Monday, July 20, 2009
Gambar Baby
Sunday, July 19, 2009
Geram Sangat
Thursday, July 16, 2009
Dah Tambah Orang Baru
Aku selamat melahirkan baby boy dengan berat 2.55 kg pada hari Jumaat 10/07/2009 pada jam 2.52 petang waktu Kuwait.. di Hospital London Kuwait.. dengan kaedah ceasarian.. Doktor bagi tarikh untuk induce 9/08/2009 (awal 2 minggu dari due date) tapi baby perlu diselamatkan lebih awal sebab aku bleeding..
Mula pagi tu bleeding sket.. tapi ingatkan x de apa2.. tapi disebabkan Mr. Hubby cam risau jer.. kami terus jer ke hospital.. bahagian emergency.. Jumpa la Doktor kat situ.. scan dan check smua x de apa2 tapi kena gak admited sbb doktor nak monitor pergerakan baby.. nak tak nak aku pun dok la kat wad.. Doktor pun pasang CTG.. tengok ada contraction..padahal aku mmg sket pun x rasa sakit.. Hah mula la depa investigate ni la.. tu la .. hantar lab.. so dari result.. bleeding tu bukan dari placenta.. tapi dari rahim aku.. Doktor smua wat meeting dan decision depa .. aku kena ceasarian dalam masa 1/2 jam.. eh.. cepatnya.. Masa tu Allah jer yang tahu betapa takutnya aku.... mmg x ready langsung..
Masa tu mmg kelam kabut sangat.. call mak n MIL kat Malaysia.. minta maaf smua.. kat Laling aku mohon maaf masa kat pintu OT.. then terus masuk OT.. aku terus jer mengucap tak henti2.. tengok jam 2.30 ptg terus di bius penuh.. dan aku sedar balik jam 3.30 ptg.. dan berada di bilik recover dengan dua belah tangan ada tube.. satu tube darah.. satu lagi air..perkara pertama yang terlintas difikiran ku.. "Ya Allah.. aku bersyukur ke hadratmu kerana memanjangkan usiaku.. Amin.." syukur sesgt..
bersambung nanti ek..
Friday, June 26, 2009
Daging Masak Merah
Diam tak diam dah 32 minggu aku pregnant.. ni bersamaan dengan 8 bulan ler.. tinggal lagi 8 minggu nak due.. Mmg letih la time ni.. Nak masak beriya-iya pun tak boleh.. berdiri lama pinggang dah sakit.. p rehat jap.. then sambung balik.. Masa ni teringat, beruntungnya dok kat M'sia.. time tak larat cam ni.. p kedai pakai tunjuk-tunjuk jer.. pilih yang mana berkenan dihati.. Tak pe la.. ni la pengalaman susah senang dok negara org ye tak..
Ni menu semalam.. Daging masak merah.. Tengok resepi guna cili sos.. tapi aku x guna cili sos sbb kat sini kureng jual cili sos.. Sos tomato belambak. Orang Kuwait tak makan pedas kot hehe..
Award dari K. Mimi


1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.
Award ni dapat dari kak mimi.. tenkiu..
2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.
Ada ke sampai 15 blogs yg dok mai kat blog aku ni.. hehe.. rasa cam tak cukup jer.. ape pun sapa yang singgah silakan..
Thursday, June 25, 2009
Mexican Bun
Ni projek time sihat ni.. Mexican Bun.. Entah nape teringin nak makan pun aku tak tau.. may be sebab teringatkan bau kopi bun ni.. Time ni dok ketagih kopi.. Laling kata "tukar la minum susu" nanti anak pun kulit mcm kopi.. Boleh ka macam tu.. hehe.. tak kot.. klu dah ibu ayah pun kulit kopi.. mcm mana anak nak mai kulit susu.. Apa pun.. anak keluar sihat walafiat.. cukup sifat.. sempurna segala.. dah bersyukur amat..
Sebab ni projek lama.. resepi dah lupa ambik mana.. jadi tak tempek la.. ek.. Nak buat ni.. kira mencabar jugak ler.. Sebabnya org-org yang rajin jer boleh buat.. Jadi klu nak buat kena pilih masa mood tengah rajin.. Cam aku yang dah memboyot ni.. hehe.. letih nak layan.. tapi siap jugak.. hehe..

