Dalam Pewot Mummy

pregnancy

Thursday, May 28, 2009

~~~Artikel yang menarik~~~

Salam..

Hari ni macam busan jer dok rumah.. kepala macam pening2 rasa mcm mana entah.. dalam dok rehat.. tak tau nak buat apa.. masak pun simple2 jer... jadi jelajah blog yang aku suka lawat.. blog kepunyaan seorang ahli yahoo group.. meh sama-sama baca..

Nasib isteri tak pegang duit

Salam,

Baru-baru ini ada satu perbincangan di grup Respeks berkenaan tanggungjawab suami, rujuk SINI. Asalnya posting bertajuk "Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?"... Saya pernah baca artikel ini di sini --> Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?. Sebenarnya banyak benar entry fasal 'tanggungjawab suami' di blogspot Pn Suzana dan dalam blog saya sendiri, cuma kena rajin cari balik entry berkaitan. Salah satu feedback daripada posting di atas yang menarik perhatian saya ialah :
From: Hamba Allah
Sent: Tuesday, May 19, 2009 10:47 AM
Subject: Re: ReSpeKs2008. .. Tanggungjawab Suami ..anda setuju???

Saya mempunyai isteri yg bekerja dan kami berkongsi hampir semua perkara daripada bil, gaji pembantu rumah, loan hinggalah yuran sekolah anak2 serta barang2 basah dan keperluan harian, di samping itu, saya juga memberi nafkah bulanan secara tetap walaupun segala perbelanjaan harian dibahagi dua.

Alasannya ialah seorang isteri yg bekerja telah mengambil masa yg seharusnya diperuntukkan buat sang suami dan anak-anak serta rumahtangga untuk dirinya. Jika diikutkan peraturannya, gaji pembantu rumah patut dibayar oleh isteri semata2 kerana disebabkan dia bekerja maka kerja2 rumah terpaksa diambil oleh maid tersebut, tapi kami bahagi 2 juga.

Seorang isteri yg bekerja juga tidak dapat melayan suami mereka dengan sepenuh hati akibat keletihan bekerja di siang hari, terkadang pula kepulangan suami tidak disambut pun kerana para isteri yg bekerja ni balik lewat drp suami, dan pemergian suami pun tidak di bye-bye sebab awal-awal lagi dah pergi kerja....... (kadang cam tu la)...maka adalah tidak adil sekiranya segala pendapatan isteri menjadi hak mutlak sang isteri sedangkan tanggungjawab beliau kepada suami dan anak2 boleh di'tolerate' oleh sang suami.

Terkadang pula, sang suami jarang dapat makan hasil air tangan isteri, asyik2 maid indon je yg masak (kadang tu laki masak utk isteri!!), jadi dengan keadaan isteri yg bekerja telah mengurangkan perhatian beliau kepada sang suami...dengan kata lain, suami tidak mendapat layanan yg sempurna kerana isteri bekerja....ini belum lagi dikira layanan di tempat tidur yg mana terkadang suami terpaksa memendam rasa kerana kasihan melihat isteri yg keletihan terpaksa tidur awal utk bekerja esok harinya walaupun air dah naik ke kepala..... dan sang isteri kalau pun terpaksa melayan suaminya, layanan tidak lah sepenuh hati.....asal jalankan tugas sebagai isteri shj.....bagi sang suami, kalau isteri tak masak, maid masak atau makan luar tak pe lah, kalau isteri tak cuci baju, boleh cuci sendiri, atau maid yg buat atau hantar dobi.....tapi kalau bab sex, isteri jgn main2....silap haribulan suami makan luar baru padan muka......pak lebai pun kalau air dah naik ke kepala.....boleh basah serban tau....so hati2lah...kerja2 juga....layanan mesti 1st class juga...suami yg kekenyangan akan jadi cam ular.....lepas kenyang, bagi ayam oversea pun dah tak lalu...... so bg makan lah suami tu puas2 jgn bg dia rasa lapar......bahaya.
Ramai juga yang tidak setuju dengan beliau. Secara peribadi, saya juga merasakan yang beliau telah tersasar jauh daripada konsep tanggungjawab suami isteri yang sebenarnya. Saya tak dapat bayangkan jika isterinya sendiri membaca mesej yang suaminya hantar kepada grup yang mempunyai ahli mencecah 14,000 orang! Aduhai... kasihannya... Pertama, jika ada penggunjung blog setuju dengan alasan beliau, saya minta anda rujuk artikel UZAR di Lelaki Cari Calon Isteri Bekerja Sahaja: Bolehkah?. Boleh juga rujuk entry saya lepas (sila rujuk capaian entry berkaitan, di akhir entry ini) untuk mengsahihkan bahawa pendapat beliau SALAH sama sekali! Malang sungguh nasib isteri beliau, tetapi jika isterinya redha dengan pemberian, alhamdulillah. Cuma Allah Taala saja yang dapat menganugerahkan bonus untuk isterinya.

Menurut Islam, wanita sebagai isteri mempunyai hak mendapat nafkah zahir dan batin. Isteri TIDAK diwajibkan bekerja mencari nafkah. Kalau pun dia memiliki harta atau bekerja, maka hartanya tidak boleh dimakan suami tanpa kerelaannya. Isteri bukan hamba kepada suami! Sila semak checklist di bawah :
  1. Kalau suami mahu menggaji seorang isteri, berapakah agaknya nilai yang mesti dibayar?
  2. Berapakah harga masakan yang sedap? (Ingat, memasak bukan tanggungjawab isteri! Boleh rujuk Benarkah memasak dan mengemas tanggungjawab isteri?, Benarkah Tugas Istri Itu Mengurus Rumahtangga? dan Nafkah isteri - Kewajipan Suami Menyediakan Pembantu)
  3. Layanan yang memuaskan dari segi seksual ataupun makan minum dan pakai?
  4. Berapa harga penjagaan terhadap anak-anak, didikan dan asuhannya? Nak pergi tuisyen, satu subjek sekurang-kurangnnya RM100.00!
  5. Kalau isteri yang ajar semuanya, sekali dengan cara sembahyang, mengaji hingga mandi hadas, berapakah upah yang sesuai?
  6. Apakah harga merawat suami dan anak-anak yang sakit? Kalau menggaji jururawat swasta satu jam kena bayar kurang-kurang RM20.00, kalau sehari semalam berapa mesti dibayar? Ambil orang gaji dari Indonesia saja sudah RM5,000.00 ongkosnya. Itupun nasib-nasib dapat yang baik, kalau kena tipu, bagaimana?
  7. Nak suruh orang jaga anak, upah nurseri sekurang-kurangnya seorang anak RM300.00 pagi sampai petang. Kalau sehari semalam berapa pula harganya? Kalau ada lima orang anak? Tak botak kepala si ayah nak membayar upah nurseri?
  8. Adakah upah mengandungkan anak dan bertarung nyawa melahirkan zuriat tercinta, upah untuk menghantarkan nyawa di hujung kerongkong ketika meneran dan menumpahkan darah?
  9. Apakah upah menyusukan anak hingga umurnya genap 2 tahun? Dalam firman Allah di atas, jika nak cari ibu susu, kena beri upah. Maknanya jika isteri yang menyusukan, patut benar si suami beri upah kepada isterinya juga. Iyalah, kalau nak beli susu tepung, setin 900gm dah cecah RM50 untuk bekalan seminggu, tak gitu?
Janganlah kita lupa akan firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud, "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."

TETAPI adakah isteri-isterimu meminta-minta upah untuk segala yang dikerjakannya, sama ada untuk anda suaminya mahupun untuk anak-anak anda? Aduhai suami yang BERIMAN, takkan terhitung harga pengorbanan seorang isteri!

Keberkatan duit

Malangnya isteri-isteri yang bekerja mahupun yang tidak bekerja sering menjadi korban keegoan suami. Yang bekerja diambil kesempatan, diperahnya wang gaji isteri. Yang tidak bekerja pula dicemuh, "Dahlah tak bekerja, asyik nak menyusahkan saja!" begitulah kalau menggunakan temperamen emosi sebagai cara mendirikan rumahtangga.

Seorang isteri bukan malaikat yang mesti perfect dalam segala-galanya. Disebabkan kelemahan-kelemahannya itulah dia memerlukan suami di sisi. Tidak mungkin ada isteri ayng hebar segala-galanya, superwoman ataupun istilahnya. Semuanya itu karut! Begitu pula suami perlukan khidmat isteri untuk menolong menyempurnakan apa yang tidak ada pada dirinya. Kalau suami kurang sifat lemah-lembut dan sabar, maka dia perlukan isterinya untuk berperanan dengan sifat yang baik itu dalam menjalankan amanah mengasuh anak-0anak. Kalau isteri kurang sifat cekal, maka suamilah yang berperanan memberi rangsangan dan semangat kepada isteri.

Orang kata, ‘duit adalah segala-galanya di dunia ini’. Ada benarnya juyga pendapat seperti ini. Nak sedekah pun kena ada duit. Duit berkat akan menjadikan kita takut kepada Allah SWT. Bersyukur ketika mendapatkannya dan redha jika hilang daripada tangan kita. Kalau duit yang menyebabkan rumahtangga hancur, itu dinamakan ‘duit panas yang tidak berkat’.

Bukan hanya suami yang terpedaya dengan ‘duit panas’ ini, ramai juga isteri yang menjadi korban. Ada dua sebab mengapa mereka tidak gembira walaupun ada duit. Yang pertama kerana cara mendapatkan duit itu tidak halal. Yang kedua, cara membelanjakannya juga tidak digunakan untuk kebaikan. Ramai orang sibuk fasal ayam sembelih atau tidak sembelih, ubat gigi halal ke haram, tapi mereka langsung tidak memperhatikan tentang jaminan duit yang mereka dapat. Teruknya bab belanja itu memang berhabis-habisan dan membazir. Baru tiga hari terima gaji dan habis. Lepas itu makan minum balik ke rumah emak. Bagaimana rumahtangga nak aman dan berkat jika hidup seperti ini?

Pelajari kehidupan

Kembali kepada masalah isteri tertekan kerana tidak memengang duit. Punca masalah ini adalah sikap isteri yang suka bergantung sepenuhnya kepada suami. Walaupun tidak bekerja, tapi seelok-eloknya para isteri tahu mencari peluang bagaimana mendapat tambahan pendapatan. Mereka mesti berfikir untuk mandari dan bersedia menghadapi risiko. Bagaimana hidup mereka akan diteruskan jika suami pulang dahulu ke rahmatullah secara tiba-tiba? Atau yang lebih teruk apabila suami menceraikan isteri atau mengambil isteri kedua? Semua mesti dirancang dan difikirkan segala kemungkinan yang akan menjadi mimpi ngeri.

Sebagai seorang isteri, anda terlalu berharga. Tunjukkanlah maruah anda dengan kasih sayang dan tanggungjawab terhadap keluarga. Di sisi Rasulullah SAW ada Saidatina Khadijah r.a. yang bukan hanya menyayangi Rasulullah SAW, memberinya anak-anak yang ramai, bahkan mencari sumber kewangan bagi menolong dakwah baginda.

Capaian entry berkaitan :
  1. Dilema Isteri Bekerja dan Keputusan Majlis Fiqh Sedunia
  2. Duit Isteri VS Duit Suami
  3. Hak ibu bapa tanggungjawab anak
  4. Hak Muslim : Suami tiada hak minta gaji isteri sara keluarga
  5. Nafkah isteri - Kewajipan Suami Menyediakan Pembantu
  6. Masalah: Isteri tanggung selalu, suami sekali sekala tanggung
  7. Tanggungjawab-suami-nafkah-zahir
  8. isteri-adalah-rakan-kongsi-segalanya
  9. Suami ketua rumahtangga penyumbang nafkah keluarga
  10. JAKiM
  11. Jangan abaikan nafkah isteri
  12. Q&A: Persoalan suami isteri
Sumber : Bawanggoreng

~~~Makan lagi~~~

Salam

Ni citer makan lagi.. hehe.. aku asyik n3 makan jer la.. mana tak nya dah time macam ni nak citer pasai kuar jenjalan pun .. mmg dah tak jenjalan mana... dengan perut yang dah sarat gak ni.. nak jalan pun malasss... Last wik .. p ke Lulu pun.. org asyik memandang jer.. (aku yang perasan je x tau la).. Kat sini jarang nampak pompuan preggy kuar.. mmg jarang sgt la nampak.. Jadi aku pun cakap kat hubby dah malas nak keluar.. melainkan ke hospital jer.. Dia ok jer.. jadi sepanjang masa ni dok rumah jer la.. barang2 smua hubby yang p beli sorang.. Alhamdulillah dia pun x banyak citer.. erm.. cukup penyabar.. Rajin plak tu.. hehe.. beruntung aku.. Kat Laling.. 10q very much..

Hari Khamis ari tu punya la pening .. x tau nak masak ape nak bagi anak aku makan.. Anak teruna aku tu mmg leceh sket makan.. memilih terlebih.. Dah abih idea.. masak Ayam Masak Kicap.. Biasanya dia makan.. Lepas tu Icha request nak makan Ais kacang cendul.. hehe.. aku ni rajin jer nak buatkan.. boleh tumpang sekaki.. Klu buat sebab aku nak makan.. nanti rasa bersalah lak.. sbb dok dalam diet... Maka siap la cendul aku dan ice kacang ni.. erm.. merasa gak aku makan ice kacang kat sini.. walaupun x macam kat m'sia..

Malam.. ada jamuan makan kat Al-Bustan Turki.. kat bawah jer... jadi Mr Hubby and anak2 jer turun.. aku tak larat nak turun sebab sakit pinggang.. Sori ler kengkawan sbb x dpt turun.. Menu makan malam aku roti jer..

Sekian



Tuesday, May 26, 2009

~~~Makaroni Bakar & Breakfes~~~

Salam di pagi yang ceria .. Hehe.. aku dah ceria sket dah.. reading dah ok.. kira normal ler.. 4.0mmol ~ 8.0mmol

Dah boleh citer pasal makan2 la plak.. huhu.. dah kat seminggu dok berdiet.. Tapi aku x diet lemak ke.. diet nak kurus ke.. cuma diet gula jer.. jadi semua makanan x letak gula termasukla air minum pun.. Guna gula yang sedia ada kat makanan jer.. macam nasi and fruits..

Ni brekfes diet aku.. yang ni ikut menu yang doc bagi.. bab brekfes ikut sket.. sbb aku suka menunya..ni sandwich telur rebus n cheezzzz.. pas tu dgn oren... tapi klu ikut menu betul2 siap ada sup lagi, pas tu ++ salad.. tapi den ni maleh sket jadi ni jer la.. banyak2 pun bukan termakan...



Menu siang aku makan ikan goreng, kangkung goreng taucu dan sambal.. hehe.. dah kira orait tu.. masak beriya pun .. wat penat jer.. bukan boleh makan beriya.. anak2 pun memang makan simple2 jer.. kalau beriya mmg depa pun mcm pelik jer..

Ok.. ni plak menu makan malam.. Yang ni Mr Hubby yang request.. Macaroni bakar.. Hari tu makan masa Sai antar (Zaki's wife).. so dah ada cheezz ni boleh la buat.. Tu buat campak2 jer.. maleh nak beriya dengan perut yang besar dah ni.. Dah x larat nak dok dapur lelama.. Dah la dapur tu kecik.. semua kerja nak kena buat berdiri.. huhu sakit pinggang teman..

Ok la resepi ni aku pandai2 sendiri.. malas nak search kat internet.. ikut rasa jer nak buat macam mana.. janji boleh makan.. cuma aku tak letak cheezz tu byk2...sebab selalunya chezz yang aku beli tu macam masin sket.. tapi this time.. x plak masin.. hehe.. nyesal letak sket.. apa pun boleh jer nak makan..meh nak tulih sket resepi.. boleh gak aku rujuk nanti.. sebab laling cakap sedap.. icha pun kata sedap.. hehe.. tak tulih nanti lupa pulak..


Resepi..

Bahan A
Bawang putih seulas (dicincang halus)
Bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu besar rempah kari daging
Daging dipotong halus
kentang sebiji kecil
Daun sup
Garam & gula secukup rasa


Macaroni 1 cup nasi (direbus dan tos)
telur 4 biji
1 sudu tepung gandum
Garam
Lada sulah

Method...

Tumis Bawang putih & bawang besar sampai layu, masukan rempah kari dengan sedikit air, tunggu sehingga terbit minyak.. masukkan daging dan kentang tunggu sehingga masak, masukkan daun sup garam & gula.

Blend telur, tepung, garam dan lada sulah. Keluarkan dari blender dan gaulkan dengan bahan A yang telah dimasak dan macaroni, kemudian masukkan ke dalam bekas untuk dibakar. Taburkan chezz mozarella dan bakar...

Monday, May 25, 2009

~~~Nasi Goreng & Kek Pisang~~~

Salam semua..

Entah nape macam mood tak de balik.. bila asyik dok tengok reading mcm x betul jer.. ada tu kekadang sampai 9.1mmol.. padahal dah ikut time makan dan kuantitinyer.. mungkin beras yang aku makan tu x sesuai kot.. Everytime cek darah lepas lunch and dinner .. sure reading tinggi.. huhu mcm takut jer..

Dah letih den diet ni ha.. time cam ni mmg lapor jer.. nak makan ni x brani.. nak makan tu x brani.. nak makan buah pun x brani ... Hari tu doc kata boleh makan bila ambik insulin .. tapi cam sama jer.. kena diet gak n siap dah bagi list menu lagi kat aku.. itu pun aku makan dah kurang dari kuantiti yang diberi.. tapi masih tinggi..

Hehe.. layan jer citer aku ni, klu ada member2 yang terrer or doktor ke.. boleh ler advise aku sket.. aku mmg x reti hal2 insulin ni.. lagi baca info kat internet.. lagi rasa cam takut jer.... tu yang semua aku x brani nak makan.. Makin hari kena cucuk .. makin dah rasa sakit.. n alhamdulillah.. laling aku dah brani nak suntik insulin tu.. so la ni dia la doktor tak bertauliah aku kat rumah.. hhehe.. thank you very much to my hubby..

Ok la.. dalam dok diet ni.. aku masak gak.. sebab nak kena makan kan.. tapi semua menu malazzz jer la.. menu campak2.. untuk dinner aku wat nasi goreng jer.. letak cendawan banyak2.. n sayur banyak2.. udang 2 ketoi.. n sotong seketoi.. cili padi byk.. Entah ok ke tak menu ni.. mana lalu asyik nak makan menu depa.. Aku anggap jer menu ni lebih kurang diet gak..hehe..




Ni plak kek pisang dari adik ayu.. Ayu..@ Aymy.. hehe.. dia kirim kek ni .. hehe.. klu tak terliur aku dok lawat blog dia, melihatkan kek gebussss tu.. anak2 aku sibuk je masa nak buka bekas kek ni.. mcm suprise jer..tapi aku dah pesan siap2.. hehe..jgn makan sampai abih.. sbb nanti boleh ler aku makan pukul 10.00mlm and 10pg esok.. hehe.. Kalau tak pesan mmg abih ler..

Sesapa yang teringin boleh ler lawat kat rumah Aymy.. ambik resepi kat situ.. sedap mcm kek pisang beli.. Aku ni mmg x penah wat kek pisang.. biasa raya pun mmg kirim jer kat adik yg dok kl tu.. dia belikan..
Jadi thank you very much kat Ayu ek..




Sekian, wassalam

Saturday, May 23, 2009

~~~Teman Baru~~~

Salam semua..
Ish macam boring pulak dok rumah x buat apa ni.. biasa mencari2 gak ler resepi untuk aku cuba.. yer la.. dalam hidup aku boleh kira dengan jari masakan yang aku penah masak.. Memang aku x suka masak sangat masa aku kerja dulu.. Time cuti mesti nak jenjalan.. Jadi bila dah dok Kuwait ni boleh jugak ler aku try masak walaupun x reti.. Ni dah kena diet plak.. jadi nak kena cari resepi western la pulak.. bukan apa menu diet yang depa bagi tu semua masakan barat.. aku ni mana reti.. makan reti la.. Cam boring jer time ni..

Makan kena ontime.. pas tu x boleh pulak skip makan.. jadi kerja delay2 yang aku suka buat ni.. kena tinggalkan sejak ada boyfriend baru hehe.. Jom aku share gambar boyfriend aku yang baru ni... Macam mana x kata boyfriend.. ? P mana pun kena bawa.. Semalam p Lulu pun.. tgh dok soping kena cari boyfriend.. bosan ek..Harap dah habis bersalin ni.. boleh simpan ler benda ni.. x lalu lagi nak nengok..

Heheh... kawan-kawan jangan x pecaya.. aku dah berani cucuk sendiri.. tapi kat tangan ler.. pejam jer mata.. kalau cucuk kat peha memang sakit sket... kat perut x cuba lagi.. Laling pun x berani lagi.. Ingat lagi masa kena cucuk Rubella.. aku la diantara yang paling penakut kena cucuk.. Haaa.. la ni mcm x percaya..
Panjang citer ni.. tengah bosan.. Kalau sesapa yang tak tahu.. ambik insulin ni pun sometimes ada implikasi.. implikasi gula rendah dalam darah.. boleh dizzy.. pengsan.. Jadi untuk elakkan perkara ni berlaku.. kena sediakan gula2 sentiasa.. bila rasa jer pening.. sweating.. boleh terus ambik sweets.. Pas tu bila ambik insulin.. mmg kena terus ambik makanan dalam masa 2 - 3 minit..



Dalam kotak tu.. insulin.. dalam kertas sekeping tu alcohol pad.. lagi dalam botol tu test strips, macam pen tu jarum untuk test darah.. benda bulat besar tu reader yang oren tu syringe untuk suntik insulin...
Sekian..

Friday, May 22, 2009

~~~Dah Keluar Hospital~~~

Salam semua...


Alhamdulillah.. ari ni dah kuar dah.. Tapi doktor cam nak soh tunggu sehari lagi.. hehe.. aku mmg x dapat nak dok situ lelama.. dah la makan x rasa apa.. tawar segala tawar.. pas tu paksa plak makan time aku dah x leh terima.. Paling x best.. 4 kali cucuk ambik darah tapi darah x keluar.. entahlah.. sister tu yang x reti ka.. atau urat aku yang problem..

Meh citer sket.. apa yang aku buat kat spital tu.. mana tau nanti kengkawan plak ada problem mcm aku.. boleh dapat gambaran sket.. (bukan doa.. cuma citer pengalaman jer utk panduan).. Pertama.. dah tentu makan, tengok tv, pas tu tidor..

Masuk jer ward.. terrus ambik darah.. untuk bacaan gula masa fasting.. pas tu suntik insulin and then kena makan roti 3 keping.. tunggu 2 jam ambik darah lagi..(record breakfast)

Ok.. pas tu masuk lunch time plak ambik darah lagi untuk record b4 lunch.. pas tu makan nasi dgn fish fillet dan sayur... 2 jam lepas tu ambik lagi darah..(record lunch)

Tea time plak.. diberi biskut 3 keping n teh without sugar.. kena makan jugak.. lepas tu pukul 7 mlm ambik darah lagi..suntik insulin dan makan malam.. Lepas 2 jam (pukul 9.00mlm ambik darah lagi)

Pukul 10.00 mlm kena makan biskut dgn tea lagi.. dan jam 12 tgh malam kena ambik darah lagi.. Seterusnya jam 6.30 pagi sekali lagi check gula.. time ni dah ok sbb depa ambik darah sket saja.. kat hujung jari.. so selesai la aktiviti kat spital tu..

Walau apa pun.. Alhamdulillah.. segalanya dah selamat, doktor kata result tu semua dah ok lepas ambik insulin.. dok sehari sampai bengkak2 tangan aku ni dikerjakan oleh sister2 kat situ.. kalau duduk 2 hari tak tau la ape jadi..

Aku bersyukur sangat x der kompilasi apa2.. Jadi mulai sekarang aku dah kena jadi doktor sendiri.. kena simpan stok insulin dan jarum suntik tu kat rumah.. byk ler pengalaman baru bila dah sakit ni. Takut macam mana pun kena hadapi gak kan... Mr hubby plak kata dia x berani nak suntik sebab x nak mencederakan Ida.. huhu.. yer ke? (leh pecaya ke atau alasan jer ek..)

Memandangkan bil hospital ni.. x leh nak claim.. thank's alot to my laling sebab tolong bayarkan ek.. Sapa lagi nak bayar kan..kan..kan.. juga terima kasih sebab ambik cuti untuk jaga anak2..Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan aku dan menjaga kandungan aku sehinggalah selamat dilahirkan.. Amin..





