Dalam Pewot Mummy

pregnancy

Tuesday, March 29, 2011

Kuih Pau

As-salam..

Rasanya dah berhari tak update blog.. huhu.. merata cari memori kad aku.. tak jugak jumpa2 sampai ke hari ni.. Abisnyer macam mana nak letak gambor2 semua.. nak ambik gambor pun tak ber idea.. Nak kuar p beli memori kad baru pun.. semua kaum lelaki kat rumah ni dah kena ciken pox.. bertahan jer laa.. sampai semua sihat dan boleh kuar p cari memori kad baru..

Nak upadate citer sandstorm yang baru2 ni pun tak boleh.. Tunggu la nanti rajin ambik balik gambar2 kat fesbuk.. untuk upload kat sini.. Kena gak masuk sebab pengalaman sepanjang dok sini.. itu la sandstorm paling teruk terjadi kat depan mata.. dah tu kami semua ada dalam kereta menyaksikan dan melalui detik2 cemas masa tu..

Dah dua hari buat sup ayam.. untuk orang2 yang kena ciken pox.. yang paling teruk Mr. Asben daku laa.. sampai tak bercakap..  tak mau makan.. yang tahu asyik minta teh suam.. huhu.. kesian pulak daku tengok.. Semalam nak tak nak pergi la cari ubat Zovirax untuk adult.. jauh jugak daku menapak dengan arisya.. sampaikan tengah malam dia tidor tiba2 jer menangis.. sakit kaki.. agaknya sebab berjalan jauh sgt la kot..

Hari ni Daud dah antarkan 5 biji kelapa muda.. jadinya semua dah minum la air kelapa tu..Harap2 semua cepat la sembuh.. Daku pun dah naik fening2 n loya asyik makan bubur jerr..  Masak gak nasi.. tapi langsung tak bersentuh.. Pagi tadi buat nasi goreng.. tengahari tanya nak makan apa.. semua jwb tak mau makan.. Ermm.. kang lapar terketar2 baru cakap nak makan..

Jadi tengahari ni.. buat kuih pau untuk kami.. heheh..  kat rumah ni tak jumpa nasi sehari or seminggu tak jadi masalah.. ada makanan berat pun dah ok.. cam roti ke, mee ke.. Ingat petang jap lagi klu rajin buat bihun or mee goreng pulak.. pagi tadi dah makan nasi goreng jerr... Suka sangat daku dengan kuih pau kali ni.. nak kata cantik sangat tu tak jugak.. tapi ok laa..  boleh la nak makan.. rasa dan teksturnya aku suka.. resepi ni masuk dalam list dah..

Meh layan gambar2.. Berkaler2 irfan tanda.. Dia pilih warna hijau untuk pau ayam dia.. dan warna merah untuk inti kacang merah..

 Pau tanda hijau merah..

Pau inti kentang & ayam
 


Pau inti kacang merah..

Resepi ni daku ambik kat MyR.. dari Yani.. kopipes jerr minta halal yer tuan punya resepi.. tapi kat sini daku tambah sket water roux.

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 300g tepung gandum
  • 6g baking powder
  • 2g garam
  • 162g air suam( daku letak 160g sahaja.. sebab daku tambah water roux)
  • 6g dry yeast
  • 30g gula halus
  • 18g lemak sayur 
  • 1 sudu besar water roux  (ni daku pandai2 tambah)

Cara-cara

  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 dan water roux ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
  6. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Biarkan selama 15 minit.
  10. Kukus dengan kepanasan api sederhana  selama 7 - 8 minit.  Untuk dapatkan pau yang cantik, balut penutup pengukus dengan tuala bagi mengelakan air jatuh ke permukaan pau.

Thursday, March 24, 2011

Segala Macam Mee

As-salam...

N3 segala jenis mee ... Tapi bukan la buat sehari sampai berjenis2.. (tak de rajinnyer aku)..  Kes bila2 entah nih.. tapi masih dalam bulan ni laa.. tak la lame sangat..

Mee Rebus...




