Dalam Pewot Mummy

pregnancy

Friday, December 10, 2010

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )


Sebelum tu nk habaq sat.. penulisan kat bawah ni.. bukan la dari aku.. tapi aku copy n paste jerr.. sbb niat kat hati sekadar berkongsi dengan seramai yg boleh apa yg aku baca.. Penulisnya ada di bawah.. dan mudah-mudahan kita dapat memanfaatkan hasil tulisan yg kita baca sama-sama.. untuk diri sendiri, anak2, dan saudara mara kita..

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula

Wednesday, December 1, 2010

Poligami, suami atau isteri siapa dulu tempah ke neraka?

Poligami, suami atau isteri siapa dulu tempah ke neraka?

Oleh Ahmad Baei Jaafar di FiKRAH iSLAMiAH

Membaca rencana keluaran lalu [Poligami boleh mengundang ke neraka?], ramai yang bertanya mengapa pula poligami boleh mengundang kepada neraka, bukankah poligami sunnah Rasulullah. Benar, sesiapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah akan beroleh pahala, syurga. Tetapi siapa yang boleh memberi jaminan bahawa mereka yang mengamalkan poligami pada hari ini benar-benar mengikut sunnah?

Sebenarnya sama ada kahwin poligami atau tidak, hukumnya adalah harus. Dan setiap yang harus kadang-kadang boleh menjadi wajib, boleh jadi sunat, boleh jadi makruh dan boleh jadi juga haram.

Bagaimanapun apabila seseorang itu telah secara rasmi berkahwin secara poligami, suami dan isteri-isteri terdedah kepada dosa yang boleh menghampirkan mereka kepada neraka. Semua ini adalah berpunca daripada kurang pengetahuan agama khususnya dalam soal hukum poligami sama ada suami atau isteri.

Di sini disenaraikan kesalahan yang sering terjadi kepada pengamal poligami:

1. Berbohong

Ada orang kata, bohong dalam poligami tidak sampai masuk neraka kerana bohong diharuskan untuk menyelamatkan keadaan yang gawat. Dalam kes ini siapa yang gawat? Siapa yang hendak diselamatkan hingga terpaksa mengguna senjata berbohong?

Jelas dalam kes ini suami berbohong untuk melepaskan dirinya sendiri. Maka dalam keadaan ini tidak ada keharusan dalam berbohong. Apatah lagi kalau pembohongan itu dilakukan berpanjangan tanpa henti, tentu berdosalah si suami itu. Apabila seluruh hidupnya penuh dengan pembohongan, bahagiakah kehidupannya? Setiap detik gerak-gerinya dirasakan sedang diintai oleh isterinya. Maka sebelum dia dimasukkan ke dalam neraka di akhirat, hakikatnya dia telah memasukkan dirinya dalam neraka dunia.

2. Tidak Adil

Dalam keadaan di atas, suami tersebut tidak mungkin akan berlaku adil terhadap isterinya. Ada isteri yang teraniaya di sudut nafkahnya, ada juga isteri yang dicuaikan gilirannya dan ada isteri yang dibiarkan langsung atas alasan nusyuz dan sebagainya.

Bayangkan apa akan jadi kepada suami yang tidak adil kepada isteri-isterinya. Dia bukan sahaja berdosa dengan isterinya kerana tidak berlaku adil, dia juga berdosa terhadap Allah kerana melanggar perintah-Nya supaya berlaku adil. Sekali lagi suami dalam keadaan semakin hampir ke neraka.

Dalam sebuah hadis Rasulullah ada bersabda yang maksudnya, mana-mana suami yang tidak adil terhadap isteri-isterinya, di akhirat nanti dia akan berdiri dalam keadaan senget sebelah.

Berhubung dengan adil, yang paling penting ialah giliran malamnya. Dalam bab itu ramai suami atau isteri yang tidak tahu, lalu mereka terus melakukan dosa.

3. Salah Giliran

Sebenarnya giliran seseorang yang berpoligami adalah berdasarkan 24jam sehari. Maknanya kalau dia menentukan gilirannya bermula pada waktu asar, maka berakhir tempohnya pada waktu asar esoknya. Berdasarkan itu jika dia bermalam dengan isterinya pada malam itu, maka esok siangnya adalah termasuk gilirannya juga. Begitu juga sebaliknya kalau suami bekerja malam, maka siangnya adalah mula gilirannya.

Dalam hal ini kalau suaminya keluar kerja sama ada siang atau malam, maka waktu keluar itu juga dikira masih giliran isterinya itu. Jadi, selagi dalam tempoh giliran isteri itu, suami tidak boleh mengambil kesempatan untuk tidur dengan isteri yang lain.

Dia boleh pergi zirah isteri itu tetapi dia tidak boleh tidur bersama isteri itu. Dia boleh menghantar barang atau melihat anak dan isteri tetapi tidak boleh tidur dengannya. Jika berlaku persetubuhan sedangkan bukan gilirannya, maka perhubungan itu adalah haram. Jika lahir anak hasil persetubuhan itu adalah dikira haram, walaupun tidak sampai kepada hukum berzina. Rujuk entry Giliran wajib adil, tidak pada hubungan seks untuk penerangan terperinci.

Perkara inilah yang sering terjadi kepada pasangan poligami yang bermasalah semuanya hendak dirahsiakan. Boleh jadi pada malam Jumaat dia bersama isteri pertama, tetapi pada pagi Jumaat keesokannya dia singgah di rumah isteri keduanya dan pada kesempatan itu juga dia sempat bersama isteri tersebut. Sedangkan siang hari Jumaat itu adalah masih giliran isteri pertamanya.

Dalam kes ini, isteri pertama tahu suaminya ke tempat kerja, tetapi sebaliknya dia melencong ke rumah madunya. Jadi, selain dia menipu isterinya dia telah mencuri giliran isteri pertama untuk bersama isteri yang bukan gilirannya. Bayang berapa banyak dosa yang dilakukan oleh suami ketika itu. Semua ini kalau dia tidak bertaubat, sebaliknya mengekalkan amalan itu, pasti tempatnya adalah neraka.

Selain suami, isteri juga boleh terlibat dengan dosa dalam beberapa kes. Antara dosa isteri ialah:

1. Isteri menghalang suaminya bagi memenuhi giliran pada isteri yang lain. 2. Isteri menggauli suaminya padahal dia tahu hari tersebut bukan gilirannya. 3. Isteri menyekat madunya daripada mendapat manfaat, nafkah dan sebagainya. 4. Isteri bersangka buruk terhadap suaminya lalu mengintip gerak-gerinya. 5. Isteri bersangka buruk terhadap madunya lalu mengintip gerak-gerinya. 6. Tindakan isteri itu menyebabkan madunya hilang hak kenikmatan hidup berkeluarga.

Jika isteri tersebut tidak bertaubat malah meneruskan kesalahan di atas, mereka memang dijamin neraka.

Namun oleh sebab para isteri tidak tahu kedudukan hukum ini maka mereka terus mengekalkan dosa-dosa itu. _.___

11 Jenis Manusia yang didoakan Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

Wallahualam

Wednesday, September 15, 2010

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri utk semua kaum keluarga di Segari dan di Sungai Petani, tak lupa jugak utk sahabat2 di mana juga berada.. juga yg mai melawat blog aku ni..Maaf Zahir Batin..

Tahun ni raya cam tak meriah sgt.. yer la.. persiapan semua serba sederhana..tak nyempat nk prepare mcm2.. kuih pun serba sedikit.. baju pun sorang sehelai.. Aku dengan anak2 beraya di Sungai Petani, Hubby plak raya di Kuwait.. mmg sedih la kan... tapi nk wat mcm mana... Keadaan tak mengizinkan kami beraya bersama.. Tahun lepas kami dah beraya di Malaysia.. tahun ni hubby kena la bergilir .. so terpaksa la laling aku beraya di Kuwait.. Aku n anak2 pulak tak boleh nk beraya di Kuwait sebab nk tunggu Kenduri Kahwin adik aku...

Citer raya.. mana gambar raya nyer.. tak nyempat nk ambik.. yer la.. sapa nk ambik kan.. dah beraya dgn anak2 jer.. Alamatnya tunggu Raya haji pulak la.. gambar Irsyad jer yg ada..

Irsyad pun ada gambar ni jerr.. gambar masa p rumah mak ngah aku.. dia dok pulun makan biskut raya.. haa.. mcm tak cukup tangan nak makan..

Kita layan gambar2 masak2 masa bulan posa..

Nasi kerabu ni buat masa berbuka hari tu.. Irfan yg request..Ni pulak nasi tomato.. angin masa malas nk pk hal lauk pauk lain.. pilih menu package kan senang.. pas tu buat pulak lompat tikam..
Menu utama kononnya nak wat siakap n kerabu tu jer.. pas tu lauk yg selebih tu mak aku yg masak.. hehee..


Tuesday, August 24, 2010

Dah Berpindah..

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Illahi.. dalam dok sibuk2.. akhirnya dah masuk rumah sendiri... w/pun dalam keadaan serba kekurangan.. Hehehe.. Masuknya bila ekkk.. balik dari Chiang Mai ari tu la... 9hb Ogos 2010.. Kenduri semua tak sempat nk buat lagi.. sebab kelam kabut sgt.. boleh gitu ekkk.. Cuti-cuti Chiang Mai.. nanti kita story lain ekk..

Now dah start cuti dah.. nk fly ke kuwait bln 10 ni.. tapi saja ambik cuti awal.. cuti nak berehat..

Madrasah VS American School

Petah dan lancar dalam kelembutan...


Friday, July 16, 2010

Sapu Sawang

Salam..

Lama sungguh x masuk ke blog aku nih.. Bknnya apa.. sejak balik Malaysia busy sungguh haih.. mana tak nya.. sibuk jaga anak, sibuk kerja, sibuk uruskan renovation rumah.. smuanya nk kena buat sendiri.. jadi memang sibuk la.. Almaklumlah semua nk kena buat sendiri.. Kita la ayah kita la ibu.. Sampai tak sempat2 nak update blog..

Masak makan semua kat rumah mak.. jadi aku mmg tak buat apa la.. kecuali bila rasa rajin terlebih baru la buat.. klu tak pakai makan apa yg ada jer.. tak pun p beli.. klu tak jugak tepon ajer..

Ingatkan boleh jer nak uruskan anak2 sendiri .. tapi bukan mudah menjaga anak sendirian di samping bekerja.. Masalah anak sakit.. keluar masuk hospital.. follow-up pakar.... tidur malam x cukup.. esoknya p kerja pulak.. balik kerja p hospital pulak.. petang p tengok rumah pulak.. sampai satu tahap tu.. rasa cam nak nangis pun ada... memang kena kuat la.. w/pun aku ni jenis yg tak reti nk berdikari.. tapi bila keadaan macam ni.. dah tak de pilihan.. kena jugak buat.. Mohon Allah kuatkan semangat aku...

Ari ni terlebih masa sket.. tu yg jengok blog.. next time kita citer2 lagi..
babai...




Wednesday, April 21, 2010

Lagi..

Cam dah tak de benda nk masak ekkk.. Actually.. esbok dah clear.. jd tak der la acara masak2 yg berat2.. Dah malas nk p soping dah.. sbb tinggai 3 hari jer lagi kat sini.. pas tu nk balik m'sia.. Aku pun mmg plan x mo masak dah..

Ni la yg dok perabih tepung jer ni..... Apa pun layan jer la.. gambor pretzel ni.. Guna adunan doh asas.. pas tu celup air garam n bakar jer la.. pas tu.. buat jugak sos karamel.. Ni utk bekfes anak2 pagi ni.. n bekal diorg...
Projek ntah bila2 cheesecake ni.. Layan jer la gambor.
.

Sunday, April 18, 2010

Cinnamon Rolls Again.

Ermm.. tengah rajin wat roti ni.. nk abihkan stok tepung roti.. Kali kedua dah cinnamon rolls ni I tayang.. kali ni letak resepi skali ekk.. Actually resepi doh asas jer.. tapi aku dah pandai2 mengedit kepada cinnamon rolls ..


Doh Asas Roti

250 gram bread flour
1 1/4 tsp yeast
50g butter
3 tbsp sugar
120ml fresh milk
1/4 salt
2 tbsp water roux (25g flour + 125 ml water > di masak dengan api perlahan sehingga pekat sedikit.. >> agak la yer..

Method :

1. Rendam Yis dlm susu segar tunggu sehingga berbuih, kemudian masukan gula
2. Dalam bekas lain, campur semua bahan (tepung, water roux, butter & garam), dan gaul sebati.
3. Akhir sekali masukan yis tadi.. uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
4. Tutup doh dan biar naik sehingga 2 kali ganda.
5. Uli sekali lagi.. dan sediakan doh utk di bakar..


Untuk buat cinnamon rolls,

1. Canai doh setebal 1cm,
2. Sapu butter di atas lapisan doh, taburkan gula, cinnamon powder dan kismis.
3. Gulung doh sehingga habis, dan potong mengikut size yg diingini.
4. Susun di dalam loyang dan tunggu sehingga doh naik 2 kali ganda.
5. Bakar dengan suhu 160 darjah, selama 20-30 minit mengikut jenis oven masing2.



Monday, April 12, 2010

Operasi Menghabiskan Stok

Ni menu minum petang ari ni.. dah kerap sangat buat roti.. tapi selalunya roti cheese jer.. ari ni cuba buat roti lain plak.. Tepung dok byk lagi.. kira nak perabih stok la ni.. Buat 1 adunan jer.. 300gram tepung.. pas tu.. dpt 2 biji bun sardin, 2 biji bun bilis, cinnamon rolls dan 2 lagi bun lain..Roti ni mmg lembut n gebuss.. suka sangat.. tak yah dok guna b
read softener pun mmg lembut dah.. Cuma guna water roux jer.. Terima kasih kat Ema dan Zu yg berkongsi resepi ni.. La ni mana2 resepi pun dah byk guna water roux tu.. aku jer yg ketinggalan rasanya.. hikhik..