Wednesday, May 20, 2009

~~~Roti Kentang~~~

Selamat malam...




Best betul ari ni.. internet x der problem.. dah abih semua aku upload.. dan ni projek petang tadi.. Roti Kentang.. dok intai-intai MyR tengahari tadi.. teringin lak nak buat.. tercapai jugak hasrat aku.. Esok boleh rehat masak.. sebab kena masuk ward dah.. dok jer lepak kat spital tu.. malam ni dah kena puasa sampai esok pagi lak..




Ok.. Resepi aku ambik kat MyR dari Onigiri.. toce pada empunya resepi... Roti aku ni x cun tang kastad kat ataih tu.. huduh.. aku 1st time wat kastad ni.. entah apa jadi.. kaco jadi keras.. pas tu pakai tekan jer nak cepat.. si icha dah ngamuk nak makan.. tapi memang lembut ler.. x rugi sapa yang nak cuba



Resepinya aku CnP jer..

Bahan-bahan ( 10 biji bun kecil )
135 ml air ais
3/4 cmt garam
30 gm mentega atau marjerin
1/2 biji telur (dipukul sebentar)
60 gm ubi kentang (direbus dan dilenyek baru ditimbang)
300 gm tepung roti/tepung protin tinggi
3/4 cmb susu tepung
50 gram gula
2 cmt yis segera
Topping untuk membuat garisan kastad Tepung kastad segera (instant custard powder) Bancuh dgn air utk mendapatkan pes yg lembut
Kalau takde tepung custard segera tu buatlah cream custard mcm biasa dan jalurkan pada roti kentang nanti.

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan dan uli hingga licin lebih kurang 15 minit.
2. Tutup dengan wrappers dan biar naik selama 45 minit.
3. Tumbuk doh perlahan utk mengeluarkan udara yg terperangkap dan uli selama 1/2 minit.
4. Bentukkan menjadi bebola yang setiap satunya seberat 30gm (tak timbang pun tak per, pakai agak2 jer la saiz tu).
5. Susunkan ke dlm loyang yang telah digriskan. Tutup lagi dan biar naik lagi selama 40 minit.
6. Tepi2 loyang pun griskan la jugak supaya roti tak melekat nanti lepas bakar. Kalau tak nak griskan loyang dan nak lapik dgn aluminium foil pun boleh..
7. Sapukan telur yg telah dipukul ke atas roti (tadikan kita guna 1/2 biji saja utk masuk ke dlm adunan, so yg 1/2 baki lagi tu gunalah utk tujuan ini).
8. Paipkan kastad ke atas roti. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit (tapi perhatikan juga sbb kalau dh nampak roti bertukar perang dan masak sebelum 20 minit tersebut, tutup sius dan biarkan roti masih di dalam oven hingga cukup masa 20 minit).

Sekian, wasalam.

~~~Menu Simple~~~

Salam ;

Macam rajin jer angin aku nak update blog ari ni.. sebab internet cam ok jer.. Lagi pun mood bagus sket.. sebab terima barang dari Malaysia.. hehe.. soh adik kirimkan.. Ekceli soh kirimkan barang baby yang mana x der kat sini... pas tu sekali ler dengan barang makan sket.. dah kebetulan tu kan..






Hari ni macam boleh jer nak masak.. tapi simple jer la.. aku masak sambal telur n daging goreng kunyit.. Daging ni dah bawa keluar dari esbok tp tak tau plak nak masak apa.. paling senang dan anak aku boleh makan.. goreng kunyit jer la.. So layan menu ari ni...




Sekian, untuk memasak ari nih..

~~~1st TAG~~~

Salam...
Wa.. K.ida buat tag ni.. Tag yang dinamakan sebelum blog ni keluaq..

1)Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
-Hujan Emas... Kenkonon simbolik dok kat tempat orang ler ek.. Simbolik kan.. kan.. kan..
.
2)Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?-
-http://nsyahida.blogspot.com ..... yang ni supaya senang ingat.. sebab aku mmg jenis yang pelupa..
.
3)Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
- Penulisan bebas..sebab blog ni wujud pun untuk catatkan kenangan dok kat sini.. semua la masuk.. Citer anak-anak, masak makan, jenjalan.. shoping.. wat macam diari..
.
4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
-Tak pernah.. . coz punya la teruk aku mentelaah nak menyiapkan blog ni.. renovation sampai hilang widget... letih oooo... dah seriau nak renovate lagi..
.
5)Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
- Eh.. Wawa.. she's very good.. paling best ayat selamber nyer.. Kalau aku ni jenis fikir byk kali. Pas tu siap ada editor blog plak.. Paling best dia masak aku boleh makan.. semua sedap2.. huhu.. sbb dia mmg rajin memasak....

6)Senaraikan 5 orang yang akan anda tag-
Ala.. sape.. member blog pun x ramai.. sesapa ler yang nak buat..

Tuesday, May 19, 2009