Last week.. Projek laksa Mee.. Laksa mee ni makanan orang perak..  sebelah pangkor n pantai remis jer nih.. Tak tau la kalau tempat lain pun ada. minta maaf la yerr..  Aku kenal Laksa Mee ni pun sejak dah kahwin dgn mr. asben... Ni faberet asben ni.. nak tak nak kena gak belajar buat.. Sib baik la senang...




Resepi :

Sebungkus Laksa mee
3 Ekor ikan kembung

Sambal

Cili Kering
Udang 200g
Bawang besar
Sedikit belacan

Ulam
Kacang panjang
Carrot
Bawang

Cara2:-

1.  Rebus laksa mee sehingga lembut dan toskan.
2.  Rebus ikan dan ambil isinya, pecahkan isi ikan kecil-kecil
3.  Masukan isi ikan, bawang, dan asam keping ke dalam periuk dan rebus.
4.  Masukan garam dan perasa secukup rasa.

Sambal

1.  Buat mcm sambal tumis udang. tapi udang tu di potong kecil2

Ulam

1,  Hiris kacang panjang dan carrot.
2.  Tumis bawang dengan sedikit minyak sebentar jer.. jangan sehingga garing. Kemudian masukkan kacang panjang dan carrot.

Sedia di hidangkan ..



Mee Goreng .. Versi Zura... Udang lebih + cabai lebih.. Hiasan pun same.. (lebih kurang lerr)... Aku suka mee yg macam nih..



Mee Goreng Versi Anak2..


Ni pulak gambor masa aku buat mee..  Tapi masa mesin mee tu.. tak de pulak tukang tembak..


Homemade mee..

Resepi mee kuning..

500g tepung gandum
220g (air + pewarna kuning + garam + air abu 1/4 sudu teh)

method

1. campur kan semua bahan.. gaul rata.. tak perlu uli sehingga sebati.. cukup sekiranya boleh kepal2.
2. leperkan sedikit dengan tangan kemudian masuk ke mesin pasta no 1. gelek sehingga rata. ulang sehingga doh menjadi licin dan sekata.
3. Ulang proses yang sama untuk gelek bagi nipis no 2. sehingga nipis yang ke- 4 supaya menjadi kepingan yang nipis.
4. Masuk ke mesin bahagian pemotong mee.
5. Celur ke dalam air mendidih, apabila mee terapung boleh la di angkat.
6. Masuk kan ke dalam air sejuk dan tos. Tuang minyak supaya mee tidak melekat.
7. Mee boleh di simpan di dalam peti ais sehingga seminggu.
* doh mee ni mmg keras, jadi tak perlu uli hingga menjadi doh.. untuk dapatkan mee yang cantik.. cukup sekadar boleh di kepal2. Kemudian mesin berkali2 untuk dapatkan permukaan yang licin sebelum di masukkan ke dalam bahagian memotong juraian mee.


Sekian paparan mee utk kali nih.. papai..

Wednesday, March 23, 2011

Fruit Tart

As-salam..

Ni projek masa nak pergi rumah kak Ana ari tu.. Tapi terpaksa dibatalkan sebab anak dara sorang tu kena ciken pox pulak.. Alhamdulillah sehingga entry ni di masukan.. dia dah baik dah.  Apa pun terima kasih pada kak Ana sbb sudi mengirimkan mee rebus yang sedap tuh.  Walaupun mak tak sampai.. anak tetap gak sampai.. Terima kasih pada Kak Imah n Azian.. sebab menjemput dan menghantar Irfan balik..

Masa Azian datang antar Irfan dan kiriman k.anan.. .. aku bagi la sket kat Azian.. klu tak .. asyik aku jer ngulang makan.. Resepi amik kat Buku Roti Kek & Pastri Noraini Sidek... tapi aku tukar sket tepung pastri tu 50g dengan Almond Powder.. sebab stok almond banyak lagi kat rumah ni.. Blender bagi halus pas tu alternate jer 50g tepung dengan 50g Almond powder.. Yang lain masih sama.. krim kastad pun amik resepi kat situ...