Tuesday, June 23, 2009
Gulai Tempoyak
Dah berapa ari dok makan beli jer.. nak tak nak masak jugak ler.. Gulai tempoyak ni entah bila aku masak.. rasanya sebab kes dah x der idea dah.. tak tau nak masak apa untuk anak teruna aku yang cerewet sgt tu.. Cuba lak masak tempoyak ni.. Alhamdulillah dia makan.. erm.. lega rasanya..

Menu simple.. pakai campak2 jer.. Dah tu stok tempoyak aku pun dah selesai.. Bulan puasa ni dah kira x dak la stok tempoyak.. huhu..
Friday, June 19, 2009
Menu Hari Minggu
Dah hampir 2 minggu aku terkurung kat dalam rumah.. Hari ni hari cuti laling.. Jadi ada la masak2 tapi simple jer la.. Untuk sekali makan jer.. Malam nanti kira lain plak.. Pagi-pagi hari ni p cari ikan kat Wet Market Fahaheel.. tapi laling sorang jer la yang pergi.. soh dia tengok ikan lelong.. Kat sini ada ikan lelong.. Jadi dapat la ikan tenggiri 2 ekor besar.. kira murah sket la dan yang penting masih fresh..
Tapi ari ni x masak ikan tenggiri.. hari ni masak ikan bawal.. Bawal stim asam, gulai tempoyak lagi.. Telur goreng dan ulamnya.. timun and terung bakar..
Laling ku x pernah makan terung bakar.. tapi dia kata sedap la plak.. hehe.. Aku pun mmg jarang makan terung bakar.. tapi penah la makan mak buat.. Alang-alang dah ada terung tu.. buat la ulam.. Sedap... Pada sesiapa yang nak tukar selera tu boleh la cuba terung bakar..
Nak letak ke resepi.. eh .. tak yah la.. Stakat bawal stim tu.. dah cukup popular dah.. Lengkuas, serai, salted plum, bawang merah, bawang putih, cili padi, halia, sos tiram.. n sayur2 ikut kegemaran mcm carrot, daun sup, daun bawang,... dah siap.. utk stim..
Terung bakar tu.. letak jer kat api.. biar nampak cam lembik sket.. pas tu kupas kulit yang rentung tu.. Kat sini kulit terung depa jenis yang keras sket.. jadi bila bakar tu terus terasing dgn isi terung.. masa kupas tu senang jer..

Wednesday, June 17, 2009
Kering Idea
Dah kekeringan idea nak masak.. ikut tekak semua nak makan.. tapi keinginan nak masak tu tak de.. hehe.. Ari ni wat daging hitam.. tu pun x beriya sangat pakai campak-campak jer.. janji rasa seimbang..yer udah..
Apa bezanya ek.. Ok.. klu guna tepung jagung tu.. rasa cincau sebiji mcm yang kita beli kat pasar tu.. tapi kalau guna agar2 ... rasa gak cincaunyer tu.. sebab bau dia still mcm cincau kan.. cuma bentuknya x kenyal.. mcm agar-agar la..


Tuesday, June 16, 2009
Pagi Yang Kelam Kabut
Jadi ni la menu aku untuk ari ni.. Lontong n Air Cincau.. Cincau ni buat sendiri.. Rasa sebijik macam cincau beli.. hehe.. Resepi lontong mmg dah letak kat sini.. Biasa la.. lontong aku sentiasa tak cukup bahan.. So this time letak resepi Homemade cincau plak ok.. Ada 2 resepi.. Aku guna resepi yang pertama tu... resepi yang kedua belum cuba lagi.. tapi sesiapa yang nak cuba boleh la ambik resepi.. Resepi ni pun dapat dari forum kat internet.. Boleh la cuba sbb mmg x mengecewakan..


Bahan untuk ekstrak cincau
25 gm daun dan batang pokok cincau
5 ml air abu ** tak letak
1.2 liter air untuk merendam/ merebus cincau
Cara :
1. Cuci batang dan daun cincau beberapa. Buang bendasing dan rendam batang dan daun cincau
selama 15 minit.
2. Dengan menggunakan air rendaman, rebus daun dan batang cincau sehingga mendidih selama
1 - 1/2 jam. Air rebusan hendaklah dikacau selalu untuk menggelakan ia meruap.
3. Sejukkan rebusan sebentar , tapiskan rebusan ini dengan menggunakan kain maslin
(lembabkan terlebih dahulu) . Baki tapisan siran dengan sedikit air panas dan kacau rata2 dan
tapis sekali lagi sehingga mendapat 500 ml ekstrak cincau.