~~~Follow-Up~~~

Salam;
Mood sedih.. so x layan sangat masak-masak.. makan jer ala kadar.. bukan ape.. dah kena diet sampai boleh ambik insulin... huhu.. nak nangis rasanya.. Nak nangis tu bukan sebab kena diet.. tapi sebab tengok result GTT ari tu.. Aku x jangka plak result tu dah lepas border.. masa pregnant dulu border jer.. itu pun masa aku dalam 6 bulan pregnant..
Ni plak.. 5 bulan lebih tapi dah lepas border.. Eh.. apa border2 ni.. Actualy.. gula dalam darah.. dah lepas border.. 3 kali ambik darah.. 1st tu 4++ mmol, 2nd dah jadi 9++mmol, 3rd dah jadi 10++mmol. Memandangkan aku baru 6 months ++ jadi Dr cadangkan suntikan insulin sbb bimbangkan premature delivery.. atau kesan2 lain.. Diet dah x leh pakai time ni.. Dr suruh plak admited hari Sabtu ari tu.. tapi aku x ready la plak.. Kelam kabut sapa nak jaga anak time ni.. nak kena arrange dulu baru boleh dok spital.. (alasan takut sebenornya)
Takutnya nak kena ambik insulin sendiri.. huhu.. sedih ni.. menung pun x abih lagi... tapi perut ni asyik lapar nak makan jer.. dah minum air kosong sampai kembong plak.. tak resolve jugak lapar aku ni.. Rasanya mmg patut la kena ambik insulin.. sbb nak jaga baby dalam perut ni dan kesihatan aku jugak..
Kengkawan semua doakan untuk aku ek.. doakan kandungan aku selamat sehingga matang.. Dr pun x nak tunggu sampai 10 bulan.. 9 bulan 10 hari aku boleh bersalin dah..

~~~Resepi Kek Coklat~~~

Alamak.. sowey yer Wa.. K.ida x masuk blog.. la ni dok dlm mood sedih ni.. ditambah plak dengan internet problem.. huhu.. mmg x lalu nak ngadap komputer..
resepi kek ni ekceli ambik kat MyR.. dari Mr Fendi.. tapi disebabkan guna blender so k.ida ubah sket method nyer.. method ni k.ida dah cuba.. and kek tu memang menjadi ler macam dalam gambar.. (versi guna soda bikabonat)
Kek ni dah di buat 2 versi.. satu versi guna soda bikabornat dan satu lagi versi x guna soda bikarbonat.. hanya guna baking powder.. hehe.. pendapat sendiri ler.. klu guna soda bikabonat tu.. rasanya macam kek gula hangus coklat.. tapi kalau x guna soda .. rasa mcm kek coklat lembap.. erm.. lebih suka x guna soda.. so boleh ler cuba nak buat yang mana satu...

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
**2 sudu kecil sodium bicarbonate** (boleh dikurangkan atau x guna langsung)
Bahan B
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
Bahan C

1 sudu kecil baking powder
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
Pukul telur hingga kembang (masukkan dlm blender.. blend sampai agak2 kembang)
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak

Masukkan bahan B dan blend lagi.. kemudian diikuti bahan A (sekiranyanya hendak menggunakan **soda bikabornat** boleh dimasukkan bersama bahan A). Keluarkan semua bahan dari blender dan masukkan ke bekas lain. Masukan baking powder dan gaul dengan senduk jer atau pemukul telur sehingga sebati. Tuang ke dalam bekas pembakar dan
bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
**Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk
~~~Selamat Mencuba~~~

Saturday, May 16, 2009

~~~Hari Guru~~~

Salam


Dah terlupa hari guru.. teruk betul aku ni.. Apa pun diucapkan Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru kat Malaysia.. termasuk guru-guru aku kat SMT Alor Setar...

Cikgu Yusuf, Cikgu Alaina Sofni, Cikgu Madiah.. dan Pengetua Abdul Rahman.. Jasa kalian tetap ku kenang...


Untuk kengkawan kat SMK Pantai Remis.. semua ler Selamat Hari Guru.. semoga tabah meneruskan tugas-tugas kalian sebagai seorang guru..


Ni kad dan poem dari Aymy... 10q ek.. Selamat Hari Guru Juga untuk Ayu..k.ida x dan nak bagi kad ler.. (semedang x dan.. terlepas hari saja..)


A Teacher for All Seasons
A teacher is like Spring, Who nurtures new green sprouts, Encourages and leads them, Whenever they have doubts.
A teacher is like Summer, Whose sunny temperament Makes studying a pleasure, Preventing discontent.
A teacher is like Fall, With methods crisp and clear, Lessons of bright colors And a happy atmosphere.
A teacher is like Winter, While it’s snowing hard outside, Keeping students comfortable, As a warm and helpful guide.
Teacher, you do all these things, With a pleasant attitude; You’re a teacher for all seasons, And you have my gratitude!
By Joanna Fuchs
www.poemsource.com.

Wednesday, May 13, 2009

~~~Citer Lama~~~

Salam

Ni.. lagi citer lama.. bukan sebab x nak update.. tapi sebab internet ni.. asyik error jer time nak upload gambar.. jadi laporan aku sentiasa ler lambat.. Tak pe la.. nak letak jugak sbb nak jadikan kenangan dok kat sini..


kuih ni dari Ema.. aku tak tau nama kuih ni.. tapi inti dalamnyer letak coklat.. ala.. memang sedap ler.. Ema antar kuih ni time aku tengah tdo.. anak dara aku yang ambik kan.. bangun jer tgk ada kuih.. suprise gak aku.. yang perabih kuih ni aku ngan icha jer la.. org len x dapat sbb depa x de kat rumah.. hehe..

Ape pun 10q ek Ema.. terima kasih daun keladi..


Chicken chop malas.. hehe.. Time ni dah abih idea nak makan apa.. kekonon x nak makan nasi ler.. Buat ler chicken chop malas aku ni.. Tengok pun dah tahu malas ek..

Minggu ni betul2 kehabisan Idea masak.. semua nak cepat jer.. beli donat ni utk breakfast anak aku.. n dinner.. aku makan sekerat.. sbb manis sgt.. icha 2 biji irfan 3 biji.. ayah nyer x layan donat ni.. manis sgt..

Sekian...

