Dalam Pewot Mummy

pregnancy
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Jalan2 & Birthday Cake Arisya

As -Salam..

cerita Jumaat lepas. Besday gurl dah request Molten Chocolate Cake. Kira ok la tu.. layan jer la kan .. sebab tak buat party kat sekolah.

Plan awal nak makan kat tepi laut dan boleh layan anak2 main kejap.... tapi disebabkan sand storm malam Jumaat tu.. plan awal dah berubah..

Jadi breakfast kat rumah jer laa. Scramble egg + roti + air kopi.
Scramble egg

Selesai jer breakfast, terus ke Marina Mall, solat jumaat n zuhur kat sana. Lapar pulak sebab breakfast sikit jer td.. jadinya makan sket sementara nak makan jap lagi. Ni la menu kitaorang..kongsi 4 orang
Pineapple juice
Chicken Pasta

Selesai makan, singgah jap kat toy land, Ingatkan nak cari besday present icha, tapi disebabkan besday gurl tak stuju dengan hadiah yang dipilih sebab dia dah tahu.. makanya tak jadi la beli .. Kemudian terus ke Chilis kat Kuwait Tower.. Kuwait City la kan. Fuhhh.. ramai betul orang kat sini. Pernah terbaca. Chilis situ mencatatkan sales tertinggi antara cawangan2 yang berada di negara lain. Tak tahu la betul ke tak.. Tapi mmg kena tunggu giliran untuk mendapatkan meja.
Ni menu kami..
Chicken + mushroom soup - sedappp bangat

Orange Juice aku.. macam tak de air lain nak minum :)

Biscuits
Cappucino Ayah


Ape ntah ni.. menu baru yang depa promote.. lupa dah aku pun - boleh laaa.. sbb perut dah kenyang heheh..
Besday gurl with her cakes





Ni gambar2 lepas makan.. Dah besar anak mummy.. tapi menangis same gak macam dulu.. tak cukup tido mesti menangis, tak boleh marah sikit jer dah merajuk..




Selesai jer makan, kami terus ke kuwait City.. cari kedai siam yang jual Sawi hijau.. Hari tu tengok k.sham masak sawi hijau.. Ni kali ke-2 p cari kedai tu.. Tenkiu Siti n k.sham.. akhirnya jumpa jugak.. hehehe.. pas ni senang la sebab dah tahu kedai tu..


Sawi hijau, kailan, n cendawan. Kat sini pun ada jual tomyam paste..

Dah dapat apa yg nak di beli.. cadangnyer nak ke Lulu Center Shuwaikh.. tapi disebab traffic tak berapa nak cantik, tukar haluan ke sini




Ni mesin game cekop toy kat dlm tu.. ada la penah cuba 2 kali kat City Centre.. tapi tak penah dapat.. kali ni dapat jugak cekop monkey kat dalam tu sekor.. hehehe..Gambor tak cun.. pakai camera tepon jerr

Shoping serba sikit.. pas tu singgah Ahmadi.. tengok lampu .. sepanjang jalan di penuhi lampu2 .. .. Kejap jer singgahnyer pun.. sebab terlampau sejuk..


Gambor tak cun.. sebab tak reti nak ambik.. tapi lampu2 mmg cantik ... Rasanya lampu ni di pasang sempena liberation day jerr.. klu hari biasa tak de...

takat ni jer.. papai.. salam..

Thursday, March 3, 2011

Happy Birthday Anakku Irdina Arisya

Salam

Hari ni 03/03 birthday icha. Sedar tak sedar dah 6 tahun anak aku. Dah darjah satu dah pun. Dah pandai baca dan mengira. Dah boleh tolong jaga adik. Dah pandai demand.. hehehe.. Request birthday party kat sekolah.. Huhu.. mana boleh dik.. ayah kerja.. sapa nak arrange semua.. Nanti la ada rezeki kita buat party key.. Yang penting nanti ayah belikan kek yang macam adik nak.

Ingat balik masa mula2 mengandungkan icha, Memang merancang untuk anak ke-2. Dan syukur sangat, Allah mengurniakan seorang puteri selepas mendapt seorang putera. Masa tu irfan baru setahun setengah gitu. Berulang alik dari beruas ke pantai remis, dengan abang kerja shift. Jenuh jugak nak menjaga irfan dengan keadaan awal mengandung alahan teruk. Masak tak boleh, basuh pinggan tak boleh sbb tak tahan bau sabun, makan pun semua keluar balik.. seingatnya.. boleh minum jus epal jerr.. apapun syukur sangat, walaupun alahan teruk semasa mengandung, tapi melahirkan dan menjaga icha tak susah. Ada la 3 kali masuk keluar hospital sebab lelah. Dan syukur sangat semakin besar semakin hilang lelah dia.

