Dalam Pewot Mummy

pregnancy
Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Bun Pandan

As-Salam

Roti pandan ni dah masuk entry ari tu.. cuma tak letak pulak resepi..



Resepi guna doh asal jerr dari k.Z'lyna.. tapi dah ubahsuai jadi bun pandan.

250gm tepung roti

50gm gula castor
20gm susu tepung
2st yis
1/2st garam
50gm air suam

60gm air pandan (60g air di blender dengan 2 helai daun pandan)

butter 40gm
Sekaya

1/2 sudu Water Roux
Penyediaan Water Roux
50g Tepung gandum + 250g air.. di masak sehingga pekat dengan api perlahan
Kacau sentiasa supaya tidak berketul

Method :

Masukkan yis ke dalam 50g air suam. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, dan lebihan gula, ke dalam satu bekas. Kacau2 hingga rata.
Kemudian tambah butter dan water roux, air pandan dan air yis.

Gaul hingga membentuk doh,

Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
Bulatkan doh kepada beberapa bahagian (20g-25g setiap biji) (boleh jugak nak letak filing sekaya).

susun di dalam loyang dan rehatkan sehingga naik
Apabila doh telah naik, Paipingkan sekaya di atasnya. Semburkan sedikit air.. dan sedia untuk di bakar.
Bakar 180 darjah dengan api atas bawah sehingga masak.


sekian,..

Roti Kentang

As-salam







Ingat lagi buat roti ni.. setahun yang lepas rasanya.. huhu.. punya la huduh.. Kali ni pun huduh jugak.. tapi rasa byk yang improved.. cuma rupa tak berapa nak cun.. heheh.. sebab terbakar sket..


Resepi Roti Kentang

70g kentang lecek
250gm tepung roti
50gm gula castor
20gm susu tepung
2st yis
1/2st garam
110gm air suam
butter 40g
1/2 sudu Water Roux

Penyediaan Water Roux
50g Tepung gandum + 250g air.. di masak sehingga pekat dengan api perlahan
Kacau sentiasa supaya tidak berketul

Penyediaan kastad
  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega
campur semua dan blender.. kemudian masak di atas api yang kecil kacau sehingga pekat.

Method :

Masukkan yis ke dalam 50g air suam. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, dan lebihan gula, ke dalam satu bekas. Kacau2 hingga rata.
Kemudian tambah butter dan water roux, air suam dan air yis.
Gaul hingga membentuk doh,
Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
Bulatkan doh kepada beberapa bahagian (20g-25g setiap biji)
susun di dalam loyang dan rehatkan sehingga naik
Apabila doh telah naik, Paipingkan krim kastad di atasnya. Semburkan sedikit air.. dan sedia untuk di bakar.Bakar 180 darjah dengan api atas bawah sehingga masak.

Bun Sambal Bilis & Pizza Rolls

As-salam



Resepi

250gm tepung roti
40gm gula castor
20gm susu tepung
2st yis
1/2st garam
110gm air suam
butter 40g
1/2 sudu Water Roux

Penyediaan Water Roux
50g Tepung gandum + 250g air.. di masak sehingga pekat dengan api perlahan
Kacau sentiasa supaya tidak berketul

Method :

Masukkan yis ke dalam 50g air suam. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, dan lebihan gula, ke dalam satu bekas. Kacau2 hingga rata.
Kemudian tambah butter dan water roux, air suam dan air yis.
Gaul hingga membentuk doh,
Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
Bulatkan doh kepada beberapa bahagian (20g-25g setiap biji)dan isi sambal bilis ke dalam setiap doh.
susun di dalam loyang dan rehatkan sehingga naik
Apabila doh telah naik. Semburkan sedikit air.. dan sedia untuk di bakar.Bakar 180 darjah dengan api atas bawah sehingga masak.


Doh yang sama boleh digunakan untuk membuat pizza rolls

canaikan doh kepada 4 segi, sapukan sos cili di permukaan doh.
taburkan atau susun sosej, yang di potong sederhana nipis, atau apa saja mengikut citarasa sendiri.
gulung rapat2, dah potong kepada sederhana kecil.
Susun di dalam paper cup, dah rehatkan doh sehingga naik
Bakar 180 c sehingga masak
Sesudah masak, boleh la dipipingkan sos cili dan mayonis.

Wednesday, February 9, 2011

Roti, Roti, Roti..

Ni projek beberapa minggu lepas jugak.. masa ni tengah dok excited buat roti.. Resepi dari K.Lynn .. Tenkiu k.lyn kerana sudi berkongsi resepi..Memang best resepi ni. Guna resepi doh asas, lepas tu buat la macam mana kita rasa nak makan. Ni beberapa jenis roti yang telah di cuba. Tak rugi cuba resepi nih.. memang best. Kita tengok resepinya ekk... K.lynn minta izin tempek resepi yerr....

