Lama gak tak update blog aku ni..bukan wat apa pun kat rumah.. tp sebab internet ni lembap sgt.. jadi aku pun malas ler nak ngadap komputer..
Hari Sabtu.. aku masak roti jala dengan kuah kari.. memula tu laling cuma cakap buat kuah kari jer.. makan dengan roti... tapi aku rasa macam x best jer.. sebab dah penat wat kuah kari tak kan nak makan dengan roti.. iee boring la plak.. jadi last minute.. aku buat roti jala.. ala .. roti jala ni kan senang jer.. tepung semua masuk blender letak garam n warna kuning sket.. dah siap utk di jala..
Ahad plak aku buat Lontong.. yang ni aku masak sebab aku yang teringin nak makan.. resepi ambik kat Myr.. sedap resepi ni... sebab letak jintan.. pas tu tumis dengan cili sekali.. Tak pulak aku tahu kuah lodeh ni mcm tu.. tgk macam masak lemak biasa.. Tapi memang sedap resepi ni.. Yang ni aku CnP jer.. untuk rujukan aku bila2 masa..
Bahan-bahan ( 10 orang )
Bahan yg dikisar halus * :-
*10 tangkai cili kering
*2 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1 jari kunyit hidup
*1 hiris halia
*2 sudu udang kering
*2 sudu ikan bilis
*sedikit belacan - jika suka (yg ni x letak)
*2 sk jintan kasar - sangar
2 batang serai - dititik
4 helai daun salam
1/2 jari lengkuas - diketuk
200 g udang hidup yg dikupas kulit
Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
1/2 biji kobis
8 batang kacang panjang
1 batang lobak merah
1 biji sengkuang kecil (yg ni tak letak)
1 biji terung panjang (tak letak jugak)
1 keping tahu kering - rendam
4 biji kentang
4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
4 keping tempe - dipotong dan digoreng
2 ikat su'un - direndam
lada merah dan hijau - dipotong serong
2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
air secukupnya
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak utk menumis
Ni projek minggu ni hari Isnin.. popia basah.. Irfan, anak aku dah minta "vegetable roll" .. Sian plak kat anak aku ni.. Memula rasa x confident nak buat.. bukan senang nak buat kulit nya.. yer la.. dah x penah cuba.. klu kat m'sia senang.. p jer cari kat kedai kuih yg jual petang2 tu.. dah dapat.. Memula tu aku buat sket dulu.. bancuh tepung.. cuba buat kulit tu.. 1st kulit tu.. mmg tebal.. pas tu kejap jer improved.. then aku bancuh tepung sekali lagi..
Bahan-bahan ( 10 orang )
Bahan yg dikisar halus * :-
*10 tangkai cili kering
*2 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1 jari kunyit hidup
*1 hiris halia
*2 sudu udang kering
*2 sudu ikan bilis
*sedikit belacan - jika suka (yg ni x letak)
*2 sk jintan kasar - sangar
2 batang serai - dititik
4 helai daun salam
1/2 jari lengkuas - diketuk
200 g udang hidup yg dikupas kulit
Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
1/2 biji kobis
8 batang kacang panjang
1 batang lobak merah
1 biji sengkuang kecil (yg ni tak letak)
1 biji terung panjang (tak letak jugak)
1 keping tahu kering - rendam
4 biji kentang
4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
4 keping tempe - dipotong dan digoreng
2 ikat su'un - direndam
lada merah dan hijau - dipotong serong
2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
air secukupnya
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak utk menumis
Ni projek minggu ni hari Isnin.. popia basah.. Irfan, anak aku dah minta "vegetable roll" .. Sian plak kat anak aku ni.. Memula rasa x confident nak buat.. bukan senang nak buat kulit nya.. yer la.. dah x penah cuba.. klu kat m'sia senang.. p jer cari kat kedai kuih yg jual petang2 tu.. dah dapat.. Memula tu aku buat sket dulu.. bancuh tepung.. cuba buat kulit tu.. 1st kulit tu.. mmg tebal.. pas tu kejap jer improved.. then aku bancuh tepung sekali lagi..
Resepi aku ambik kat Myr.. tapi tak ikut sukatan.. kira campak2 jer ingredient nyer..
Resepi Kulit Popia
Tepung gandum
Tepung ubi sket
Garam
Air
Method : Bancuh macam cekodok tu.. biar 1/2 jam.. pas tu boleh buat la kulit popia ni..
Inti
Kobis, timun, carrot, gula, garam.. masak sampai kering..
Cilinyer pulak..
Cili kering 15 biji, bawang putih sket 3 ulas, bawang besar sebiji, udang kering blender.. gula, garam, asam jawa sket, n kicap sket.. masak sampai pekat dengan api perlahan..
Senang jer.. kan..
The next day plak, aku buat karipap.. minggu ni 2 kali buat karipap, dah demam karipap plak. Memula dulu aku rasa susah jer nak buat,.. sbb x reti bancuh tepung tu.. tapi kali ni rasa senang lak.. bila guna minya panas.. kulit tu senang nak canai.. pas tu nak kelim pun senang.. tu yang boleh buat sampai 2 kali.. hehe.. kalau x memang bercinta aku nak buat karipap..
Ni lagi projek dalam minggu ni gak.. Nasi ayam.. ni dah kira malas nak pk pasal menu masak.. sebab tu buat nasi ayam.. senang..
Minggu ni.. minggu aku menjamu selera.. Entah datang sheikh apa pun x tau la.. Minggu menaikkan berat badan.. huhu.. Khamis ni dah cukup aku pregnan 6 bulan.. eei.. takut nak naik timbang.. aku target 2 kg/month.. rasa cam lebih jer.. Laling pun dah tegur.. "abg tgk Da .. asyik makan jer.. nanti berat naik byk sgt.. cuba control sket".. erm.. yer la.. makan sampai x ingat..
amboi k ida, best nyer masak2.. tgk popia basah n lontong tue cam lazattt sgt nieh... tak pandai masak kononnn... hehehhe...
ReplyDeleteAla.. ikut resepi.. jenuh jugak la nak edit masak.. org dok kat dapur sejam.. k.ida dok 2 jam.. hehe..
ReplyDelete