Dalam Pewot Mummy

pregnancy

Monday, September 26, 2011

Dah 32 weeks


Alhamdulillah.. terasa cepat pulak minggu ni.. now dah 32 minggu.  Minggu ni tak de appointment doktor.  Jadi tak yah sibuk2 nak bangun awal.  Boleh la guling2 kat katil lagi.  Tambahan pulak semalam hujan.. sedap jer suasana nak berguling.. hehehe.. (ehh boleh lagi ke guling?? bkn guling.. baring gitu jer).

Masih dalam mode risau lagi.. Risau baby keluar awal.  W/pun dah 32 weeks tapi baby tetap kecik lagi.. tak sampai 2kg lagi kan.. Kalau boleh biar la 35 minggu ke atas.. Meh layan video ni..






Bangun pg breakfast wholemeal 3 keping dgn susu n cheese slice sekeping.  Anak2 makan scramble egg n coco crunch + susu.  Nak masak beriya dah tak larat dah nak berdiri lama2 kat dapur.  Jadi makan jer la yg senang2. 

Esok ambik CRK sbb nak habiskan CRK yang aku layak utk tahun ni.  Kalau simpan pun nak buat ape kann.. sbb yang pentingnya masa sekarang ni adalah cuti n rehatkan diri.  Sengaja ambik hari Selasa.. sebab boleh la berehat di tengah2 minggu.  2 hari berkerja then rehat sehari.. pas tu kerja dua hari lagi dah cuti jumaat n Sabtu.  Appointment seterusnya 3hb/10.  Ahad tu boleh la pergi sekolah, tapi 3hb appointment petang.. nampak gayanya MC terus.  Sebab klu dah petang mmg letih la menunggu.  Nak check-up n jumpa pakar.. Kebiasaannya ramai jugak la yg ada appointment pergi kat situ.  Dari semua kawasan Klinik Kesihatan berdekatan.  Kali ni ingat nak tanya kat Gynea tu pasal Dexamethasone.  Masa 24 weeks hari tu doktor cakap aku kena ambik suntikan tu bila dah 28 weeks.  Tapi bila dah asyik kuar masuk spital.. jd Gynae asyik dok tengok kes insulin aku jerr.. dah tak nampak pasal lahir prem nih.  So better la aku tanya nanti.. heheh.. harap2 tak lupa la kan..

Citer skolah plak..Next week dah PMR.. jd semua kelas petang di beri cuti kecuali kelas RK sahaja.  Maknanya tak de la byk kelas nak kena masuk.  Nampak gaya macam minggu untuk berehat laa.. Pas tu 9hb sampai 14hb sekolah macam biasa.  ehehe.. boleh la aku plan CRK lagi pada 11hb.  Dan minggu 16hb hingga 20hb.. minggu exam.  Minggu ni mmg kena ambik CRK.. sebab jaga exam letih woo.. nak berdiri.. start 21hb/10 sampai 30hb/10 dah cuti seminggu.  Boleh la rehat byk2 masa nih. Mr hubby pun dah sampai dari kuwait pada 21hb tu.  Harap2 baby tak la keluar lagi... heheh.. Sebab nak antar mak naik haji dalam minggu tu.

Khamis lepas  dah buat check-up mata.. ape namanya ntah.. Fundoscopy  untuk check sama ada saluran darah kat mata ada yang pecah or bocor.  Biasanya sapa yang on insulin.. semua kena wat examination ni..


Ni laa cara buat examination Fundoscopy.  

Alhamdulillah.. resultnyer normal.  Tapi masih kena buat lagi laa.. examination dari semasa ke semasa.  

No comments:

Post a Comment