Mummy, ayah, abg dan Icad ucapkan Happy 6th Birthday. Semoga menjadi anak yang solehah, rajin, bijak, berjaya dunia dan akhirat. Semoga Allah panjangkan umur adik dengan penuh ketaatan pada agama. Amin.. Kami semua sayangkan adik.. Lepas ni kena kurangkan sikit merajuk n menangis yerrr....

Happy Birthday Anakku Irdina Arisya

Thursday, January 27, 2011

Terasa nak update ..

Blog ni dah macam hidup segan mati tak mau. Entah angin ape ntah.. tiba2 jerr terasa nk update blog.. Mungkin dah terasa nak bercerita kembali aktiviti di sini..Tak kisah la ada orang membaca blog aku ke tidak tapi aku nak tulih jugak blog.. hahaha.. sebab utamanya aku nak jadikan catatan blog ni sebagai kenangan semasa aku berada di bumi kuwait.. Bercerita tentang luahan hati, tentang masak2, tentang anak2 juga pengalaman hidup di sini..


Ni pun dah berapa kali bangun duduk, bangun duduk sementara nak siapkan tulisan nih. Kejap abang ambik buku adik, kejap adik tarik meja kakak. Sekarang ni cuti sekolah, maka aktiviti kat rumah lebih la sikit. Kadang2 letih jugak rasanya.. kejap2 dengar ada jer yang memanggil, mengadu ini, mengadu itu.. hohoho.. Si abang dah tentu suka nak mengusik, si adik pulak dah tentu nak mengadu... letih jugak melayan anak2 bila cuti sekolah :

Abang irfan tengah wat latihan maths ikut silibus Malaysia.. susah jugak kalau nak compare dengan maths silibus sini...

hahaha.. perasan jer ada yang mengambil gambor.. terus angkat tangan.. konon bergaya untuk bergambor la tu.. dok sibuk kat bilik abang n kakak... Dah conteng tangan dahhhh...

p kat kakak pulakkk.. nk bergambor .. nak sibuk pun ada juga...


Sebenarnya tak sempat pun nak suruh diorg buat latihan buku dari malaysia.. Biasanya kerja sekolah pun banyak.. Jadual yang aku buat untuk diorg pun on off on off jer gunanya.... dah tu salah siapa.. dah tentu la salah aku.. Lepas ni kena perhatikan diorg lebih sikitla nampak gayanya...

ok laa.. nanti citer lagi.. harap2 tu aku rajin la sket mengupdate.. hehehe... bye.. salam..

Monday, July 20, 2009

Gambar Baby

Salam..

Kat sini gambar baby.. upload yang mana ada dulu... gambar terbaru x amik lagi.. Rasa cam malas jer nak pegang kamera.. Ingatkan nak upload gambar yg ambik untuk wat pasport baby.. tapi skali kedai tu plak soh kita ambik sendiri.. Mana tak nya.. tunggu punya lama kat kedai gambar tu.. tapi baby plak tdo jer.. x nak buka mata..

Gambar semua senget.. pas tu blur plak, mgkn ambik gambar malam kot.... bby plak x leh kena flash kamera. semacam jer muka dia.. Nanti lagi seminggu dua ambik gambar len..


Sunday, July 19, 2009

Geram Sangat

Salam..
Ni citer ari ni.. Iee... mmg nak lepaskan geram.. nak bebel tak lalu.. so lepas kat sini..

Actually.. hari ni baby ada appoinment dgn doktor kat London Hospital.. tapi kami x leh pegi sbb Mr. Hubby dah plan nak p embassy m'sia.. nak wat surat lahir n paspot baby.. hari tu pegi dah tutup.. depa keja sampai jam 12 tgh jer.. jadi hari ni kena la p awal.. appointment dgn doktor plak jam 9.00 - 10.00 pagi.. mana sempat nak buat semua.. Aku plak tak kuasa nak ikut p embassy.. jalan pun dok tak larat lagi.. Jadi kami plan p lab Ibnu Sina jer untuk cek kuning baby..

Petang cam tu.. p la kat Lab tu.. Sebenornya.. aku penah wat test pregnancy kat situ masa nak wat civil ID .. cam ok jer dia ambik darah.. so tak risau sangat.. But this time.. Ieeee... geram sungguh.. sian kat anak aku.. 2 kali ambik darah.. tapi x dapat result gak..

1st time dia ambik darah tu.. boleh dia nak nak ambik kat tangan anak aku.. Iee.. budak tu dah la kecik.. urat pun x nampak.. dia nak ambik kat situ.. Aku dah pandang semacam.. so dia cucuk kat jari.. Masyaallah.. aku tengok cucuk punya la dalam.. dah tu ditekan2 sampai pucat tangan anak aku tu.. tapi darah x keluar.. Yer la.. nak keluar macam mana.. sebab dia tak lepaskan tekanan kat tangan tu bagi darah mengalir.. Masa tu aku dah rasa "dia" ni macam mengong wat kerja.. Anak aku ni mmg menjerit sepanjang ambik darah.. sampai dah nampak biru.. Kat hati sabar lagi.. yer la.. nak anak sihat kan.. Selesai la part 1 ambik darah.. kami pun tunggu la result..

Dalam 15 minit.. depa panggil sekali lagi.. untuk ambik darah.. time ni dia cucuk pulak kat kaki.. Sekali lagi anak aku menjerit punya la kuat.. Ya Allah.. aku sendiri x leh nak tengok dah.. so aku tunggu kat luar.. Masa aku dok tunggu tu.. pekerja kat situ jugak ler.. perempuan India.. (dia yang ambik darah aku masa aku wat pregnancy test ari tu) dia kata pompuan tu x reti ambik darah.. Aku apa lagi masuk.. dalam then soh stop ler sebab baby dah sakit tu.. Boleh pompuan tu kata anak aku menangis bukan sebab sakit.. tapi sebab stress bcoz dia tak kenal org.. Buleh ka lagu tu.. Anak aku tu baru 10 hari.. belum kenai sapa lagi.. So pompuan tu x nak stop.. dia dok picit lagi kaki anak aku.. Mr.. Hubby pun soh stop juga.. akhirnya dpt jugak dia ambik darah anak aku..

So kami pun tunggu result sedangkan anak aku tu dah tersedu-sedu.. sian sungguh aku tgk.. Tunggu punya tunggu.. last sekali cashier tu datang bawa duit bagi balik.. sebab tak dapat result.. Memang geram betul aku.. rasa gak la nak bercakap .. tapi hubby soh diam .. tak yah komplen apa2.. kami pun balik.. Ieee.. sedih betul.. Rasa bersalah sangat kat baby..

Esok pagi nak kena p jugak ke London Hospital.. Hari tu buat test kuning gak.. tapi anak aku mcm terkejut jer.. tak menangis sgt.. Harap sangat anak aku cepat sihat..

Thursday, April 23, 2009

~~~Pencapaian Irfan~~~

Salam;

xceli dah lama upload gambar ni..tapi asyik terlupa jer.. Ni Sijil2 dia dapat dari bulan Oktober hingga April.. kumpul jer sekali.. Ingat lagi masa memula dapat sijil tu.. punya seronok sangat.. dia pegang sijil tu dari sekolah.. x letak dalam beg.. nasib baik ler sijil dilaminatekan.. tp sijil yang terakhir dia dapat dah berkedut2 sebab letak dlm beg.. x letak dalam folder..

Ingat lagi masa interview nak masuk sekolah.. dia mmg x boleh baca lagi.. sampai teacher dia pun risau nak masukan ke Year 1.. pas tu kami kena panggil.. akhirnya aku buat decision biar la dia masuk year 1.. tak kan nak ulang2 lagi.. sian dia.. walaupun x abis blajar kat m'sia.. biar jer dia blajar slow2 dlm kelas.. Jadi dia kena masuk kelas ESL..(kira kelas pemulihan aku rasa).. Sebelum 2 minggu sekolah mula.. aku mula ngajar dia kat rumah.. time tu bulan puasa.. jd byk masa kan.. menangis-nangis dia, sbb x dapat ingat dengan cepat.. dan alhamdulillah.. aku berpuas hati selama 2 minggu tu .. at least dia dah boleh sebut semua bunyi huruf..

Bila masuk sekolah.. dia x perlu lagi pergi ke kelas ESL (kelas pemulihan membaca) syukur sangat..

Ni sijil yang mula-mula dia dapat




Ni pulak keputusan Mid term dia.. x lah begitu bagus... Arabic dapat B.. aku tengok balik.. rupa-rupanya.. nota arabic ada kat tengah2 buku tulis yang tebal.. bahagian depan islamic study..ibu boleh x perasan..langsung x ajar balik.. patutla anak dapat B.. tak pe la.. kita baiki apa yang lemah.. Ibu harap Irfan dapat tingkatkan prestasi dari hari ke hari ye sayang....

Sunday, April 19, 2009

~~~Homework Irfan~~~

Salam ;
Hari ni citer tentang homework Irfan.. Homework ni dia dapat sebelum Spring Break lagi.. tapi disebabkan ibu demam, ayah pulak sibuk.. jadi homework ni tergendala sebentar.. .. Jenuh kami mencari bahan-bahan utk siapkan homework ni.. bukan senang nak cari bahan stationeries kat sini.. manila kad pun tak jumpa..(hehe.. ibunya yg x nampak kot).. akhirnya dapatla jugak manila kad kat lulu centre...

