N3 segala jenis mee ... Tapi bukan la buat sehari sampai berjenis2.. (tak de rajinnyer aku).. Kes bila2 entah nih.. tapi masih dalam bulan ni laa.. tak la lame sangat..
Mee Rebus...
Last week.. Projek laksa Mee.. Laksa mee ni makanan orang perak.. sebelah pangkor n pantai remis jer nih.. Tak tau la kalau tempat lain pun ada. minta maaf la yerr.. Aku kenal Laksa Mee ni pun sejak dah kahwin dgn mr. asben... Ni faberet asben ni.. nak tak nak kena gak belajar buat.. Sib baik la senang...
Resepi :
Sebungkus Laksa mee
3 Ekor ikan kembung
Sambal
Cili Kering
Udang 200g
Bawang besar
Sedikit belacan
Ulam
Kacang panjang
Carrot
Bawang
Cara2:-
1. Rebus laksa mee sehingga lembut dan toskan.
2. Rebus ikan dan ambil isinya, pecahkan isi ikan kecil-kecil
3. Masukan isi ikan, bawang, dan asam keping ke dalam periuk dan rebus.
4. Masukan garam dan perasa secukup rasa.
Sambal
1. Buat mcm sambal tumis udang. tapi udang tu di potong kecil2
Ulam
1, Hiris kacang panjang dan carrot.
2. Tumis bawang dengan sedikit minyak sebentar jer.. jangan sehingga garing. Kemudian masukkan kacang panjang dan carrot.
Sedia di hidangkan ..
Mee Goreng .. Versi Zura... Udang lebih + cabai lebih.. Hiasan pun same.. (lebih kurang lerr)... Aku suka mee yg macam nih..
Mee Goreng Versi Anak2..
Ni pulak gambor masa aku buat mee.. Tapi masa mesin mee tu.. tak de pulak tukang tembak..
Homemade mee..
Resepi mee kuning..
500g tepung gandum
220g (air + pewarna kuning + garam + air abu 1/4 sudu teh)
method
1. campur kan semua bahan.. gaul rata.. tak perlu uli sehingga sebati.. cukup sekiranya boleh kepal2.
2. leperkan sedikit dengan tangan kemudian masuk ke mesin pasta no 1. gelek sehingga rata. ulang sehingga doh menjadi licin dan sekata.
3. Ulang proses yang sama untuk gelek bagi nipis no 2. sehingga nipis yang ke- 4 supaya menjadi kepingan yang nipis.
4. Masuk ke mesin bahagian pemotong mee.
5. Celur ke dalam air mendidih, apabila mee terapung boleh la di angkat.
6. Masuk kan ke dalam air sejuk dan tos. Tuang minyak supaya mee tidak melekat.
7. Mee boleh di simpan di dalam peti ais sehingga seminggu.
* doh mee ni mmg keras, jadi tak perlu uli hingga menjadi doh.. untuk dapatkan mee yang cantik.. cukup sekadar boleh di kepal2. Kemudian mesin berkali2 untuk dapatkan permukaan yang licin sebelum di masukkan ke dalam bahagian memotong juraian mee.
Sekian paparan mee utk kali nih.. papai..