Bahan untuk memekatkan cincau
500 ml ekstrak cincau
25 gm tepung keledek / tepung jagung
50 ml air biasa
1. Masukan ekstrak ke dalam periuk dan jerang dengan api yang sederhana.
2. Bancuh tepung keledek/tepung jagung dengan air dan kacau rata.
3. Tuang bancuhan tepung ke dalam ekstrak dan kacau rata. Pada ketika ini biar bancuhan mendidih,
memekat dan menjadi kilat. Kacau rata.
4. Bancuhan akan kelihatan mencair semula. Matikan api dan tuangkan adunan dalam bekas yang disukai sejukkan. bila telah benar2 sejuk, bolehkan digunakan untuk membuat minuman atau campuran ABC.
Homemade Cincau
~~~~~~~~~~~~~
Cincau
1 packet agar2 serbuk
500g gula
3.75 liter air
Segenggam daun cincau (beli dari kedai sinseh)
2 atau 3 helai daun pandan
Cara:
1. Masukkan air dalam periuk besar, tambahkan serbuk agar2 dan kacau rata.
2. Jerangkan atas api yg sederhana dan masukkan gula, daun cincau dan daun pandan.
3. Masak hingga mendidih. Kecilkan api
4. biarkan merenih selama 10-15 minit
5. Matikan api dan tapis.
6. Masukkan dalam bekas, biarkan sejuk baru simpan dlaam peti sejuk utk 3-4 jam. Overnite lagi better
Monday, June 15, 2009
Makan Malam

Wednesday, June 3, 2009
N3 Seminggu
Lamb Chop ni.. Irfan yang request.. tapi beli daging kambing biasa jer.. sbb jenuh nak cari lamb shoulder.. x jumpa.. Aku marinade guna rempah yang Ema bagi.. pas tu add 3 sudu sos wosterchere (enth betul ejaannya).. lemon sket.. dah..
Yang bestnyer gravy tu .. aku ambik resepi kat MyR.. kat sini aku CnP jer la.. Aku ikut sebiji2 tapi tambah sket sos tomato hehe.. Dan hasilnyer mmg kena la dengan citarasa aku.. hehe.. maka resepi ni kena letak kat sini sebagai rujukan nanti..
Alamak x leh masuk pulak.. nanti bila-bila boleh masuk aku update skali lagi.. wokey..
Bahan-bahan ( 2 org makan )
- 500gm daging slice/2 keping daging
- 2 sudu marjerin/butter
- skit garam
- BHN SOS BLACK PEPPER
- 1/2 sudu black pepper
- 1 sudu mentega
- 1 kuib ayam
- sebatang saderi-dicincang
- sebiji bawang besar- dicincang
- 2 cwn air (hana tmbh susu segar skit.. x nk pon tkpe)
- 2 sudu tepung gandum
- 2 sudu kicap 2 sudu sos tiram
- garam skit
- BHN MACARONI / COLESLAW
- segengam macaroni - direbus dan ditos
- segenggam mix vagetable - direbus dan ditos
- 2 sudu mayonis 2 sudu yogurt plain
- sesudu air lemon
- BHN MASHED POTATO
- 5 biji kentang - direbus dahulu dan lenyekkan
- 1/2 cwn susu segar - kurangkan klu tk nak lembik sgt
- sos black pepper/gravy
- BHN SAMPINGAN
- kentang goreng
- 2 batang asparagus/brokoli - direbus dgn sedikit garam dan toskan
- sebiji tomato- dihiris
Cara-cara
- Gaulkan daging ngan skit garam then goreng/grill la ngan marjerin/butter smpai masak. kalau ade sos steak leh la di sapukan atas daging tuh.. n balik2kan.
- Utk buat sos black pepper/gravy - masukkan air, bwg,btg saderi,..rebus hingga didih dan toskan.Campurkan air rebusan td dgn mentega,kiub ayam,kicap,sos tiram,black pepper,garam dan tepung yg dicampur dgn sedikit air utk memekatkan sos.masak hingga didih dan pekat.
- Utk buat macaroni - campurkan bhn rebusan ( macaroni,mix vagetable) mayonis,yogurt dan air lemon. Gaul hingga sebati.perasakan ngan garam.
- Utk mashed potato plak - lenyekkan kentang dan blend dengan susu segar n tmbhkan lada itam skit. curahkan sos black pepper/gravy td.