Z'lyna Lynn 10 January at 12:26 Report
500gm tepung roti atau gandingan 400gm tepung roti 100gm tepung gandum
100gm gula castor
20gm susu tepung
1st bread improver(optional)
4st yis
1st garam
1biji telur
220gm air suam
butter 80gm atau gandingan 40gm butter dan 40gm shortening
1st bread softner (optional)

Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:
Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
Biarkan proses menguli hingga selesai.
Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
Rehatkan lebih kurang 15 minit.
Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.

water roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. ) 50gm tepung gandum 250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.


Roti ni uli tangan jerr.. sbb tak susah sangat menguli.. lagipun biasanya buat 300g tepung ataupun 250g. Cukup2 jer untuk minum petang. Roti ni bila dah masak, letak dalam bekas bertutup. Macam tuppaware ka... supaya kekal lembut. Kalau ada lebih sampai esok pagi.. just masukkan dalam microwave dlm 20 saat gitu.. dengan kepanasan medium, dah cukup untuk lembutkan semula.

cinnamon rolls with raisins..


roti pandan.. cuma tukar kepada air pandan dan tambah sedikit warna hijau. Atas tu letak jer kaya..

close-up sket..

memang gebus..

Cinnamon rolls with almond pulakk...

Cheese bun.. favourite bun kat rumah ni..

Banyak dah roti yang di cuba.. nanti la bila free upload gambar2 lagi..

Wednesday, April 21, 2010

Lagi..

Cam dah tak de benda nk masak ekkk.. Actually.. esbok dah clear.. jd tak der la acara masak2 yg berat2.. Dah malas nk p soping dah.. sbb tinggai 3 hari jer lagi kat sini.. pas tu nk balik m'sia.. Aku pun mmg plan x mo masak dah..

Ni la yg dok perabih tepung jer ni..... Apa pun layan jer la.. gambor pretzel ni.. Guna adunan doh asas.. pas tu celup air garam n bakar jer la.. pas tu.. buat jugak sos karamel.. Ni utk bekfes anak2 pagi ni.. n bekal diorg...
Projek ntah bila2 cheesecake ni.. Layan jer la gambor.
.

Sunday, April 18, 2010

Cinnamon Rolls Again.

Ermm.. tengah rajin wat roti ni.. nk abihkan stok tepung roti.. Kali kedua dah cinnamon rolls ni I tayang.. kali ni letak resepi skali ekk.. Actually resepi doh asas jer.. tapi aku dah pandai2 mengedit kepada cinnamon rolls ..


Doh Asas Roti

250 gram bread flour
1 1/4 tsp yeast
50g butter
3 tbsp sugar
120ml fresh milk
1/4 salt
2 tbsp water roux (25g flour + 125 ml water > di masak dengan api perlahan sehingga pekat sedikit.. >> agak la yer..

Method :

1. Rendam Yis dlm susu segar tunggu sehingga berbuih, kemudian masukan gula
2. Dalam bekas lain, campur semua bahan (tepung, water roux, butter & garam), dan gaul sebati.
3. Akhir sekali masukan yis tadi.. uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
4. Tutup doh dan biar naik sehingga 2 kali ganda.
5. Uli sekali lagi.. dan sediakan doh utk di bakar..


Untuk buat cinnamon rolls,

1. Canai doh setebal 1cm,
2. Sapu butter di atas lapisan doh, taburkan gula, cinnamon powder dan kismis.
3. Gulung doh sehingga habis, dan potong mengikut size yg diingini.
4. Susun di dalam loyang dan tunggu sehingga doh naik 2 kali ganda.
5. Bakar dengan suhu 160 darjah, selama 20-30 minit mengikut jenis oven masing2.



Monday, April 12, 2010

Operasi Menghabiskan Stok

Ni menu minum petang ari ni.. dah kerap sangat buat roti.. tapi selalunya roti cheese jer.. ari ni cuba buat roti lain plak.. Tepung dok byk lagi.. kira nak perabih stok la ni.. Buat 1 adunan jer.. 300gram tepung.. pas tu.. dpt 2 biji bun sardin, 2 biji bun bilis, cinnamon rolls dan 2 lagi bun lain..Roti ni mmg lembut n gebuss.. suka sangat.. tak yah dok guna b
read softener pun mmg lembut dah.. Cuma guna water roux jer.. Terima kasih kat Ema dan Zu yg berkongsi resepi ni.. La ni mana2 resepi pun dah byk guna water roux tu.. aku jer yg ketinggalan rasanya.. hikhik..

Wednesday, February 10, 2010

Citer masak2..

salam..

