Dalam Pewot Mummy

pregnancy

Tuesday, March 29, 2011

Kuih Pau

As-salam..

Rasanya dah berhari tak update blog.. huhu.. merata cari memori kad aku.. tak jugak jumpa2 sampai ke hari ni.. Abisnyer macam mana nak letak gambor2 semua.. nak ambik gambor pun tak ber idea.. Nak kuar p beli memori kad baru pun.. semua kaum lelaki kat rumah ni dah kena ciken pox.. bertahan jer laa.. sampai semua sihat dan boleh kuar p cari memori kad baru..

Nak upadate citer sandstorm yang baru2 ni pun tak boleh.. Tunggu la nanti rajin ambik balik gambar2 kat fesbuk.. untuk upload kat sini.. Kena gak masuk sebab pengalaman sepanjang dok sini.. itu la sandstorm paling teruk terjadi kat depan mata.. dah tu kami semua ada dalam kereta menyaksikan dan melalui detik2 cemas masa tu..

Dah dua hari buat sup ayam.. untuk orang2 yang kena ciken pox.. yang paling teruk Mr. Asben daku laa.. sampai tak bercakap..  tak mau makan.. yang tahu asyik minta teh suam.. huhu.. kesian pulak daku tengok.. Semalam nak tak nak pergi la cari ubat Zovirax untuk adult.. jauh jugak daku menapak dengan arisya.. sampaikan tengah malam dia tidor tiba2 jer menangis.. sakit kaki.. agaknya sebab berjalan jauh sgt la kot..

Hari ni Daud dah antarkan 5 biji kelapa muda.. jadinya semua dah minum la air kelapa tu..Harap2 semua cepat la sembuh.. Daku pun dah naik fening2 n loya asyik makan bubur jerr..  Masak gak nasi.. tapi langsung tak bersentuh.. Pagi tadi buat nasi goreng.. tengahari tanya nak makan apa.. semua jwb tak mau makan.. Ermm.. kang lapar terketar2 baru cakap nak makan..

Jadi tengahari ni.. buat kuih pau untuk kami.. heheh..  kat rumah ni tak jumpa nasi sehari or seminggu tak jadi masalah.. ada makanan berat pun dah ok.. cam roti ke, mee ke.. Ingat petang jap lagi klu rajin buat bihun or mee goreng pulak.. pagi tadi dah makan nasi goreng jerr... Suka sangat daku dengan kuih pau kali ni.. nak kata cantik sangat tu tak jugak.. tapi ok laa..  boleh la nak makan.. rasa dan teksturnya aku suka.. resepi ni masuk dalam list dah..

Meh layan gambar2.. Berkaler2 irfan tanda.. Dia pilih warna hijau untuk pau ayam dia.. dan warna merah untuk inti kacang merah..

 Pau tanda hijau merah..

Pau inti kentang & ayam
 


Pau inti kacang merah..

Resepi ni daku ambik kat MyR.. dari Yani.. kopipes jerr minta halal yer tuan punya resepi.. tapi kat sini daku tambah sket water roux.

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 300g tepung gandum
  • 6g baking powder
  • 2g garam
  • 162g air suam( daku letak 160g sahaja.. sebab daku tambah water roux)
  • 6g dry yeast
  • 30g gula halus
  • 18g lemak sayur 
  • 1 sudu besar water roux  (ni daku pandai2 tambah)

Cara-cara

  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 dan water roux ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
  6. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Biarkan selama 15 minit.
  10. Kukus dengan kepanasan api sederhana  selama 7 - 8 minit.  Untuk dapatkan pau yang cantik, balut penutup pengukus dengan tuala bagi mengelakan air jatuh ke permukaan pau.

7 comments:

  1. kak ida alahai semua kena ker....kat cni mmg dah musim dia kat Q8 pun sama ekkk....adik qayyim pun baru baik jer..tinggal kulit2 kering tue jer yg x abih kuar lagi..risau gak ...bb pun tggu hari jer nak kuar..

    ReplyDelete
  2. Ieda,
    guna tepung gandum pun okay yer..nampak gebu gitu.suka akak tengok.semuga semua seisi umah cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. Kak iedaa... Saya nak pau kacang merahhhhh.. Buat tak reti , walau ade tepung pau sekotak kat rumah ni, tak berbuat2 sbb risau lak tak jadikk...

    ReplyDelete
  4. Wawa >> Alhamdulillah.. elok jer nih deme kena campak pun.. tak meragam ke hapa pun.. Yg moody tak tentu pasal big boss jer laa.. dia kena paling teruk.. siap infection lagi.. kihkih..

    KakAsma >> alahai kak lupa nak kabor.. saya guna tepung pau.. tapi amik resepi tepung gandum kihkihkih.. cpy paste jer tuh..

    Wawa >> Wa.. jgn risau.. confirm jd nyer laa.. sonang banget sih.. k.ida yg malas nyer nak buat intinyer tuhh.. Ahaa.. nanti bila mood mai k.ida pos ke mady heh.. tapi kurun bila tak tau laaa.. kihkihkih..

    ReplyDelete
  5. Kak, nnti zura blk mesia zura beli kacang merah pes tu eh.. Yang dah siap jual.. Sepeket banyak, kite ley bagi dua. Rasa de sedap dan fresh jek, mcm buat sendiri jugak. Aritu tgk kat rumah kak lynna..

    ReplyDelete
  6. A huge dick in my pussy,the warm wet tounge up my personal arse and cum
    and also pussy juice all over me. Fuck, ozzy

    my web page :: hcg injections

    ReplyDelete
  7. Ιt is not my first tіme tο go to ѕee this web pаge,
    i am bгοwsіng this web site daillу anԁ get pleasant facts fгom here daily.


    Αlsο visit my web-site Weight Loss calculator

    ReplyDelete