Resepi :

Pastri Rapuh Bergula

Bahan-bahan

250g tepung gandum (aku tukar 200g tepung + 50g badam hancur)
1 camca besar gula
secubit garam
125g butter
1 biji telur
1-2 camca besar fresh milk (aku letak susu cair)

Kaedah :
1.  Tepung diayak bersama dengan garam
2.  Gaul serta ramas tepung dan butter sehinnga menyerupai serbuk roti
3.  Masukkan telur, gula halus dan susu.
4.  Gaul rata sehingga menjadi doh yg lembut.
5.  Rehatkan doh setengah jam sebelum di gunakan.
6.  Tekan doh ke dalam acuan, dan bakar dengan 150 darjah sehingga masak.


KRIM KASTAD..

500ml susu segar
25g tepung kastard
30g tepung jagung
100g gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila


Kaedah penyediaan
1.  Blender semua bahan.
2.  Masak di atas api sederhana asehingga kastard menjadi likat.
3.  Sejukkan sebelum di gunakan.


Sekian untuk hari ni.. papai..

Tuesday, March 22, 2011

Nasi Kerabu

As-salam...

Dah 2 minggu mata terasa pedih n kering sangat.  Nak mengadap komputer lama2 pun tak boleh.. nak membaca lama2 pun tak boleh.. Mata asyik nak soh pejam jerr.. ( alasan nak tidor).. dah guna eye drop pun.. tak mau jugak ok.. Keluar berjalan pun rasa cam tak best jerrr bila mata tak berapa nak ok... Ada jugak aku tanya pak cik google.. kes macam ni patutnya lebih baik refer pada pakar.. Tengok la keadaan nanti.. klu tak ok sangat.. aku ikhtiarkan jugak jumpa doktor.. Aku cuba minum air bergelen-gelen dulu.. (leh caya ke?) Hasilnya untuk hari ni Alhamdulillah sangat.. dah rasa kurang sket.. tapi masih terasa sikit2 pedih.. boleh la update blog jap..

Citer projek berkurun lamanya.. Telur Masin..Telur masin ni buat dari bulan 2 hari tu lagi.. konon nak makan dengan nasi kerabu ni laa.. Ada la 10 biji.. Cukup jer 15 hari buat.. aku rebus la 2 biji.. tapi tak terasa mcm makan telur masin.. sebab masin manja2 gitu jerr..Udahnya.. sampai bulan 3 pulak dibiarkan.. Baru la menjadi.. La ni tinggai la 5 biji lagi kot.. nanti boleh la makan dengan bubur nasi pulak..
Menjadi jugak telur masin daku.. abaikan kulit yang retak berbengkok2.. tu..

NI nasi kerabu yang buat hari tu.. Buat pun tak cukup sifat... Aku cuma buat kuah sambal, isi ikan, kelapa goreng, ikan goreng. daging bakar tak buat pun .. sebab malasssss.. heheh.. Rasa dah letih sgt berdiri lama kat dapur tu.. siapkan bahannyer.. hahah.. akhirnya malas dah nak bakar daging.. Ulam2 pun guna apa yang ada jer laa.. Rasa tak de feel makan nasi kerabu tak de bau daun kesum.. huhu.. Biasanya kalau buat.. aku mesti racik bayak2 daun kesum.. Suker sangat bau daun kesum mentah dlm ulam2 tuh.. Nak wat macam mana kan.. dah dok jauh nun .. kena la sesuaikan tekak nih..


Nasi kerabu tak cukup sifat.. Jadi laa.. janji lepas rindu nak makan nasi kerabu..


ok laa.. papai.. nanti citer lagi ekkk...

Monday, March 21, 2011

Sate & Kawan2nya..



As-salam

Citer makan lagi.. agagaga.. nak wat macam mana.. dah hidup memang kena makan kannn.. tapi berpada-pada laa.. Jangan pulak makan sampai tak hingat donia.. Sate ni buat pun tak banyak mana.. lebih kurang 8 cucuk kot sorang.. 
Resepi amik kat forum melayu.com.. tapi ada la ejas2 sket..




