya suiz on off dia dah ngok ngek sket. Kali ni guna pasta mesin manual. Agaknya dah jemu sungguh dengan makanan kat sini, rasa nak tukar menu, itu yang semangat membeli mesin pasta tu..

Dah banyak kali buat nih.. gambornyer ambik tak dak mood nak update blog. Hehehe.. teringat makan mee goreng zura buat.. masa p rumah Ayu ari tu, sedap bangat, dah ngigau pulak mee goreng zura... Minggu ni buat pulak mee sebabnya nak goreng macam zura.. hehehe.... Jap ek kita tengok gambor..


ni mee yang dah siap celur..


ni plak mee yang telah di goreng..

Resepi mee kuning..

500g tepung gandum
1g water roux (kalau tak suka mee menjadi lembut skip jer water roux) gantikan dgn 30g air
190g (air + pewarna kuning + garam + air abu 1/4 sudu teh)

method

1. campur kan semua bahan.. gaul rata.. tak perlu uli sehingga sebati.. cukup sekiranya boleh kepal2.
2. leperkan sedikit dengan tangan kemudian masuk ke mesin pasta no 1. gelek sehingga rata. ulang sehingga doh menjadi licin dan sekata.
3. Ulang proses yang sama untuk gelek bagi nipis no 2. sehingga nipis yang ke- 4 supaya menjadi kepingan yang nipis.
4. Masuk ke mesin bahagian pemotong mee.
5. Celur ke dalam air mendidih, apabila mee terapung boleh la di angkat.
6. Masuk kan ke dalam air sejuk dan tos. Tuang minyak supaya mee tidak melekat.
7. Mee boleh di simpan di dalam peti ais sehingga seminggu.

Tuesday, August 25, 2009

Puasa Keempat

Salam..

Ni.. menu aku untuk puasa ke-empat.. Koteow Tomyam & cucuq keria.. Koteow ni dari M'sia.. Mr. Zaki yang tolong bawakan dari M'sia.. Actually ... koteow ni hubby pesan dgn Mr. Zaki sblm aku bersalin pun.. tapi memandangkan Mr. Zaki bercuti lama.. (agak lama la jugak.. dari aku tak bersalin sampai la aku abih pantang.. ) baru la dapat makan koteow ni.. 10q to Mr. Zaki yang susah payah tolong bawa koteow ni dari M'sia.. Kat sini bukannya ada .. yang jenis kering ada la.. tapi cam tak kena jer dengan tekak aku.. so layan menu hari ke-empat ni..

Monday, August 24, 2009

Puasa Ketiga

Salam..
N3 Terkumpul seminggu..
Menu untuk puasa hari ke-tiga... Ntah ape2 la ek.. Tak kisah la.. apa pun.. yang penting nak masuk gak N3 yang lepas2.. sebabnya gambar dah ambik.. tapi internet problem lak.. x leh nak upload gambar.. jadila siaran tertunda.. hehe..

Sekian N3 hari ketiga..