Tuesday, May 12, 2009

~~~Nasi Minyak lagi~~~

Salam semua..

Hari ni dah tak tahu nak masak apa kat anak teruna aku.. Ni suggestion Laling.. nasi minyak then aku plak match kan dengan daging masak kurma.. 1st time ni masak kurma.. tapi rasanya boleh makan ler.. jadi jugak la kurma aku.. cuma rasa macam terlebih rempah.. tu yang nampak gelap sket tu..



Ni plak kek coklat.. Dah dok rumah ni.. tak tau nak makan ape.. jadi terpikir la nak buat kek coklat.. Tapi rasa macam x best plak kek coklat ni.. sebab aku ingatkan nak makan kek coklat yang lembap macam biasa aku makan.. tapi yang ni lebih kurang macam kek gula hangus perisa coklat.. huhu...Texture nyer lembut dan lembap.. Tapi abis jer.. May be resepi ni letak soda bikabornat.. klu x letak mungkin x rasa cam ni.. Next time aku buat.. aku try x bubuh plak..





Ni projek aku lagi... dah boleh makan hari ni.. aku wat 2 hari lepas.. Entah angin apa tetiba jer nak makan jeruk mempelam.. aku minta laling belikan mempelam muda kat kedai bawah.. dapat la dalam 10 biji kot.. dengan rega 1KD.. Tapi puas hati.. aku suka sangat rasanya .. Resepi aku cari kat tenet.. tapi dah lupa kat mana.. Ekceli masa kat M'sia aku penah buat.. tapi dah ingat-ingat lupa.. aku bagi ler laling rasa sket.. hehe.. nak bagi banyak nanti aku x cukup plak.. Laling cakap.. nanti boleh buat lagi..

Ni Resepinya.. sesapa teringin boleh ler cuba buat..

Bahan-bahan..

Mempelam muda @ kedondong

Garam

Air Kapur

Air Gula

Method..

Kupas mempelam dan cuci, lepas tu rendam dengan air garam + sedikit kapur semalaman. Toskan mempelam. Masak air gula (masak masak air gulu ni..boleh letak cili kalau nak pedas) dan apabila suam boleh la dimasukan mempelam tadi ke dalam air gula.. Biarkan sehari.. Dah ready untuk di makan..

~~~Masak-Masak Minggu Ni~~~

Salam Semua..
Ni la rupe baru blog aku.. Itu yang sangkut lama sangat .. bukan ape sebab internet kat sini lembap.. pas tu bila aku edit sket rupe blog ni.. semua setting dah lari.. termasuk lak shoutmix aku yang hilang dan aku plak lupa pasword nyer.. huhu.. terpaksa register baru.. sory yer sesapa yang bagi link tu.. semua dah hilang.. kecuali yang mmg aku dah hafal..

Memandangkan lama juga terperap blog aku ni.. jadi aku masukkan cerita seminggu.. Aktiviti luar mmg x der.. sbb x larat nak keluar.. Aku dah start sakit pinggang.. so susah sket nak jenjalan.. tapi this wik nak kena p hospital.. follow up check-up.. termasuk nak soping sket lagi barang baby yang tak cukup..



ini menu masa Irfan demam.. sebab nak soh jugak dia makan.. jadi masak sup aje..



Resepi ambik kat MyResepi..





Cendul ni.. buat masa hari Jumaat.. Lama dah teringin tapi tak de idea macam mana nak buat.. Memula buat tu terkeras sampai nak tekan pun tak keluar.. pas tu bancuh sekali lagi.. Laling plak tolong kacau.. sbb dah lenguh tangan kacau yang 1st punya tu.. At last dapat jugak makan.. buat pun sket jer.. dapat la 3 gelas makan.. tapi memang best ler..



Resepi...

1 1/2 Cawan Tepung Beras

2 sudu tepung gandum

3 gelas Air Pandan (aku letak air biasa dan sedikit perisa pandan)

Pewarna hijau..

1 sudu kecil air kapur..


Method

Masak sampai agak pekat.. pas tu boleh tekan guna acuan muruku ke dalam air ais (sejuk).. Pas tu boleh hidang dengan air gula merah, kacang hitam, pulut, santan, susu cair dan ais..


Ni plak.. lauk yang aku masak tengahari Jumaat.. Daging bakar dengan Air Asam.. Sayur Padprik dan Ikan goreng.. Ni wat report ni sebab dah ambik gambar.. so layan jer menu minggu lepas..


Memang best la klu dapat makan masakan Malaysia.. Aku rasa puas hati betul minggu ni.. pas tu mula la takut nak naik timbang lagi.. Khamis ni baru nak naik timbang.. Dah penat masak-masak ni.. tak makan rasa rugi plak ek.. Hehe...

Sunday, May 10, 2009

~~~Happy Mother's Day~~~

Salam semua...
Dalam dok sibuk aku mengejar pips.. sampai terlupa plak Mother's Day... Watever I would like to wish Happy Mother's Day to my bonda tersayang Selfee binti Saad.. Ida doakan agar mak cepat sembuh.. Ida sayang mak.. n Rindu sesangat..
and to
My Mother In Law.. Pn. Arisya binti Mohamad.. 10q so much.. sebab menerima Ida seadanya..
apa yang terkurang tu.. harap mak dapat maafkan... Ida sayang mak..

x boleh tulih banyak2.. dah sedih ni..

dan untuk kaum2 ibu.. aku ucapkan Happy Mother's Day.. tak sempat nak upload kad untuk geng-geng blog aku ni.. (tak ramai pun.. aku pun baru jer ada blog..) hehe..

Tak larat dah nak tulih bebanyak.. dah ngantuk ni.. Ni.. dari Wawa.. yang sempat aku ambik ek..

Thank you yer Wa..

Yang ni plak dari anak teruna kesayangan aku... Thank's alot.. I Love you too...