- Hidangkan dengan kentang goreng,brokoli dan asparagus. hana wat gak chicken chop coz my kids tk mkn daging.Taraa...dah siap bleh makan. nmpk cam susah tp sebenarnya senang je..

Ni plak pan cakes.. hehe.. seumur hidup x penah buat.. makan penah.. macam x pecaya aku boleh buat.. tapi aku buat idak ler cantik.. Janji buleh makan udah..Ni pun resepi MyR..dah web tu x leh nak masuk.. next timer jer la.. aku update..wokey..
Resepi
- 1 biji telur
- 2 sudu besar butter - dicairkan tunggu sejuk
- 1 cawan 225ml tepung gandum
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 cawan butter milk @ susu segar + krim of tartar
- 1 sudu teh baking soda
Method
- pukul telur .. kemudian masukan butter yang telah sejuk
- Masukkan tepung, baking soda, gula dan garam
- masukkan susu segar
- Panaskan kuali leper dan tuangkan sesenduk bater. Jgn diratakan
- Biarkan buih2 ditepi baru diterbalikan.
Sekian...
Thursday, May 28, 2009
~~~Artikel yang menarik~~~
Salam..
Hari ni macam busan jer dok rumah.. kepala macam pening2 rasa mcm mana entah.. dalam dok rehat.. tak tau nak buat apa.. masak pun simple2 jer... jadi jelajah blog yang aku suka lawat.. blog kepunyaan seorang ahli yahoo group.. meh sama-sama baca..Nasib isteri tak pegang duit
Baru-baru ini ada satu perbincangan di grup Respeks berkenaan tanggungjawab suami, rujuk SINI. Asalnya posting bertajuk "Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?"... Saya pernah baca artikel ini di sini --> Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?. Sebenarnya banyak benar entry fasal 'tanggungjawab suami' di blogspot Pn Suzana dan dalam blog saya sendiri, cuma kena rajin cari balik entry berkaitan. Salah satu feedback daripada posting di atas yang menarik perhatian saya ialah :
From: Hamba AllahRamai juga yang tidak setuju dengan beliau. Secara peribadi, saya juga merasakan yang beliau telah tersasar jauh daripada konsep tanggungjawab suami isteri yang sebenarnya. Saya tak dapat bayangkan jika isterinya sendiri membaca mesej yang suaminya hantar kepada grup yang mempunyai ahli mencecah 14,000 orang! Aduhai... kasihannya... Pertama, jika ada penggunjung blog setuju dengan alasan beliau, saya minta anda rujuk artikel UZAR di Lelaki Cari Calon Isteri Bekerja Sahaja: Bolehkah?. Boleh juga rujuk entry saya lepas (sila rujuk capaian entry berkaitan, di akhir entry ini) untuk mengsahihkan bahawa pendapat beliau SALAH sama sekali! Malang sungguh nasib isteri beliau, tetapi jika isterinya redha dengan pemberian, alhamdulillah. Cuma Allah Taala saja yang dapat menganugerahkan bonus untuk isterinya.
Sent: Tuesday, May 19, 2009 10:47 AM
Subject: Re: ReSpeKs2008. .. Tanggungjawab Suami ..anda setuju???
Saya mempunyai isteri yg bekerja dan kami berkongsi hampir semua perkara daripada bil, gaji pembantu rumah, loan hinggalah yuran sekolah anak2 serta barang2 basah dan keperluan harian, di samping itu, saya juga memberi nafkah bulanan secara tetap walaupun segala perbelanjaan harian dibahagi dua.
Alasannya ialah seorang isteri yg bekerja telah mengambil masa yg seharusnya diperuntukkan buat sang suami dan anak-anak serta rumahtangga untuk dirinya. Jika diikutkan peraturannya, gaji pembantu rumah patut dibayar oleh isteri semata2 kerana disebabkan dia bekerja maka kerja2 rumah terpaksa diambil oleh maid tersebut, tapi kami bahagi 2 juga.
Seorang isteri yg bekerja juga tidak dapat melayan suami mereka dengan sepenuh hati akibat keletihan bekerja di siang hari, terkadang pula kepulangan suami tidak disambut pun kerana para isteri yg bekerja ni balik lewat drp suami, dan pemergian suami pun tidak di bye-bye sebab awal-awal lagi dah pergi kerja....... (kadang cam tu la)...maka adalah tidak adil sekiranya segala pendapatan isteri menjadi hak mutlak sang isteri sedangkan tanggungjawab beliau kepada suami dan anak2 boleh di'tolerate' oleh sang suami.
Terkadang pula, sang suami jarang dapat makan hasil air tangan isteri, asyik2 maid indon je yg masak (kadang tu laki masak utk isteri!!), jadi dengan keadaan isteri yg bekerja telah mengurangkan perhatian beliau kepada sang suami...dengan kata lain, suami tidak mendapat layanan yg sempurna kerana isteri bekerja....ini belum lagi dikira layanan di tempat tidur yg mana terkadang suami terpaksa memendam rasa kerana kasihan melihat isteri yg keletihan terpaksa tidur awal utk bekerja esok harinya walaupun air dah naik ke kepala..... dan sang isteri kalau pun terpaksa melayan suaminya, layanan tidak lah sepenuh hati.....asal jalankan tugas sebagai isteri shj.....bagi sang suami, kalau isteri tak masak, maid masak atau makan luar tak pe lah, kalau isteri tak cuci baju, boleh cuci sendiri, atau maid yg buat atau hantar dobi.....tapi kalau bab sex, isteri jgn main2....silap haribulan suami makan luar baru padan muka......pak lebai pun kalau air dah naik ke kepala.....boleh basah serban tau....so hati2lah...kerja2 juga....layanan mesti 1st class juga...suami yg kekenyangan akan jadi cam ular.....lepas kenyang, bagi ayam oversea pun dah tak lalu...... so bg makan lah suami tu puas2 jgn bg dia rasa lapar......bahaya.
Menurut Islam, wanita sebagai isteri mempunyai hak mendapat nafkah zahir dan batin. Isteri TIDAK diwajibkan bekerja mencari nafkah. Kalau pun dia memiliki harta atau bekerja, maka hartanya tidak boleh dimakan suami tanpa kerelaannya. Isteri bukan hamba kepada suami! Sila semak checklist di bawah :
- Kalau suami mahu menggaji seorang isteri, berapakah agaknya nilai yang mesti dibayar?
- Berapakah harga masakan yang sedap? (Ingat, memasak bukan tanggungjawab isteri! Boleh rujuk Benarkah memasak dan mengemas tanggungjawab isteri?, Benarkah Tugas Istri Itu Mengurus Rumahtangga? dan Nafkah isteri - Kewajipan Suami Menyediakan Pembantu)
- Layanan yang memuaskan dari segi seksual ataupun makan minum dan pakai?
- Berapa harga penjagaan terhadap anak-anak, didikan dan asuhannya? Nak pergi tuisyen, satu subjek sekurang-kurangnnya RM100.00!
- Kalau isteri yang ajar semuanya, sekali dengan cara sembahyang, mengaji hingga mandi hadas, berapakah upah yang sesuai?
- Apakah harga merawat suami dan anak-anak yang sakit? Kalau menggaji jururawat swasta satu jam kena bayar kurang-kurang RM20.00, kalau sehari semalam berapa mesti dibayar? Ambil orang gaji dari Indonesia saja sudah RM5,000.00 ongkosnya. Itupun nasib-nasib dapat yang baik, kalau kena tipu, bagaimana?
- Nak suruh orang jaga anak, upah nurseri sekurang-kurangnya seorang anak RM300.00 pagi sampai petang. Kalau sehari semalam berapa pula harganya? Kalau ada lima orang anak? Tak botak kepala si ayah nak membayar upah nurseri?
- Adakah upah mengandungkan anak dan bertarung nyawa melahirkan zuriat tercinta, upah untuk menghantarkan nyawa di hujung kerongkong ketika meneran dan menumpahkan darah?
- Apakah upah menyusukan anak hingga umurnya genap 2 tahun? Dalam firman Allah di atas, jika nak cari ibu susu, kena beri upah. Maknanya jika isteri yang menyusukan, patut benar si suami beri upah kepada isterinya juga. Iyalah, kalau nak beli susu tepung, setin 900gm dah cecah RM50 untuk bekalan seminggu, tak gitu?
TETAPI adakah isteri-isterimu meminta-minta upah untuk segala yang dikerjakannya, sama ada untuk anda suaminya mahupun untuk anak-anak anda? Aduhai suami yang BERIMAN, takkan terhitung harga pengorbanan seorang isteri!
Keberkatan duit
Malangnya isteri-isteri yang bekerja mahupun yang tidak bekerja sering menjadi korban keegoan suami. Yang bekerja diambil kesempatan, diperahnya wang gaji isteri. Yang tidak bekerja pula dicemuh, "Dahlah tak bekerja, asyik nak menyusahkan saja!" begitulah kalau menggunakan temperamen emosi sebagai cara mendirikan rumahtangga.
