Thursday, February 10, 2011
Projek Laksa Beras
Entry khas untuk laksa beras...
Ni projek mencipta resepi.. konon macam bagusss jer. Sebenarnya aku nampak ingredient kat plastik laksa kering tu tapi dah lama la jugak. Laksa ni rasanya boleh la sket kan dari laksa beras yang lain. Dah lama jugak tak buat laksa sebab stok laksa kering tu dah abis. Jadi disebabkan ari ni nak menghabiskan ikan2 hasil pancingan, teringat la nak buat laksa. Ikan dok banyak lagi dalam peti ais. Hari tu dah buat laksam, laksa mee, kali ni nak buat pulak laksa. Dah la semlm nanpak kat blog Zura dah ngigau pulak nak makan laksa.. Kalau boleh nak laksa yang jenis liat2 gitu.. tak nak yang jenis patah2. Agaknya yang patah2 tu menggunakan tepung beras yang banyak kot ekkk.. sbb tu laksa tu tak kenyal gitu.. Agak jerr... Ada gak aku try google.. tapi semua resepi menggunakan tepung beras yang banyak.. jadinya cuba la wat sendiri..Percubaan kali ni tak mengecewakan, kiranya menepati sedikit ke arah laksa yang macam aku nak tu.. w/pun tak seratus peratus macam yg biasa makan .. Nama pun buat sendiri kan.. Jom tengok hasil nya..
Aku guna...
100g tepung beras
100g tepung jagung
50g tepung ubi (kalau x de pun ok jer kot..)
50g tepung sagu
20g tepung pulut (sebab nak kenyal) hahhaa..
1 cup air panas
1 sudu teh garam
kaedah..
masukkan air panas gaul, kemudian gaul dengan senduk kayu. tunggu suam sket boleh uli dengan tangan. Kalau keras sangat, tambah lagi air. Masukkan dalam acuan, dan tekan dalam air yang mendidih.
biar terapung lama sket, kemudian boleh la angkat.
Hasilnya...
Bila2 nanti.. post entry laksa, and laksam plak..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sedapnye mkn laksa kak...hihihhiii...
ReplyDeleteakak ni jarang wat laksa... kadang2 teringin tu. buat jugak la kan.. hihihi...
ReplyDeletehaaaa...pass.laksa ini lah yg kita carikk!!!!tiruuu ye kak!!mekasih daun keladi.kenyal2 tu yg nak sgt tu.byk tepung beras pon rasa hameh semacam.kembung perot nak ngabehkan laksa2 sy buat haritu.kahkahkah:D
ReplyDeleteSyerah.. try sket dulu.. seriau pulak x ok dengan tekak syerah.. hihihi...
ReplyDeleteKak idaa.. Huhu akak nyer agak agak try tet tu jadik jugak rupa dan rasa laksa. Zura nyer try test , jgn kan rupa laksa, sipi2 mee pun takut takder haha. Takut tepung tu seketul he kang terapung lam poyok..
ReplyDeletehahaha.. mmg tak lalu nak menekan laksa tu.. jenuh jugak laaa.. mau lenguh tangan dibuatnya.. kalau buat byk.. rasanya seketul tepung jugak kot yg terapung dlm poyok.. hahahaha...
ReplyDelete