Waduh.. tak der citer yg best2 ler.. melainkan tepon yg kita sayang tu dah hilang.. huhu.. sedih betul.. w/pun tepon tu tak la mahal n secanggih mana .. tapi tetap sedih sbb tepon tu mmg cheq suka sgtttt...

Jadi sesapa yg ada baca blog cheq ni.. nanti tinggai la no phone kat facebook cheq na.. Cheq mmg dah tak dak back-up nombor2 tepon sesapa pun..

Ni meh layan gambor masak jer.. Roti jala ni dah selalu buat.. tapi ari ni wat 2 kaler lak.. sbbnya dah ternampak kat rumah Hana.. tu yg cheq dapat idea nak wat roti jala ni.. Kali ni wat byk sket.. bg kat Ema dgn Azian.. Harap2 ema tak jemu la.. asik dpt roti jala jer..

Pas tu.. wat nasi minyak x cukup sifat.. sbbnya tak wat pun acar timun.. Nasi minyak ni buat untuk anak2 jer.. diorg mmg tak makan acar pun.. Klu buat nanti ibu diorg yg makan plak.. abih tu.. tak yah la buat.. Ni kengkonon nak jaga diet.. konon nyer laaa.. hehe..




Ok la.. nanti citer lagi ekkk..

Thursday, June 25, 2009

Mexican Bun

Salam

Ni projek time sihat ni.. Mexican Bun.. Entah nape teringin nak makan pun aku tak tau.. may be sebab teringatkan bau kopi bun ni.. Time ni dok ketagih kopi.. Laling kata "tukar la minum susu" nanti anak pun kulit mcm kopi.. Boleh ka macam tu.. hehe.. tak kot.. klu dah ibu ayah pun kulit kopi.. mcm mana anak nak mai kulit susu.. Apa pun.. anak keluar sihat walafiat.. cukup sifat.. sempurna segala.. dah bersyukur amat..


Sebab ni projek lama.. resepi dah lupa ambik mana.. jadi tak tempek la.. ek.. Nak buat ni.. kira mencabar jugak ler.. Sebabnya org-org yang rajin jer boleh buat.. Jadi klu nak buat kena pilih masa mood tengah rajin.. Cam aku yang dah memboyot ni.. hehe.. letih nak layan.. tapi siap jugak.. hehe..

Wednesday, May 20, 2009

~~~Roti Kentang~~~

Selamat malam...




Best betul ari ni.. internet x der problem.. dah abih semua aku upload.. dan ni projek petang tadi.. Roti Kentang.. dok intai-intai MyR tengahari tadi.. teringin lak nak buat.. tercapai jugak hasrat aku.. Esok boleh rehat masak.. sebab kena masuk ward dah.. dok jer lepak kat spital tu.. malam ni dah kena puasa sampai esok pagi lak..




Ok.. Resepi aku ambik kat MyR dari Onigiri.. toce pada empunya resepi... Roti aku ni x cun tang kastad kat ataih tu.. huduh.. aku 1st time wat kastad ni.. entah apa jadi.. kaco jadi keras.. pas tu pakai tekan jer nak cepat.. si icha dah ngamuk nak makan.. tapi memang lembut ler.. x rugi sapa yang nak cuba



Resepinya aku CnP jer..

Bahan-bahan ( 10 biji bun kecil )
135 ml air ais
3/4 cmt garam
30 gm mentega atau marjerin
1/2 biji telur (dipukul sebentar)
60 gm ubi kentang (direbus dan dilenyek baru ditimbang)
300 gm tepung roti/tepung protin tinggi
3/4 cmb susu tepung
50 gram gula
2 cmt yis segera
Topping untuk membuat garisan kastad Tepung kastad segera (instant custard powder) Bancuh dgn air utk mendapatkan pes yg lembut
Kalau takde tepung custard segera tu buatlah cream custard mcm biasa dan jalurkan pada roti kentang nanti.

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan dan uli hingga licin lebih kurang 15 minit.
2. Tutup dengan wrappers dan biar naik selama 45 minit.
3. Tumbuk doh perlahan utk mengeluarkan udara yg terperangkap dan uli selama 1/2 minit.
4. Bentukkan menjadi bebola yang setiap satunya seberat 30gm (tak timbang pun tak per, pakai agak2 jer la saiz tu).
5. Susunkan ke dlm loyang yang telah digriskan. Tutup lagi dan biar naik lagi selama 40 minit.
6. Tepi2 loyang pun griskan la jugak supaya roti tak melekat nanti lepas bakar. Kalau tak nak griskan loyang dan nak lapik dgn aluminium foil pun boleh..
7. Sapukan telur yg telah dipukul ke atas roti (tadikan kita guna 1/2 biji saja utk masuk ke dlm adunan, so yg 1/2 baki lagi tu gunalah utk tujuan ini).
8. Paipkan kastad ke atas roti. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit (tapi perhatikan juga sbb kalau dh nampak roti bertukar perang dan masak sebelum 20 minit tersebut, tutup sius dan biarkan roti masih di dalam oven hingga cukup masa 20 minit).

Sekian, wasalam.

Wednesday, April 29, 2009

~~~Citer minggu Nie..~~~

Salam ;
Lama gak tak update blog aku ni..bukan wat apa pun kat rumah.. tp sebab internet ni lembap sgt.. jadi aku pun malas ler nak ngadap komputer..
Hari Sabtu.. aku masak roti jala dengan kuah kari.. memula tu laling cuma cakap buat kuah kari jer.. makan dengan roti... tapi aku rasa macam x best jer.. sebab dah penat wat kuah kari tak kan nak makan dengan roti.. iee boring la plak.. jadi last minute.. aku buat roti jala.. ala .. roti jala ni kan senang jer.. tepung semua masuk blender letak garam n warna kuning sket.. dah siap utk di jala..
Ahad plak aku buat Lontong.. yang ni aku masak sebab aku yang teringin nak makan.. resepi ambik kat Myr.. sedap resepi ni... sebab letak jintan.. pas tu tumis dengan cili sekali.. Tak pulak aku tahu kuah lodeh ni mcm tu.. tgk macam masak lemak biasa.. Tapi memang sedap resepi ni.. Yang ni aku CnP jer.. untuk rujukan aku bila2 masa..

Bahan-bahan ( 10 orang )
Bahan yg dikisar halus * :-
*10 tangkai cili kering
*2 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1 jari kunyit hidup
*1 hiris halia
*2 sudu udang kering
*2 sudu ikan bilis
*sedikit belacan - jika suka (yg ni x letak)
*2 sk jintan kasar - sangar
2 batang serai - dititik
4 helai daun salam
1/2 jari lengkuas - diketuk
200 g udang hidup yg dikupas kulit
Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
1/2 biji kobis
8 batang kacang panjang
1 batang lobak merah
1 biji sengkuang kecil (yg ni tak letak)
1 biji terung panjang (tak letak jugak)
1 keping tahu kering - rendam
4 biji kentang
4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
4 keping tempe - dipotong dan digoreng
2 ikat su'un - direndam
lada merah dan hijau - dipotong serong
2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
air secukupnya
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak utk menumis

Ni projek minggu ni hari Isnin.. popia basah.. Irfan, anak aku dah minta "vegetable roll" .. Sian plak kat anak aku ni.. Memula rasa x confident nak buat.. bukan senang nak buat kulit nya.. yer la.. dah x penah cuba.. klu kat m'sia senang.. p jer cari kat kedai kuih yg jual petang2 tu.. dah dapat.. Memula tu aku buat sket dulu.. bancuh tepung.. cuba buat kulit tu.. 1st kulit tu.. mmg tebal.. pas tu kejap jer improved.. then aku bancuh tepung sekali lagi..
Resepi aku ambik kat Myr.. tapi tak ikut sukatan.. kira campak2 jer ingredient nyer..



Resepi Kulit Popia
Tepung gandum
Tepung ubi sket
Garam
Air
Method : Bancuh macam cekodok tu.. biar 1/2 jam.. pas tu boleh buat la kulit popia ni..

Inti
Kobis, timun, carrot, gula, garam.. masak sampai kering..
Cilinyer pulak..
Cili kering 15 biji, bawang putih sket 3 ulas, bawang besar sebiji, udang kering blender.. gula, garam, asam jawa sket, n kicap sket.. masak sampai pekat dengan api perlahan..

Senang jer.. kan..

The next day plak, aku buat karipap.. minggu ni 2 kali buat karipap, dah demam karipap plak. Memula dulu aku rasa susah jer nak buat,.. sbb x reti bancuh tepung tu.. tapi kali ni rasa senang lak.. bila guna minya panas.. kulit tu senang nak canai.. pas tu nak kelim pun senang.. tu yang boleh buat sampai 2 kali.. hehe.. kalau x memang bercinta aku nak buat karipap..

Ni lagi projek dalam minggu ni gak.. Nasi ayam.. ni dah kira malas nak pk pasal menu masak.. sebab tu buat nasi ayam.. senang..


Minggu ni.. minggu aku menjamu selera.. Entah datang sheikh apa pun x tau la.. Minggu menaikkan berat badan.. huhu.. Khamis ni dah cukup aku pregnan 6 bulan.. eei.. takut nak naik timbang.. aku target 2 kg/month.. rasa cam lebih jer.. Laling pun dah tegur.. "abg tgk Da .. asyik makan jer.. nanti berat naik byk sgt.. cuba control sket".. erm.. yer la.. makan sampai x ingat..