Seorang isteri bukan malaikat yang mesti perfect dalam segala-galanya. Disebabkan kelemahan-kelemahannya itulah dia memerlukan suami di sisi. Tidak mungkin ada isteri ayng hebar segala-galanya, superwoman ataupun istilahnya. Semuanya itu karut! Begitu pula suami perlukan khidmat isteri untuk menolong menyempurnakan apa yang tidak ada pada dirinya. Kalau suami kurang sifat lemah-lembut dan sabar, maka dia perlukan isterinya untuk berperanan dengan sifat yang baik itu dalam menjalankan amanah mengasuh anak-0anak. Kalau isteri kurang sifat cekal, maka suamilah yang berperanan memberi rangsangan dan semangat kepada isteri.
Orang kata, ‘duit adalah segala-galanya di dunia ini’. Ada benarnya juyga pendapat seperti ini. Nak sedekah pun kena ada duit. Duit berkat akan menjadikan kita takut kepada Allah SWT. Bersyukur ketika mendapatkannya dan redha jika hilang daripada tangan kita. Kalau duit yang menyebabkan rumahtangga hancur, itu dinamakan ‘duit panas yang tidak berkat’.
Bukan hanya suami yang terpedaya dengan ‘duit panas’ ini, ramai juga isteri yang menjadi korban. Ada dua sebab mengapa mereka tidak gembira walaupun ada duit. Yang pertama kerana cara mendapatkan duit itu tidak halal. Yang kedua, cara membelanjakannya juga tidak digunakan untuk kebaikan. Ramai orang sibuk fasal ayam sembelih atau tidak sembelih, ubat gigi halal ke haram, tapi mereka langsung tidak memperhatikan tentang jaminan duit yang mereka dapat. Teruknya bab belanja itu memang berhabis-habisan dan membazir. Baru tiga hari terima gaji dan habis. Lepas itu makan minum balik ke rumah emak. Bagaimana rumahtangga nak aman dan berkat jika hidup seperti ini?
Pelajari kehidupan
Kembali kepada masalah isteri tertekan kerana tidak memengang duit. Punca masalah ini adalah sikap isteri yang suka bergantung sepenuhnya kepada suami. Walaupun tidak bekerja, tapi seelok-eloknya para isteri tahu mencari peluang bagaimana mendapat tambahan pendapatan. Mereka mesti berfikir untuk mandari dan bersedia menghadapi risiko. Bagaimana hidup mereka akan diteruskan jika suami pulang dahulu ke rahmatullah secara tiba-tiba? Atau yang lebih teruk apabila suami menceraikan isteri atau mengambil isteri kedua? Semua mesti dirancang dan difikirkan segala kemungkinan yang akan menjadi mimpi ngeri.
Sebagai seorang isteri, anda terlalu berharga. Tunjukkanlah maruah anda dengan kasih sayang dan tanggungjawab terhadap keluarga. Di sisi Rasulullah SAW ada Saidatina Khadijah r.a. yang bukan hanya menyayangi Rasulullah SAW, memberinya anak-anak yang ramai, bahkan mencari sumber kewangan bagi menolong dakwah baginda.
Capaian entry berkaitan :
- Dilema Isteri Bekerja dan Keputusan Majlis Fiqh Sedunia
- Duit Isteri VS Duit Suami
- Hak ibu bapa tanggungjawab anak
- Hak Muslim : Suami tiada hak minta gaji isteri sara keluarga
- Nafkah isteri - Kewajipan Suami Menyediakan Pembantu
- Masalah: Isteri tanggung selalu, suami sekali sekala tanggung
- Tanggungjawab-suami-nafkah-
zahir - isteri-adalah-rakan-
kongsi-segalanya - Suami ketua rumahtangga penyumbang nafkah keluarga
- JAKiM
- Jangan abaikan nafkah isteri
- Q&A: Persoalan suami isteri
~~~Makan lagi~~~
Hari Khamis ari tu punya la pening .. x tau nak masak ape nak bagi anak aku makan.. Anak teruna aku tu mmg leceh sket makan.. memilih terlebih.. Dah abih idea.. masak Ayam Masak Kicap.. Biasanya dia makan.. Lepas tu Icha request nak makan Ais kacang cendul.. hehe.. aku ni rajin jer nak buatkan.. boleh tumpang sekaki.. Klu buat sebab aku nak makan.. nanti rasa bersalah lak.. sbb dok dalam diet... Maka siap la cendul aku dan ice kacang ni.. erm.. merasa gak aku makan ice kacang kat sini.. walaupun x macam kat m'sia..


