Dalam Pewot Mummy

pregnancy

Monday, September 19, 2011

31 Weeks

Diam tak diam dah 31 minggu baby dalam pewot aku.  Dah dua kali kuar masuk hospital.  Sekali tu sebab BSP tinggi, kali ke-2 sebab sakit kat previous scar.  Hikmahnya boleh berehat kat hospital. Memang betul2 berehat klu dok hospital.  Tapi kalau sehari dua tu ok laa, dapat gak berehat, klu lama2.. rasanya tak sanggup jugak aku.. hehehe.. Sib baik lepas discharge doktor bagi lagi mc 4 hari.  dpt lagi la berehat kat rumah. 

Hari ni appointment dgn Pakar O&G jam 2 petang.  Memang dah plan nak ambik MC jer ari ni sebab appointment jam 2 petang, pas tu ada check-up yg biasa tu lagi.. mesti la lambat jugak nak selesai.  Kali ni p klinik dgn anak2 skali, sebab mak masih kat KL.  Tak de sapa nak jaga budak2 ni.  Kalau irfan dgn Icha mmg boleh jer aku tinggalkan kat rumah, tapi kalau dah dgn irsyad.. tak sanggup la kot.  Tambah2 la ni dia kuat mengamuk n ada jer benda yang nak direbutkan dgn abang n kakak dia.  Contohnya macam remote astro.. memang bergaduh sakan laa.  Tu yang tak berani sgt nak tinggal.  Jadi bawak laa kesemua sekali ke klinik.  Alhamdulillah.. sehingga selesai check-up n jumpa pakar, tak de masalah apa-apa.. Masa masuk bilik utk check-up n jumpa pakar.. aku tinggalkan semua kat luar.  Tapi dah pesan kat irfan n icha supaya jaga adik dan duduk diam2 kat kerusi.  Hasilnya.. Irfan n Icha berjaya menjaga adik dengan baik.. Jadi sebagai penghargaannya.. diorg boleh beli barang yang diorg nak.. Icha pilih marker pen, irfan pilih magic pen. Ok la tu kannn..

Owh.. citer check-up minggu ni.  Berat turun 800g.  2 minggu lepas 62.8kg. Minggu ni 62kg plak.  Faktor penurunan berat mungkin disebabkan kurang tidur. Nasi pun daku dah start  catu.  Bukan ape, aku seboleh-bolehnya nak control sgt bsp nih, risau jugak risiko kalau bsp asyik dok tinggi jerr.  Dalam sehari dua ni kira ok laaa.. sampai turun 3.9mmol.  Rendah sgt doktor kata. Jadi dose dikurangkan sket.  Actually la ni aku dah start insulin Insulatard dan Actrapid. Lebam2 jugak laa peha n lengan dengan bekas cucuk.  Kali ni dose insulatard untuk malam dikurangkan sbb doktor risau jd hypoglysemia plak. 

Sticker buku pink dah tukar ke merah

Beg untuk ke hospital tak siap lagi.  Tapi semua barang dah hampir settle.  Tinggal nak kemas n letak tepi jerr.   Maklum laa kalau emergency nanti tak la kelam kabut bagai.  Dah set mind dah ni.. Kalau ada emergency, aku terus hantar anak2 kat rumah mak, pas tu drive ke hospital.  Rasanya beg dah kena letak siap2 kot dlm kete ekkk.. sbb klu emergency tengah malam.. jenuh jugak nak ngangkut budak2 ni masuk dlm kete.  ahaa.. nanti dah siap kemas beg tu aku letak dlm kete.  Owhh.. satu lagi benda yang aku lupa .. GL.. hari tu dah ambik.. tapi kena masuk spital.. dah guna la GL tu.. esok harap2 aku tak lupa laaa nak ambik GL. 

Apa pun aku berdoa  berharap sebelum masuk OT nanti ada la suami yang temankan n menunggu bila dah keluar OT..serta dipermudahkan segala urusan ku nanti.  Nak kena pujuk baby soh tunggu ayah balik baru kuar ekk.. Tapi kalau bukan rezeki aku.. apa pun diharap semoga dipermudahkan segala-galanya, dari segala urusan dengan nurse, dgn doktor, dengan anak2, dengan org yg merawat aku nanti, juga dipermudahkan semasa menjalani pembedahan.  Aminnn...

Ok laa.. lagi dua minggu update plak ekk.. Malas sungguh rasanya nk mengadap komputer.  Sebabnya nak duduk pun dah tak selesa.. asyik nak baring jerr nih.. hehehe..

Bye..

1 comment: