Dalam Pewot Mummy

pregnancy
Showing posts with label diabetic. Show all posts
Showing posts with label diabetic. Show all posts

Saturday, May 23, 2009

~~~Teman Baru~~~

Salam semua..
Ish macam boring pulak dok rumah x buat apa ni.. biasa mencari2 gak ler resepi untuk aku cuba.. yer la.. dalam hidup aku boleh kira dengan jari masakan yang aku penah masak.. Memang aku x suka masak sangat masa aku kerja dulu.. Time cuti mesti nak jenjalan.. Jadi bila dah dok Kuwait ni boleh jugak ler aku try masak walaupun x reti.. Ni dah kena diet plak.. jadi nak kena cari resepi western la pulak.. bukan apa menu diet yang depa bagi tu semua masakan barat.. aku ni mana reti.. makan reti la.. Cam boring jer time ni..

Makan kena ontime.. pas tu x boleh pulak skip makan.. jadi kerja delay2 yang aku suka buat ni.. kena tinggalkan sejak ada boyfriend baru hehe.. Jom aku share gambar boyfriend aku yang baru ni... Macam mana x kata boyfriend.. ? P mana pun kena bawa.. Semalam p Lulu pun.. tgh dok soping kena cari boyfriend.. bosan ek..Harap dah habis bersalin ni.. boleh simpan ler benda ni.. x lalu lagi nak nengok..

Heheh... kawan-kawan jangan x pecaya.. aku dah berani cucuk sendiri.. tapi kat tangan ler.. pejam jer mata.. kalau cucuk kat peha memang sakit sket... kat perut x cuba lagi.. Laling pun x berani lagi.. Ingat lagi masa kena cucuk Rubella.. aku la diantara yang paling penakut kena cucuk.. Haaa.. la ni mcm x percaya..
Panjang citer ni.. tengah bosan.. Kalau sesapa yang tak tahu.. ambik insulin ni pun sometimes ada implikasi.. implikasi gula rendah dalam darah.. boleh dizzy.. pengsan.. Jadi untuk elakkan perkara ni berlaku.. kena sediakan gula2 sentiasa.. bila rasa jer pening.. sweating.. boleh terus ambik sweets.. Pas tu bila ambik insulin.. mmg kena terus ambik makanan dalam masa 2 - 3 minit..



Dalam kotak tu.. insulin.. dalam kertas sekeping tu alcohol pad.. lagi dalam botol tu test strips, macam pen tu jarum untuk test darah.. benda bulat besar tu reader yang oren tu syringe untuk suntik insulin...
Sekian..

Friday, May 22, 2009

~~~Dah Keluar Hospital~~~

Salam semua...


Alhamdulillah.. ari ni dah kuar dah.. Tapi doktor cam nak soh tunggu sehari lagi.. hehe.. aku mmg x dapat nak dok situ lelama.. dah la makan x rasa apa.. tawar segala tawar.. pas tu paksa plak makan time aku dah x leh terima.. Paling x best.. 4 kali cucuk ambik darah tapi darah x keluar.. entahlah.. sister tu yang x reti ka.. atau urat aku yang problem..

Meh citer sket.. apa yang aku buat kat spital tu.. mana tau nanti kengkawan plak ada problem mcm aku.. boleh dapat gambaran sket.. (bukan doa.. cuma citer pengalaman jer utk panduan).. Pertama.. dah tentu makan, tengok tv, pas tu tidor..

Masuk jer ward.. terrus ambik darah.. untuk bacaan gula masa fasting.. pas tu suntik insulin and then kena makan roti 3 keping.. tunggu 2 jam ambik darah lagi..(record breakfast)

Ok.. pas tu masuk lunch time plak ambik darah lagi untuk record b4 lunch.. pas tu makan nasi dgn fish fillet dan sayur... 2 jam lepas tu ambik lagi darah..(record lunch)

Tea time plak.. diberi biskut 3 keping n teh without sugar.. kena makan jugak.. lepas tu pukul 7 mlm ambik darah lagi..suntik insulin dan makan malam.. Lepas 2 jam (pukul 9.00mlm ambik darah lagi)

Pukul 10.00 mlm kena makan biskut dgn tea lagi.. dan jam 12 tgh malam kena ambik darah lagi.. Seterusnya jam 6.30 pagi sekali lagi check gula.. time ni dah ok sbb depa ambik darah sket saja.. kat hujung jari.. so selesai la aktiviti kat spital tu..

Walau apa pun.. Alhamdulillah.. segalanya dah selamat, doktor kata result tu semua dah ok lepas ambik insulin.. dok sehari sampai bengkak2 tangan aku ni dikerjakan oleh sister2 kat situ.. kalau duduk 2 hari tak tau la ape jadi..

Aku bersyukur sangat x der kompilasi apa2.. Jadi mulai sekarang aku dah kena jadi doktor sendiri.. kena simpan stok insulin dan jarum suntik tu kat rumah.. byk ler pengalaman baru bila dah sakit ni. Takut macam mana pun kena hadapi gak kan... Mr hubby plak kata dia x berani nak suntik sebab x nak mencederakan Ida.. huhu.. yer ke? (leh pecaya ke atau alasan jer ek..)

Memandangkan bil hospital ni.. x leh nak claim.. thank's alot to my laling sebab tolong bayarkan ek.. Sapa lagi nak bayar kan..kan..kan.. juga terima kasih sebab ambik cuti untuk jaga anak2..Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan aku dan menjaga kandungan aku sehinggalah selamat dilahirkan.. Amin..