Dalam Pewot Mummy

pregnancy

Monday, July 20, 2009

Gambar Baby

Salam..

Kat sini gambar baby.. upload yang mana ada dulu... gambar terbaru x amik lagi.. Rasa cam malas jer nak pegang kamera.. Ingatkan nak upload gambar yg ambik untuk wat pasport baby.. tapi skali kedai tu plak soh kita ambik sendiri.. Mana tak nya.. tunggu punya lama kat kedai gambar tu.. tapi baby plak tdo jer.. x nak buka mata..

Gambar semua senget.. pas tu blur plak, mgkn ambik gambar malam kot.... bby plak x leh kena flash kamera. semacam jer muka dia.. Nanti lagi seminggu dua ambik gambar len..


Sunday, July 19, 2009

Geram Sangat

Salam..
Ni citer ari ni.. Iee... mmg nak lepaskan geram.. nak bebel tak lalu.. so lepas kat sini..

Actually.. hari ni baby ada appoinment dgn doktor kat London Hospital.. tapi kami x leh pegi sbb Mr. Hubby dah plan nak p embassy m'sia.. nak wat surat lahir n paspot baby.. hari tu pegi dah tutup.. depa keja sampai jam 12 tgh jer.. jadi hari ni kena la p awal.. appointment dgn doktor plak jam 9.00 - 10.00 pagi.. mana sempat nak buat semua.. Aku plak tak kuasa nak ikut p embassy.. jalan pun dok tak larat lagi.. Jadi kami plan p lab Ibnu Sina jer untuk cek kuning baby..

Petang cam tu.. p la kat Lab tu.. Sebenornya.. aku penah wat test pregnancy kat situ masa nak wat civil ID .. cam ok jer dia ambik darah.. so tak risau sangat.. But this time.. Ieeee... geram sungguh.. sian kat anak aku.. 2 kali ambik darah.. tapi x dapat result gak..

1st time dia ambik darah tu.. boleh dia nak nak ambik kat tangan anak aku.. Iee.. budak tu dah la kecik.. urat pun x nampak.. dia nak ambik kat situ.. Aku dah pandang semacam.. so dia cucuk kat jari.. Masyaallah.. aku tengok cucuk punya la dalam.. dah tu ditekan2 sampai pucat tangan anak aku tu.. tapi darah x keluar.. Yer la.. nak keluar macam mana.. sebab dia tak lepaskan tekanan kat tangan tu bagi darah mengalir.. Masa tu aku dah rasa "dia" ni macam mengong wat kerja.. Anak aku ni mmg menjerit sepanjang ambik darah.. sampai dah nampak biru.. Kat hati sabar lagi.. yer la.. nak anak sihat kan.. Selesai la part 1 ambik darah.. kami pun tunggu la result..

Dalam 15 minit.. depa panggil sekali lagi.. untuk ambik darah.. time ni dia cucuk pulak kat kaki.. Sekali lagi anak aku menjerit punya la kuat.. Ya Allah.. aku sendiri x leh nak tengok dah.. so aku tunggu kat luar.. Masa aku dok tunggu tu.. pekerja kat situ jugak ler.. perempuan India.. (dia yang ambik darah aku masa aku wat pregnancy test ari tu) dia kata pompuan tu x reti ambik darah.. Aku apa lagi masuk.. dalam then soh stop ler sebab baby dah sakit tu.. Boleh pompuan tu kata anak aku menangis bukan sebab sakit.. tapi sebab stress bcoz dia tak kenal org.. Buleh ka lagu tu.. Anak aku tu baru 10 hari.. belum kenai sapa lagi.. So pompuan tu x nak stop.. dia dok picit lagi kaki anak aku.. Mr.. Hubby pun soh stop juga.. akhirnya dpt jugak dia ambik darah anak aku..

So kami pun tunggu result sedangkan anak aku tu dah tersedu-sedu.. sian sungguh aku tgk.. Tunggu punya tunggu.. last sekali cashier tu datang bawa duit bagi balik.. sebab tak dapat result.. Memang geram betul aku.. rasa gak la nak bercakap .. tapi hubby soh diam .. tak yah komplen apa2.. kami pun balik.. Ieee.. sedih betul.. Rasa bersalah sangat kat baby..

Esok pagi nak kena p jugak ke London Hospital.. Hari tu buat test kuning gak.. tapi anak aku mcm terkejut jer.. tak menangis sgt.. Harap sangat anak aku cepat sihat..

Thursday, July 16, 2009

Dah Tambah Orang Baru

Salam..

Alhamdulillah.. hari ni dah larat sket nak ngadap komputer.. hari ni dah masuk 6 hari kami terima orang baru.. Syukur ke hadrat Illahi, dalam keadaan yang tak dijangka awal 6 minggu dari due date.. aku dan baby dah berada dalam keadaan stabil..

Aku selamat melahirkan baby boy dengan berat 2.55 kg pada hari Jumaat 10/07/2009 pada jam 2.52 petang waktu Kuwait.. di Hospital London Kuwait.. dengan kaedah ceasarian.. Doktor bagi tarikh untuk induce 9/08/2009 (awal 2 minggu dari due date) tapi baby perlu diselamatkan lebih awal sebab aku bleeding..

Mula pagi tu bleeding sket.. tapi ingatkan x de apa2.. tapi disebabkan Mr. Hubby cam risau jer.. kami terus jer ke hospital.. bahagian emergency.. Jumpa la Doktor kat situ.. scan dan check smua x de apa2 tapi kena gak admited sbb doktor nak monitor pergerakan baby.. nak tak nak aku pun dok la kat wad.. Doktor pun pasang CTG.. tengok ada contraction..padahal aku mmg sket pun x rasa sakit.. Hah mula la depa investigate ni la.. tu la .. hantar lab.. so dari result.. bleeding tu bukan dari placenta.. tapi dari rahim aku.. Doktor smua wat meeting dan decision depa .. aku kena ceasarian dalam masa 1/2 jam.. eh.. cepatnya.. Masa tu Allah jer yang tahu betapa takutnya aku.... mmg x ready langsung..

Masa tu mmg kelam kabut sangat.. call mak n MIL kat Malaysia.. minta maaf smua.. kat Laling aku mohon maaf masa kat pintu OT.. then terus masuk OT.. aku terus jer mengucap tak henti2.. tengok jam 2.30 ptg terus di bius penuh.. dan aku sedar balik jam 3.30 ptg.. dan berada di bilik recover dengan dua belah tangan ada tube.. satu tube darah.. satu lagi air..perkara pertama yang terlintas difikiran ku.. "Ya Allah.. aku bersyukur ke hadratmu kerana memanjangkan usiaku.. Amin.." syukur sesgt..

bersambung nanti ek..