Malam.. ada jamuan makan kat Al-Bustan Turki.. kat bawah jer... jadi Mr Hubby and anak2 jer turun.. aku tak larat nak turun sebab sakit pinggang.. Sori ler kengkawan sbb x dpt turun.. Menu makan malam aku roti jer..
Sekian
Tuesday, May 26, 2009
~~~Makaroni Bakar & Breakfes~~~
Dah boleh citer pasal makan2 la plak.. huhu.. dah kat seminggu dok berdiet.. Tapi aku x diet lemak ke.. diet nak kurus ke.. cuma diet gula jer.. jadi semua makanan x letak gula termasukla air minum pun.. Guna gula yang sedia ada kat makanan jer.. macam nasi and fruits..
Ni brekfes diet aku.. yang ni ikut menu yang doc bagi.. bab brekfes ikut sket.. sbb aku suka menunya..ni sandwich telur rebus n cheezzzz.. pas tu dgn oren... tapi klu ikut menu betul2 siap ada sup lagi, pas tu ++ salad.. tapi den ni maleh sket jadi ni jer la.. banyak2 pun bukan termakan...

Menu siang aku makan ikan goreng, kangkung goreng taucu dan sambal.. hehe.. dah kira orait tu.. masak beriya pun .. wat penat jer.. bukan boleh makan beriya.. anak2 pun memang makan simple2 jer.. kalau beriya mmg depa pun mcm pelik jer..
Ok.. ni plak menu makan malam.. Yang ni Mr Hubby yang request.. Macaroni bakar.. Hari tu makan masa Sai antar (Zaki's wife).. so dah ada cheezz ni boleh la buat.. Tu buat campak2 jer.. maleh nak beriya dengan perut yang besar dah ni.. Dah x larat nak dok dapur lelama.. Dah la dapur tu kecik.. semua kerja nak kena buat berdiri.. huhu sakit pinggang teman..
Ok la resepi ni aku pandai2 sendiri.. malas nak search kat internet.. ikut rasa jer nak buat macam mana.. janji boleh makan.. cuma aku tak letak cheezz tu byk2...sebab selalunya chezz yang aku beli tu macam masin sket.. tapi this time.. x plak masin.. hehe.. nyesal letak sket.. apa pun boleh jer nak makan..meh nak tulih sket resepi.. boleh gak aku rujuk nanti.. sebab laling cakap sedap.. icha pun kata sedap.. hehe.. tak tulih nanti lupa pulak..

Resepi..
Bahan A
Bawang putih seulas (dicincang halus)
Bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu besar rempah kari daging
Daging dipotong halus
kentang sebiji kecil
Daun sup
Garam & gula secukup rasa
Macaroni 1 cup nasi (direbus dan tos)
telur 4 biji
1 sudu tepung gandum
Garam
Lada sulah
Method...
Tumis Bawang putih & bawang besar sampai layu, masukan rempah kari dengan sedikit air, tunggu sehingga terbit minyak.. masukkan daging dan kentang tunggu sehingga masak, masukkan daun sup garam & gula.
Blend telur, tepung, garam dan lada sulah. Keluarkan dari blender dan gaulkan dengan bahan A yang telah dimasak dan macaroni, kemudian masukkan ke dalam bekas untuk dibakar. Taburkan chezz mozarella dan bakar...
Monday, May 25, 2009
~~~Nasi Goreng & Kek Pisang~~~
Entah nape macam mood tak de balik.. bila asyik dok tengok reading mcm x betul jer.. ada tu kekadang sampai 9.1mmol.. padahal dah ikut time makan dan kuantitinyer.. mungkin beras yang aku makan tu x sesuai kot.. Everytime cek darah lepas lunch and dinner .. sure reading tinggi.. huhu mcm takut jer..
Dah letih den diet ni ha.. time cam ni mmg lapor jer.. nak makan ni x brani.. nak makan tu x brani.. nak makan buah pun x brani ... Hari tu doc kata boleh makan bila ambik insulin .. tapi cam sama jer.. kena diet gak n siap dah bagi list menu lagi kat aku.. itu pun aku makan dah kurang dari kuantiti yang diberi.. tapi masih tinggi..