Sunday, April 4, 2010

Jalan-jalan cari makan..

Salam.. semua..

Adoyai.. lama betul tak bersiaran.. Actually tak de apa yg menarik nak story mory.. Minggu ni kanak2 cuti skolah.. jadi seminggu ni jugak la.. dok layan karenah diorg kat rumah..
Kalau biasa tu.. Irsyad boleh tdo nyenyak jam 8 - 11.00pg.. minggu ni mmg tdo kejap2 la.. Bila minggu cuti untuk kanak-kanak kat rumah ni.. maknanya.. overtime la untuk ibu..huhu.. sabor jek ..

Disebabkan cuti skolah ni.. aku pun plan la pegi Scientific Centre.. bwk budak2 ni jenjalan.. Pas tu acara tambahan Mr. Laling.. p makan-makan.... (acara menghancusskan diet ku)..


Irfan ... khusyuk dok jwb soklan..

Wednesday, February 10, 2010

Citer masak2..

salam..

Waduh.. tak der citer yg best2 ler.. melainkan tepon yg kita sayang tu dah hilang.. huhu.. sedih betul.. w/pun tepon tu tak la mahal n secanggih mana .. tapi tetap sedih sbb tepon tu mmg cheq suka sgtttt...

Jadi sesapa yg ada baca blog cheq ni.. nanti tinggai la no phone kat facebook cheq na.. Cheq mmg dah tak dak back-up nombor2 tepon sesapa pun..

Ni meh layan gambor masak jer.. Roti jala ni dah selalu buat.. tapi ari ni wat 2 kaler lak.. sbbnya dah ternampak kat rumah Hana.. tu yg cheq dapat idea nak wat roti jala ni.. Kali ni wat byk sket.. bg kat Ema dgn Azian.. Harap2 ema tak jemu la.. asik dpt roti jala jer..

Pas tu.. wat nasi minyak x cukup sifat.. sbbnya tak wat pun acar timun.. Nasi minyak ni buat untuk anak2 jer.. diorg mmg tak makan acar pun.. Klu buat nanti ibu diorg yg makan plak.. abih tu.. tak yah la buat.. Ni kengkonon nak jaga diet.. konon nyer laaa.. hehe..




Ok la.. nanti citer lagi ekkk..

Monday, February 8, 2010

My Birthday..



Salam..

Ni.. N3 khas sbb nak tempek kad ucapan maya dari Wawa.. Terima kasih tak terhingga atas ingatan Wa.. Miss u and Lap U.....

Mudah-mudahan kita sentiasa dalam keredhaan Illahi dan berada di bawah lindungan rahmatNya..Amin....

Thursday, February 4, 2010

Citer Minum Petang..

Salam..

Adoyai.. cheq ni dah 2 hari fening2.. Rasa cam nak demam jer... Pas tu rasa cam tak larat jer nak wat kerja.. Tapi lagi la tak larat klu tgk rumah bersepah.. Tahu jer la.. anak2 cuti dok kat rumah.. mmg bersepah rumah.. Larat tak larat kena jugak bangun.. mmg tak leh nak baring jer.. nanti habis satu rumah di kenjah..

Tengahari semalam tak masak.. mmg tak larat betul.. mmg baring jer cheq ni.. pas tu.. dengar suara Icha sembang dengan Irfan.. "abang.. macam mana ni.. Icha dah lapar..".. Abang dia jawab.. "Icha makan jer la ni..(ni tu maksudnya fererro rocher), kanAyah cakap Ibu demam.." Lepas tu diorg diam jer.. Tv pun mmg bukak perlahan jer.. Aku kat bilik nak gelak pun ade gak.. Jadi aku pun bangun la masak nasi.. tapi lauk tak masak lagi..

Tengahari Ema antar nasi minyak n Ayam tomato.. Byk tu.. mmg tak terhabis diorg berdua.. Aku pun.. tumpang jugak la sekaki.. hehe.. Badan cam demam.. tapi selera tak demam plak.. hehe.. x semenggah sungguh..

Ni layan Nasi minyak Ema.. Shedapppp tu.. 10q bebyk ek..


Petang lak wat Cucuq udang.. kacang tu mmg dah ada pun.. so tak yah susah2 nak goreng kacang... wat menu simple2 jer la.. dah cheq tak larat.. harap2.. weekend ni sihat la.. sbb nak kuar jenjalan.. n soping2 sket barang utk balik M'sia..