Ni projek aku lagi... dah boleh makan hari ni.. aku wat 2 hari lepas.. Entah angin apa tetiba jer nak makan jeruk mempelam.. aku minta laling belikan mempelam muda kat kedai bawah.. dapat la dalam 10 biji kot.. dengan rega 1KD.. Tapi puas hati.. aku suka sangat rasanya .. Resepi aku cari kat tenet.. tapi dah lupa kat mana.. Ekceli masa kat M'sia aku penah buat.. tapi dah ingat-ingat lupa.. aku bagi ler laling rasa sket.. hehe.. nak bagi banyak nanti aku x cukup plak.. Laling cakap.. nanti boleh buat lagi..
Ni Resepinya.. sesapa teringin boleh ler cuba buat..
Bahan-bahan..
Mempelam muda @ kedondong
Garam
Air Kapur
Air Gula
Method..
Kupas mempelam dan cuci, lepas tu rendam dengan air garam + sedikit kapur semalaman. Toskan mempelam. Masak air gula (masak masak air gulu ni..boleh letak cili kalau nak pedas) dan apabila suam boleh la dimasukan mempelam tadi ke dalam air gula.. Biarkan sehari.. Dah ready untuk di makan..
No comments:
Post a Comment