 
Bahan-bahan satay:

1 kg isi ayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm
1 1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula pasir (aku letak 5 sudu besar gula pasir)
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
lidi sate
minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)

Bahan yg perlu dikisar:

3 ulas bawang merah
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
4 cm halia
2 batang serai
4 cm lengkuas
1 sudu besar ketumbar } disangai
1 sudu kecil jintan manis } disangai (dah ejas letak 3 sudu kecil)
1 sudu kecil jintan putih } disangai

Cara membuatnya:

Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.

Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila satay dibakar.


 

 Nak makan sendiri.. di bawah pengawasan ayah..
Sedap yer dik... penuh satu muka kuah sate..



  Merajuk.. sebab tinggal sikit.. tu laa.. lambat sangat makan..
 Belek ape tu dikkk.. tengok ada kuah ke tak ekkkk?

Ok laa.. takat ni jer dulu.. papai...

Thursday, March 17, 2011

Bun Pandan

As-Salam

Roti pandan ni dah masuk entry ari tu.. cuma tak letak pulak resepi..



Resepi guna doh asal jerr dari k.Z'lyna.. tapi dah ubahsuai jadi bun pandan.

250gm tepung roti

50gm gula castor
20gm susu tepung
2st yis
1/2st garam
50gm air suam

60gm air pandan (60g air di blender dengan 2 helai daun pandan)

butter 40gm
Sekaya

1/2 sudu Water Roux
Penyediaan Water Roux
50g Tepung gandum + 250g air.. di masak sehingga pekat dengan api perlahan
Kacau sentiasa supaya tidak berketul

Method :

Masukkan yis ke dalam 50g air suam. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, dan lebihan gula, ke dalam satu bekas. Kacau2 hingga rata.
Kemudian tambah butter dan water roux, air pandan dan air yis.

Gaul hingga membentuk doh,

Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
Bulatkan doh kepada beberapa bahagian (20g-25g setiap biji) (boleh jugak nak letak filing sekaya).

susun di dalam loyang dan rehatkan sehingga naik
Apabila doh telah naik, Paipingkan sekaya di atasnya. Semburkan sedikit air.. dan sedia untuk di bakar.
Bakar 180 darjah dengan api atas bawah sehingga masak.


sekian,..

Roti Kentang

As-salam







Ingat lagi buat roti ni.. setahun yang lepas rasanya.. huhu.. punya la huduh.. Kali ni pun huduh jugak.. tapi rasa byk yang improved.. cuma rupa tak berapa nak cun.. heheh.. sebab terbakar sket..


Resepi Roti Kentang

70g kentang lecek
250gm tepung roti
50gm gula castor
20gm susu tepung
2st yis
1/2st garam
110gm air suam
butter 40g
1/2 sudu Water Roux

Penyediaan Water Roux
50g Tepung gandum + 250g air.. di masak sehingga pekat dengan api perlahan
Kacau sentiasa supaya tidak berketul

Penyediaan kastad
  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega
campur semua dan blender.. kemudian masak di atas api yang kecil kacau sehingga pekat.

Method :

Masukkan yis ke dalam 50g air suam. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, dan lebihan gula, ke dalam satu bekas. Kacau2 hingga rata.
Kemudian tambah butter dan water roux, air suam dan air yis.
Gaul hingga membentuk doh,
Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
Bulatkan doh kepada beberapa bahagian (20g-25g setiap biji)
susun di dalam loyang dan rehatkan sehingga naik
Apabila doh telah naik, Paipingkan krim kastad di atasnya. Semburkan sedikit air.. dan sedia untuk di bakar.Bakar 180 darjah dengan api atas bawah sehingga masak.

