Dalam Pewot Mummy

pregnancy

Tuesday, May 19, 2009

~~~Resepi Kek Coklat~~~

Alamak.. sowey yer Wa.. K.ida x masuk blog.. la ni dok dlm mood sedih ni.. ditambah plak dengan internet problem.. huhu.. mmg x lalu nak ngadap komputer..
resepi kek ni ekceli ambik kat MyR.. dari Mr Fendi.. tapi disebabkan guna blender so k.ida ubah sket method nyer.. method ni k.ida dah cuba.. and kek tu memang menjadi ler macam dalam gambar.. (versi guna soda bikabonat)
Kek ni dah di buat 2 versi.. satu versi guna soda bikabornat dan satu lagi versi x guna soda bikarbonat.. hanya guna baking powder.. hehe.. pendapat sendiri ler.. klu guna soda bikabonat tu.. rasanya macam kek gula hangus coklat.. tapi kalau x guna soda .. rasa mcm kek coklat lembap.. erm.. lebih suka x guna soda.. so boleh ler cuba nak buat yang mana satu...

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
**2 sudu kecil sodium bicarbonate** (boleh dikurangkan atau x guna langsung)
Bahan B
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
Bahan C

1 sudu kecil baking powder
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
Pukul telur hingga kembang (masukkan dlm blender.. blend sampai agak2 kembang)
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak

Masukkan bahan B dan blend lagi.. kemudian diikuti bahan A (sekiranyanya hendak menggunakan **soda bikabornat** boleh dimasukkan bersama bahan A). Keluarkan semua bahan dari blender dan masukkan ke bekas lain. Masukan baking powder dan gaul dengan senduk jer atau pemukul telur sehingga sebati. Tuang ke dalam bekas pembakar dan
bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
**Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk
~~~Selamat Mencuba~~~

No comments:

Post a Comment