Hehe.. layan jer citer aku ni, klu ada member2 yang terrer or doktor ke.. boleh ler advise aku sket.. aku mmg x reti hal2 insulin ni.. lagi baca info kat internet.. lagi rasa cam takut jer.... tu yang semua aku x brani nak makan.. Makin hari kena cucuk .. makin dah rasa sakit.. n alhamdulillah.. laling aku dah brani nak suntik insulin tu.. so la ni dia la doktor tak bertauliah aku kat rumah.. hhehe.. thank you very much to my hubby..
Ok la.. dalam dok diet ni.. aku masak gak.. sebab nak kena makan kan.. tapi semua menu malazzz jer la.. menu campak2.. untuk dinner aku wat nasi goreng jer.. letak cendawan banyak2.. n sayur banyak2.. udang 2 ketoi.. n sotong seketoi.. cili padi byk.. Entah ok ke tak menu ni.. mana lalu asyik nak makan menu depa.. Aku anggap jer menu ni lebih kurang diet gak..hehe..

Ni plak kek pisang dari adik ayu.. Ayu..@ Aymy.. hehe.. dia kirim kek ni .. hehe.. klu tak terliur aku dok lawat blog dia, melihatkan kek gebussss tu.. anak2 aku sibuk je masa nak buka bekas kek ni.. mcm suprise jer..tapi aku dah pesan siap2.. hehe..jgn makan sampai abih.. sbb nanti boleh ler aku makan pukul 10.00mlm and 10pg esok.. hehe.. Kalau tak pesan mmg abih ler..
Sesapa yang teringin boleh ler lawat kat rumah Aymy.. ambik resepi kat situ.. sedap mcm kek pisang beli.. Aku ni mmg x penah wat kek pisang.. biasa raya pun mmg kirim jer kat adik yg dok kl tu.. dia belikan..
Jadi thank you very much kat Ayu ek..

Saturday, May 23, 2009
~~~Teman Baru~~~

Friday, May 22, 2009
~~~Dah Keluar Hospital~~~

Wednesday, May 20, 2009
~~~Roti Kentang~~~
Resepinya aku CnP jer..
Bahan-bahan ( 10 biji bun kecil )
135 ml air ais
3/4 cmt garam
30 gm mentega atau marjerin
1/2 biji telur (dipukul sebentar)
60 gm ubi kentang (direbus dan dilenyek baru ditimbang)
300 gm tepung roti/tepung protin tinggi
3/4 cmb susu tepung
50 gram gula
2 cmt yis segera
Topping untuk membuat garisan kastad Tepung kastad segera (instant custard powder) Bancuh dgn air utk mendapatkan pes yg lembut
Kalau takde tepung custard segera tu buatlah cream custard mcm biasa dan jalurkan pada roti kentang nanti.
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan dan uli hingga licin lebih kurang 15 minit.
2. Tutup dengan wrappers dan biar naik selama 45 minit.
3. Tumbuk doh perlahan utk mengeluarkan udara yg terperangkap dan uli selama 1/2 minit.
4. Bentukkan menjadi bebola yang setiap satunya seberat 30gm (tak timbang pun tak per, pakai agak2 jer la saiz tu).
5. Susunkan ke dlm loyang yang telah digriskan. Tutup lagi dan biar naik lagi selama 40 minit.
6. Tepi2 loyang pun griskan la jugak supaya roti tak melekat nanti lepas bakar. Kalau tak nak griskan loyang dan nak lapik dgn aluminium foil pun boleh..
7. Sapukan telur yg telah dipukul ke atas roti (tadikan kita guna 1/2 biji saja utk masuk ke dlm adunan, so yg 1/2 baki lagi tu gunalah utk tujuan ini).
8. Paipkan kastad ke atas roti. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit (tapi perhatikan juga sbb kalau dh nampak roti bertukar perang dan masak sebelum 20 minit tersebut, tutup sius dan biarkan roti masih di dalam oven hingga cukup masa 20 minit).
~~~Menu Simple~~~

Hari ni macam boleh jer nak masak.. tapi simple jer la.. aku masak sambal telur n daging goreng kunyit.. Daging ni dah bawa keluar dari esbok tp tak tau plak nak masak apa.. paling senang dan anak aku boleh makan.. goreng kunyit jer la.. So layan menu ari ni...


Sekian, untuk memasak ari nih..