Bun Sambal Bilis & Pizza Rolls

As-salam



Resepi

250gm tepung roti
40gm gula castor
20gm susu tepung
2st yis
1/2st garam
110gm air suam
butter 40g
1/2 sudu Water Roux

Penyediaan Water Roux
50g Tepung gandum + 250g air.. di masak sehingga pekat dengan api perlahan
Kacau sentiasa supaya tidak berketul

Method :

Masukkan yis ke dalam 50g air suam. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, dan lebihan gula, ke dalam satu bekas. Kacau2 hingga rata.
Kemudian tambah butter dan water roux, air suam dan air yis.
Gaul hingga membentuk doh,
Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
Bulatkan doh kepada beberapa bahagian (20g-25g setiap biji)dan isi sambal bilis ke dalam setiap doh.
susun di dalam loyang dan rehatkan sehingga naik
Apabila doh telah naik. Semburkan sedikit air.. dan sedia untuk di bakar.Bakar 180 darjah dengan api atas bawah sehingga masak.


Doh yang sama boleh digunakan untuk membuat pizza rolls

canaikan doh kepada 4 segi, sapukan sos cili di permukaan doh.
taburkan atau susun sosej, yang di potong sederhana nipis, atau apa saja mengikut citarasa sendiri.
gulung rapat2, dah potong kepada sederhana kecil.
Susun di dalam paper cup, dah rehatkan doh sehingga naik
Bakar 180 c sehingga masak
Sesudah masak, boleh la dipipingkan sos cili dan mayonis.

Monday, March 7, 2011

Jalan-jalan cari makan - OC

As-Salam

Meh citer jalan2 cari makan lagi.. Sejak dua menjak ni.. asyik citer makan2 jer.. entah lari ke mana la diet ku.. Hari tu berkobar2 sangat.. ni pun berkobar2 lagi nih.. tapi berkobar2 nak makan jerr.. Fuhh.. next wik kita stop makan2.. Tapi bukan la sampai tak makan kannn.. makan tetap makan.. cuma tak de la yang special2... Makan biasa2 jer laa.. Lunch biasanya layan menu anak-anak jerr.. Dinner plak.. ikut yang mana sempat jer laa...

Ni gambor makan2 kat OC.. Sedap jugak laa.. Plan awal nak pergi dengan Zura.. tapi zura tak dapat pulak join.  Memandangkan dah sebut2.. kena juga pergi sebab anak2 pun asyik tanya bila nak makan pulut durian..Mr. Hubby ckp suka jugak makan kat sini.. Sebenarnya ni dah kali ke-2 or ke-3 pergi.. tapi masa tu tapau makan kat tepi laut jerr.. sbb meja dah penuh.. Ingat lagi kami pergi dgn Mr. Sabri n Ema..Kali ni makan kat situ.. OC ni kat area Dasman berdekatan jugak dengan Souk Sharq..




Tom Yam Kung.. Medium Spicy.. pilih Shrimp jerr.. suka sangat tomyam ni...



Beef with Blackpepper.. - boleh laaa..



Chicken Fried Rice.. Rasa pun ok gak kot.. sebab anak2 boleh abis kan..


Dessert.. Glutinous Rice + Durian , Taro Pearl.. Sedappp.. Irfan siap tapau bawak balik pulut durian  lagi..




Lepas jer makan.. lepak kat Souk Sharq.. Tengok orang memancing.. sambil biar anak2 main ..
Nanti la senang2 masukkan gambar kat Souk Sharq..

Sunday, March 6, 2011

Jalan-jalan cari makan - La Marina Cafe

As-salam..

Friday outing 25/02/2011.. Destinasi mula-mula.. Mc-D sebab ramai yang belum breakfast.. heheh.. Almaklum laa.. hari Jumaat adalah hari cuti.. termasuklah cuti masak2 - kononnyer laa.. padahal mmg malas nak masak.. Lepas jer breakfast terus ke Mutla Race.. tapi tak jumpa jugak kali ni.. sebab jalan di tutup klu tak silap.. hehehe.. Seterusnya rombongan ke Souk Sharq.. untuk Solat dan Lunch.. tempat pilihan La Marina Cafe : Jom layan gambor2 makan...



Ni la tempat makan pilihan kali ni..



Ni menu Alis & Erin.. Fettucini Bolognese kott..


Sejuk terketor .. En. Zubir order Orange Juice



Ni pun same laa.. dah sejuk terketor pun nak minum ais.. Pineapple Juice tak best sgt.. sebab dah di campur syrup.. mencacatkan rasa fresh pineapple.. hehehe..