Ini lah hasil kerja homework Irfan... sebenarnya bukan dia yang buat.. ayah yang buat..ibu plak pengkritik.. tapi Irfan memang bagi komitmen sepenuhnya.. komitment apa ek.. erm.. tolong sediakan semua barang.. pas tu dia tunggu la sampai rumah tu siap.. nanti bila teacher tanya .. sapa buatkan.. dia kata dia nak jawab "my father help me to make this house".. hehe.. macam dia yang buatkan.. ayah tu tolong jer..

Tak pe la mcm mana pun.. yang penting siap.. Irfan plak xcited sgt nak bawa rumah ni esok....

Thursday, September 18, 2008

~~~Pindah Rumah~~~

Hari kedua Irfan sekolah kami kena pindah rumah.. sbb rumah kat kat Fintas x sesuai untuk org yang berkeluarga.. byk barang x cukup.. periuk nak masak pun x dak.. sian kat aku.. kena ejas-ejas periuk nasik utk masak...susah-susah x yah aku masak.. pakai order jer..(org maleh punya ghojer..).

Masalah pulak nak tukar alamat bagi bas sekolah irfan.. laling x leh uruskan.. aku plak x reti nak ke sekolah mcm mana.. jalan pun x reti... tapi kena jugak cuba.. So pagi2 aku antar Irfan p sekolah naik teksi.. pas tu terus p jumpa manager bas depa.. cakap tolong uruskan pertukaran bas.. sbb kami dah pindah.. Alhamdulillah dah settle.. jadi tengahari sat g tak payah la aku nak p ambik Irfan..

Pas tu nak jadi citer.. irfan x balik2 sampai pukul 1.30tgh.. hah.. apa dah jadi.. aku punya la risau.. rupa-rupanya.. x der sapa yg ambik dia naik bas.. jadi dia tertinggal.. jd terpaksa la aku p ambik dia.. Esok pagi laling uruskan sekali lagi.. rupa2nya.. dia lambat keluar kelas.. dats y kena tinggal.. alahai.. sian tul.. anak aku.. dah x reti nak speakang... sib baik la ada yg prihatin..

Rumah baru kami..(rumah sewa tau..)

Tuesday, September 2, 2008

~~~Irfan Masuk Sekolah~~~

16/09/2008 pendaftaran Irfan ke sekolah....ibu dan ayah yang excited dan risau.. bukan apa? risaukan Irfan x dapat sesuaikan diri kat sekolah ni.. Masa sampai kat sekolah tu tak ramai sangat orang... agaknya sekolah baru kan.. kami tunggu sampai Irfan masuk kelas.. Dalam kelas tu ada 18 orang pelajar.. Dalam hati, ingat nakla tunggu macam kat M'sia.. rupa2nya.. x boleh tunggu.. Alhamdulillah Irfan ok jer.. walaupun x der seorang pun budak melayu.. Yang dok risau ibu dan ayah dia.. Macam mana la anak aku ni.. boleh ke dia?..
Sekolah yang kami pilih Cambridge School.. kiranya dekat jugak la dengan rumah bila dok kat Mangaf nanti.. Nak masuk darjah 1, kena ambik test.. erm.. boleh ker anak aku ni.. dah la sekolah tadika kat m'sia pun x habis.. Alhamdulillah Test yang diambil lulus.. tapi bila suruh baca guna phonetic dia tak tahu.. sbb kat M'sia kaedah yang diajar lain.. Jadi kami boleh pilih samada nak teruskan kepada darjah 1 atau masuk ke reception sekali lagi.. Kalau masuk reception rugi pulak setahun..At last aku buat decision.. biar la dia masuk standart 1.. nanti aku ajar dia baca kat rumah.. ada lagi 2 minggu...Alhamdulillah 2 minggu sebelum masuk sekolah dia dah boleh kenal semua phonetic huruf-huruf.. mana nak tak nyer.. siap menangisla.. nak buleh pun.. Aku guna laman web kat internet tu.. x bosan sangat.. Memang dia belajar underpresure selama 2 minggu.. Sian betul anak aku.. hehe...La ni tinggal risaukan dia boleh ke tidak nak berkomunakasi dengan teacher kat sekolah tu.. ?


Dah siap nak p sekolah




Keciknya anak aku..

Aku doakan anak aku boleh belajar dengan baik di sekolah ni.. Harap tidak ketinggalan sangat dengan murid-murid yang lain.. Amin...