Menu En. Zubir Lasagna - lupa nak tanya sedap ke idak.. SEdap la kot.. sebab tu abiss..



Shrimp ni.. zura punyerr...


Ape ke name ikan ni ntah Harmos ke.. aku pun lupa... tu la peram lagi gambor2.. Yang ni En. Mady yang punya..

Yang ni pun aku dah lupa.. hahaha..yang ini mmg sedap.. sebab aku suker.. heheh

Icha n Irfan makan Mushroom Soup jerr.. lupa pulak nk amik gambor..

Akhirnya semua menu pun aku tak ingat.. hehehe.. Secara keseluruhan.. makan ok la kot.. cuma harga rasanya macam mahal jugakk sebab sikit..

Jalan2 & Birthday Cake Arisya

As -Salam..

cerita Jumaat lepas. Besday gurl dah request Molten Chocolate Cake. Kira ok la tu.. layan jer la kan .. sebab tak buat party kat sekolah.

Plan awal nak makan kat tepi laut dan boleh layan anak2 main kejap.... tapi disebabkan sand storm malam Jumaat tu.. plan awal dah berubah..

Jadi breakfast kat rumah jer laa. Scramble egg + roti + air kopi.
Scramble egg

Selesai jer breakfast, terus ke Marina Mall, solat jumaat n zuhur kat sana. Lapar pulak sebab breakfast sikit jer td.. jadinya makan sket sementara nak makan jap lagi. Ni la menu kitaorang..kongsi 4 orang
Pineapple juice
Chicken Pasta

Selesai makan, singgah jap kat toy land, Ingatkan nak cari besday present icha, tapi disebabkan besday gurl tak stuju dengan hadiah yang dipilih sebab dia dah tahu.. makanya tak jadi la beli .. Kemudian terus ke Chilis kat Kuwait Tower.. Kuwait City la kan. Fuhhh.. ramai betul orang kat sini. Pernah terbaca. Chilis situ mencatatkan sales tertinggi antara cawangan2 yang berada di negara lain. Tak tahu la betul ke tak.. Tapi mmg kena tunggu giliran untuk mendapatkan meja.
Ni menu kami..
Chicken + mushroom soup - sedappp bangat

Orange Juice aku.. macam tak de air lain nak minum :)

Biscuits
Cappucino Ayah


Ape ntah ni.. menu baru yang depa promote.. lupa dah aku pun - boleh laaa.. sbb perut dah kenyang heheh..
Besday gurl with her cakes





Ni gambar2 lepas makan.. Dah besar anak mummy.. tapi menangis same gak macam dulu.. tak cukup tido mesti menangis, tak boleh marah sikit jer dah merajuk..




Selesai jer makan, kami terus ke kuwait City.. cari kedai siam yang jual Sawi hijau.. Hari tu tengok k.sham masak sawi hijau.. Ni kali ke-2 p cari kedai tu.. Tenkiu Siti n k.sham.. akhirnya jumpa jugak.. hehehe.. pas ni senang la sebab dah tahu kedai tu..


Sawi hijau, kailan, n cendawan. Kat sini pun ada jual tomyam paste..

Dah dapat apa yg nak di beli.. cadangnyer nak ke Lulu Center Shuwaikh.. tapi disebab traffic tak berapa nak cantik, tukar haluan ke sini




Ni mesin game cekop toy kat dlm tu.. ada la penah cuba 2 kali kat City Centre.. tapi tak penah dapat.. kali ni dapat jugak cekop monkey kat dalam tu sekor.. hehehe..Gambor tak cun.. pakai camera tepon jerr

Shoping serba sikit.. pas tu singgah Ahmadi.. tengok lampu .. sepanjang jalan di penuhi lampu2 .. .. Kejap jer singgahnyer pun.. sebab terlampau sejuk..


Gambor tak cun.. sebab tak reti nak ambik.. tapi lampu2 mmg cantik ... Rasanya lampu ni di pasang sempena liberation day jerr.. klu hari biasa tak de...

takat ni jer.. papai.. salam..